9

3 1 0
                                    

P/s: chapter ini ditaip setahun selepas cerita ni wujud dan diunpublish hiks

###

"Oi, jangan termenung. Makan." Suara Syafiq memecahkan lamunan Adresia di kafe itu.

Iya, selepas Syafiq selesai mengemas bilik yang terakhir tadi terus mereka berdua turun makan di kafe. Sudah masuk waktu untuk rehat.

"Serius ke takpe pasal cawan pecah tadi?" Soal Adresia.

Syafiq anggukkan kepala sambil mulutnya rancak mengunyah. Dia pandang Adresia sekejap sebelum capai cawan untuk minum.

"Alah pasal cawan tu tak payah risau la. Hotel ni berlambak stok. Setakat pecah satu apa ada hal." Balas Syafiq bersahaja.

Adresia mengeluh. Dia masih tak berpuas hati dengan jawapan Syafiq. Yela, mana la tahu kalau-kalau dia kena bayar ganti rugi untuk cawan yang pecah tadi tu ke.

Dahla dia pakai banyak duit untuk ulang-alik naik grab dan ktm untuk pergi kerja. Mana la dia nak cekau duit kalau kena ganti cawan pecah pula.

"Kau last day room harini kan? Lepasni pergi mana? P.A? Ke laundry?" Lagi, suara Syafiq mengembalikan Adresia ke dunia nyata.

"P.A. Puan Siti cakap laundry dah ramai orang, so dia letak aku dekat P.A." Balas Adresia sambil menggaul nasi dalam pinggannya.

"Oh, faham. Dekat laundry tu pun ada budak intern jugak tu, Nadirah. Dia tu dah berapa bulan tah dekat laundry je. Tak nak buat room. P.A apatahlagi. Aku syak dia intern sini pakai cable." Jiwa membawang Syafiq mula keluar.

Tapi sayangnya, Adresia tak berminat nak membawang sama.

"Tapi P.A senang je nyah. Kerja tak susah pun. Nanti mesti kau mengular je hahaha." Syafiq bersuara lagi.

"Lantak la aku nak mengular pun. Bukannya hotel bodoh ni bayar aku kerja pun cihh." Adresia berdecit sebal.

"Bagus dik. Abang sokong mind set engko ni." Syafiq ketawa. Jari diangkat bagi thumbs up pada kawan barunya itu.

"Tak payah nak abang sangat lah. Geli aku." Adresia buat-buat nak muntah.

Memang tidaklah dia nak berabang-abang dengan si Syafiq walaupun kalau ikutkan umur memang Syafiq pangkat abang pun dengan dia.

Tapi tulah, dah biasa jadi anak sulung kan.

---

9:10pm 16 feb 2023

Yeeee nyah setahun sebulan kemudian baru publish balikkk huhuhu rinduuuu Noah dengan Adresia versi wattpad :((

Haluception; Can You Sit By My SideWhere stories live. Discover now