"Eh otak dia lah. Kau ingat kau ringan macam kapas ke?" Ucap aku lantas menyuluh ke arah sham.
Sham yang tengah membongkokkan badan lantas menegak dan melangkah dengan gaya sedikit lembut ke arah zul.
"Abang zul, boleh dukung adik tak?" Tanya sham lantas meletakkan jari telunjuk ke atas bahu zul.
"Wow!!" Ucap zul lantas melompat ketepi. "Jangan buat hal!"
"Abang zul! Jangan lah lari dari adik!" Ucap sham menghampiri zul lagi.
Aku dengan anuar dah mengekek dekat tepi. Zul melangkah ke arah aku dan anuar. Dia berdiri di tengah-tengah. Sham masih lagi mahu menyakat zul. Belum sempat sham nak menarik zul, tiba-tiba.
Ketepek!
"Adoii!"
Satu tamparan singgah sana melekat dekat dahi sham.
"Haa! Kan dah mendapat. Orang tengah dalam keadaan kelam kabut sempat buat hal!" Marah anuar.
Aku masih lagi tergelak. Sham ni memang suka buat hal lah. Tak faham aku!
"Dah-dah! Jom naik atas" Ucap anuar.
Kitaorang terus naik ke atas. Sampai saja diatas. Mungkin aku ingatkan dah dapat ketenangan. Tetapi aku tersilap. Aku terlupa dekat parking tingkat 9 ni pun berhantu. Aku terus menuju ke kereta aku bersebelahan dengan kereta anuar dan juga sham.
"Zzuu....... Eh mana zul?" Tanya sham.
Aku dengan anuar paling kebelakang dan menyuluh sekeliling.
"Bukan dia ada ke dekat sini tadi?" Tanya aku.
"Yelah. Tadi dia dengan kita kan?" Tanya sham.
Anuar terus membisu. Tak tahu apa yang dia tengah fikirkan. Tak lama tu anuar bersuara.
"Kita keluar dari sini...... SEKARANG!!" Ucap anuar terus berlari menuju ke keretanya. Aku dengan sham hanya mengikut dari belakang dan masuk ke dalam kereta.
Aku tutup torchlight dan lepaskan nafas. Aku memandang dekat luar memang gelap gelita. Tak ada siapa-siapa. Aku berpaling ke kiri. Pelik. Kenapa anuar atau sham tak hidupkan enjin kereta. Aku keluarkan telefon dan mendail nombor telefon anuar. Beberapa kali call tapi tak dapat. Pelik kan? Huhu. Aku kuatkan hati dan keluar dari kereta dan menuju ke arah kereta anuar. Lampu suluh aku hidupkan dan menyuluh dekat kereta anuar. Tingkap kereta anuar terbuka dan aku menyuluh ke dalam. Anuar ada didalam kereta tetapi dia memandang ke arah kiri.
"Anuar! Kau okay tak?" Tanya aku sambil memandang sekeliling.
"Anuar!" Panggil aku lagi.
Anuar langsung tak menyahut. Aku menyuluh kebawah. Dadanya seperti berombak kencang. Aku cuak!
"Anuar! Kau okay tak ni?" Tanya aku lantas memegang bahu anuar.
Lepas je aku pegang bahu anuar, dia berpaling. Muka anuar ya allah! Buruk ya amat!!
"Jannnnnnaaaa toloonngg akuuuuu!!" Rintih anuar dengan suara yang aku sendiri tak boleh nak describekan macam mana. Sumpah tak tahu.
"Allahuakbar!" Ucap aku dan melangkah kebelakang.
"Jaaannnaaaaaa"
"Allahhh..!" Jerit aku kuat. Masa ni sumpah lillahitaala aku takut sangat-sangat sampai bulu roma aku tegak setegaknya..
Aku terus lari dari situ. Tengah aku lari sekuat hati tu. Tiba-tiba.
Bukkkk!!
Sepantas kilat aku terasa diri aku melayang dan terasa diri aku diawang awangan. Tak lama tu aku terdengar seseorang memanggil nama aku.
"J!"
Aku berpaling tetapi aku tak nampak siapa sebab gelap. Akhirnya aku tak sedarkan diri.
Nanti aku update lagi. Selamat membaca dan jangan lupa vote.. ❤️ you all..
YOU ARE READING
KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTU
HorrorHai Assalamualaikum! Jumpa lagi kita.. maaf agak lambat sedikit. Kali ini aku nak sharekan pengalaman benar yang terjadi.. stay tuned!