Punat lif di tekan no 11. Aku berkerut dahi. Aku terus memandang sham dekat sebelah. Sham juga turut memandang ke arah aku. Sampai je dekat tingkat 11, secara jujurnya, aku dah kerja dekat situ berapa tahun, aku tak pernah jejak kaki kat tingkat yang paling atas. Jadi aku memang tak tahu kenapa budi bawa kitaorang dekat tingkat 11. Kawasan parking kat tingkat 11 ni agak malap. Mungkin diaorang tak tukar lampu yang baru. Jadi aku keluarkan torchlight dan suluh ke depan bagi memudahkan kitaorang melangkah. Aku memandang kekiri dan kanan. Kereta pun tak banyak. Masa tengah jalan tu, hati aku berdebar yang amat sangat. Tak lama tu budi yang berada didepan berhenti melangkah. Tanpa berpaling ke arah kitaorang, budi bersuara.
"Kamu semua boleh baca 3qul." Ucap budi.
Kitaorang hanya ikut apa yang budi pinta dan kitaorang terus melangkah. Yang peliknya sekarang ni adalah, kenapa budi macam menuju kesebuah kereta yang terletak pada hujung parking tu. Masa ni aku tak lah bersuara. Cuma berkata-kata dalam hati je. Khairul dekat sebelah aku asyik-asyik tengok dekat belakang. Kesian member. Tak tahu apa-apa jadi mangsa. Sampai saja dekat hujung parking, budi berhenti melangkah.
"Anna." Panggil budi.
"Ye"
"Bagi sini air delima kamu."
Aku terus keluarkan air batu delima dari dalam beg dan menyerahkan dekat budi. Budi memandang kedepan dan dalam masa yang sama mulutnya terkumat kamit baca sesuatu. Tangannya buka tudung botol tersebut. Siap je budi baca dan dia tiup ke dalam botol tersebut, lantas dia siram dekat kereta yang berada di depan kitaorang. Aku macam terdiam sekejap. Aku memandang sham. Sham tengah tengok dekat depan. Tak lama tu. Tiba-tiba.
"HAHAHAHAHAHAHA"
Aku terus paling kebelakang.
"Allahuakbar.!" Ucap aku lantas mengundur kebelakang.
Khairul terus peluk sham dekat sebelah. Budi melangkah dan berdiri betul-betul depan anuar. Budi mengangkat kedua tangannya berdoa. Masa ni aku tak pasti ayat apa yang budi baca sebab aku memang tak dengar langsung. Hanya mulut dia je yang terkumat kamit. Aku sham dan juga khairul teruskan baca 3qul. Budi keluarkan keris dari dalam beg lalu di titik dengan air batu delima. Tak lama tu budi melayangkan keris tu ke kiri dan kanan. Adalah macam silat-silat sikit. Apa punca aku tak tahu lah. Adalah dalam 1 jam macam tu keadaan yang kelam kabut tu tiba-tiba beransur pulih. Aku dengan yang lain berlari mendapatkan anuar.
"Kau okay?" Tanya aku.
Muka anuar terpinga-pinga memandang aku dengan yang lain.
"Alhamdulillah.! Nasib kau tak kena telan dengan hantu nuar!" Ucap sham.
Aku memandang sham.
"Ada hantu makan orang ke bongok?" Tanya aku.
Dengan penuh yakin sham menjawab.
"Eh ada lah!"
"Hantu apa?"
"Entah aku tak pasti lah pulak!" Ucap sham
Aku memandang sham dengan perasaan sebal. Ada juga yang nak kena kick jap lagi ni.
"Last kau kena terajang bila sham?" Tanya aku.
"Hee!"
Aku hanya menggelengkan kepala lantas mengangkat anuar untuk berdiri dibantu oleh khairul dan sham. Anuar lembik terus. Sampai saja ofis, pak budi terus pulihkan anuar. Bagi ada semangat balik. Lepas siap tu, aku melangkah ke arah pak budi yang tengah berdiri mengadap ke arah tingkap.
"Kenapa tak bakar je kereta tu? Owner kereta tu dah lama mati kan?"
Aku memandang pak budi sekilas.
"Haah dah lama mati dah."
"Puncanya dari situ" Ucap budi tanpa aku bertanya.
Agak terkejut lah aku bila budi cakap macam itu. Tak sangka pulak aku. Sebab setahu aku kereta tu memang dah lama dekat situ. Mungkin owner yang kena bunuh tu roh dia tak aman kot. Aku memandang ke arah anuar yang tengah baring. Harap anuar sihat seperti sedia kala. Seminggu selepas kejadian tu, anuar alhamdulillah sihat seperti sedia kala. Cuma kadang-kadang dia termenung. Mungkin yelah. Tak pernah kena kan. Tak apa lah.
Hai gais! Kalau nak ikutkan cerita ni dah tamat. Tapi nanti aku akan buat sambungan lagi. Ianya mengenai BANGUNAN BERHANTU tempat kerja lama aku.. BANGUNAN BERHANTU yang aku dah habis update ni adalah BANGUNAN BERHANTU tempat kerja aku yang baru. jadi cerita ni terbalik. Hahaha! Tak apa lah. Sama je sebab aku pindah bangunan baru ni dalam tahun yang sama dari tempat kerja lama aku.. apa-apa pun selamat membaca.. jangan lupa vote.. next cerita..............
❤️ you all.. 😉
YOU ARE READING
KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTU
HorrorHai Assalamualaikum! Jumpa lagi kita.. maaf agak lambat sedikit. Kali ini aku nak sharekan pengalaman benar yang terjadi.. stay tuned!