Bilik yang terakhir. Juga hari yang terakhir Adresia di section Room sebab kalau ikutkan dalam duty roaster (jadual) start esok dia dah masuk section PA (public area) pulak.
Dan Adresia pun macam biasalah kan buat kerja dia. Cuci toilet bowl. Lap lap air atas lantai, air dekat bath tub. Lap semua sampai kering.
"Weh, tolong basuhkan cawan cawan ni sat. Aku nak tukar bed sheet dengan pillow case." Syafiq masuk ke dalam tandas bersama beberapa buah gelas kaca di tangannya.
Adresia hanya anggukkan kepala. Kebetulan, kerja dia memang baru siap lepas dia letakkan tuala juga hand towel di tempat penggantung.
Satu gelas, dia basuh macam biasa.
Lagi satu.
Sampai lah pada cawan berwarna hitam yang ada bekas kopi, entah macam mana tengah basuh tu tiba-tiba cawan terlepas dari tangannya.
Pecah dua. Yang tinggal di tangan Adresia cuma bahagian pemegang cawan sahaja.
Gadis itu mematung buat lima saat. Otaknya masih memproses kejadian yang baru berlaku.
Sehinggalah masuk detik yang keenam---
"ARGGHHHHHH." Jeritan Adresia bergema dalam bilik air bilik hotel bernombor 1017 itu.
"Kenapa? Kenapa?" Syafiq muncul bersama kain di tangan. Dia sedang sibuk wiping kabinet tadi tapi tiba-tiba Adresia menjerit.
"CAWAN PECAH." Adresia tunjuk cawan yang sudah selamat menjadi dua di dalam sinki itu.
"Engko okay tak? Tangan ko luka tak?" Tanya Syafiq, prihatin.
"Tangan okay, TAPI CAWAN TU PECAH!" Adresia yang sedang gelabah ubi mula rasa nak menangis.
"Alahhh, takpe. Jangan takut. Aku ada ni, aku ada." Syafiq cuba memujuk.
"Weh, cawan pecah weh. Kena ganti ke? Kalau aku mintak bayar pakai ginjal boleh tak? AKU MANA ADA DUIT SIOTTTTT."
"Adresia, rileks. Bawak bertenang. Dah, kau pergi duduk dekat luar. Yang ni bagi aku settle." Tegas Syafiq.
Adresia terdiam. Kakinya mula melangkah keluar dari bilik sebelum dia bersandar di dinding koridor. Perlahan-lahan tubuhnya jatuh ke lantai.
"Adresia, takyah fikir yang bukan-bukan. Kau minum dulu air. Ambik dalam kotak bawah troli tu. Nanti kita turun makan." Suara Syafiq kedengaran dari dalam bilik air.
Adresia mengeluh. Dia mula rasa bersalah. Dan juga takut memikirkan kalau-kalau gaji Syafiq kena potong disebabkan cawan yang baru sahaja dipecahkannya tadi.
"Kau ni memang lah, Adresia..." Gadis itu mengeluh sambil memeluk kedua belah lututnya.
---
8:00 pm, 24 january 2022AAAAAA NAK PUNCH CARDDDD
![](https://img.wattpad.com/cover/297528016-288-k589662.jpg)
YOU ARE READING
Haluception; Can You Sit By My Side
FanfictionIya, tajuk tu kalau boleh nak sepanjang rel keretapi. Tapi chapter dia pendek pendek je nyah sebab ini cumalah haluception huhu