"Cermin? Cermin besar yang lekat dekat dinding tu ke?"
Aku menganggukkan kepala.
"Okay.. masa ni aku duduk bertentangan dengan cermin lah tapi ke kiri sedikit. Dekat depan aku ni ada gelangang pingpong dan depan gelangang pingpong tu cermin. Sebelah kanan aku ni ada dhina kot. Ke anuar. Aku tak ingat. Lagi pulak aku tengah ralit main telefon. Tapi mulut tetap bersorak lah kan. Lepas tu tak lama tu aku angkat kepala. Ngam-ngam pulak mata aku tertengok dekat cermin tu. Masa ni aku tak tahu aku nak menangis ke nak gelak ke atau nak lari. Aku tak tahu."
"Kau nampak apa j?" Tanya sham.
Aku meneguk kopi o yang makin sejuk kerana dek air cond.
"Dalam cermin tu aku nampak perempuan tengah bersorak kegembiraan. Sama seperti kitaorang tengah bersorak. Muka dia pucat. Rambut panjang. Baju dia labuh dan lusuh. Memang aku nampak muka dia. Sebiji macam muka samara. Tapi bukan samara. Yang paling aku rasa macam shit tu, aku cakap hafis 'hafis dah lah. Esok pulak sambung'. Hafis pun stop lah kan. Kau nak tahu apa yang berlaku?"
"Apa dia j?"
"Benda tu pandang aku dari dalam cermin dengan pandangan yang amat marah sekali. Muka dia menyeringai. Dia marah dekat aku sebab aku minta diaorang stop. Tak lama tu dia menangis. Suara dia ya allah. Mendayu-dayu. Tapi tak lama pun dia menangis. Hujung-hujung dia marah balik. Kawasan bilik tu lampu jadi berkelip-kelip. Aku minta yang lain keluar dari situ. Kitaorang berlari sampai dekat lif. Tak lama tu lampu dekat lif terpadam. Masa tu hanya allah je tahu apa perasaan kitaorang ketika itu. Diaorang semua dah kelam kabut. Tiba-tiba nadim yang diam, bersuara. 'Kita turun ikut tangga'. Masa ni kitaorang tak cakap banyak dan terus turun dari tangga. Bayang kan dari tingkat 7 nak ke bawah. Ya allah!"
"Habis tu korang semua selamat tak sampai bawah?" Tanya sham.
Aku menganggukkan kepala.
"Haah. Alhamdulillah lah kitaorang semuanya selamat sampai dekat bawah."
"Habis tu?"
"Habis tu kitaorang duduk lah kat bawah tu melepak sampai ke pagi. Memang tidak lah nak naik ke atas."
"Uish! Gila lah! Tapi yang minggu lepas tu?"
Aku menelah liur yang terasa perit dekat tekak secara tiba-tiba. Aku berdeham.
"Masa ni aku dekat dalam bilik. Tengah siapkan report seorang kakak ni yang kena pukul dengan laki dia. Tiba-tiba harris datang masuk ke dalam bilik aku. Borak tengah borak tu, tiba-tiba anak mata aku terpandang sesuatu."
"Kau pandang apa?" Tanya sham.
"Aku terperasan pintu bilik aku bergerak. Mustahil angin. Harris masa tu pelik tengok aku dan dia tegur aku. Untuk sedapkan hati, aku hanya menggelengkan kepala menandakan tak ada apa dan aku tak nak besarkan benda-benda tu semua. Harris macam tak puas hati dan dia keep tanya aku. Apa yang aku nampak apa semua. Belum sempat aku nak buka mulut, tiba-tiba ada bayang melintas laju. Masa tu aku tersentak.
YOU ARE READING
KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTU
HorrorHai Assalamualaikum! Jumpa lagi kita.. maaf agak lambat sedikit. Kali ini aku nak sharekan pengalaman benar yang terjadi.. stay tuned!