BAB 16

727 71 0
                                    

Aku hampar toto dan aku duduk dekat situ. Aku capai lilin dan buat bulatan mengelilingi aku. Aku pun baring dan mengereng kekanan. Dengan kasut tak buka apa semua. Lantak. Hahah!!. Mungkin disebabkan masa tu aku agak barai, aku hampir nak terlelap tetapi aku tersedar semula sebab bayang-bayang lilin tu bergerak seperti ada angin yang lalu dekat lilin tu. Aku buka mata dan aku suluh jam dekat pengelangan tangan. Masa tu jam pukul 9.30 malam. Tapi yang aku peliknya, tiap kali mata aku nak tertutup je, mesti api lilin tu bergerak. Ikut pada logik akal manusia lah kan. Cafe dekat situ memang totally guna tingkap tinted. Jadi memang angin tak boleh nak masuk. Okay lah kalau orang cakap 'oh angin masuk dekat celah pintu' masalahnya kedudukan aku dengan pintu yang aku masuk tu amatlah jauh. Kiranya hujung-hujung. Hujung dunia kau! Lagi pulak dalam bangunan mana ada angin. Lain lah kalau duduk dekat luar parking tu. Ha dah tentu dapat angin banyak. Nak kata kipas pulak, elektrik tak ada. Haaaa! Hehe. Aku pun pandang api lilin tu. Bila pandang lama-lama rasa mengantuk. Akhirnya aku terlelap. Dan aku tersedar pukul 12 malam sebab nak terkencing sangat-sangat. Nak tahu apa terjadi masa aku tersedar tu? Hehe lilin yang aku pacak banyak mengeliling aku ni semua terpadam. Tak ada satu pun yang menyala. Kau ghase?

"Shit!!" Ucap aku masa tu terus meraba torchlight dan suluh.

"Allahuakbar!"

Apa yang membuat aku rasa macam bodoh tu bila aku suluh je lilin yang berada didepan aku, lilin tu masih lagi panjang. Tapi tak ada api. Kau ghase? Aku cepat-cepat capai lighter dan pasang balik lilin tu. Aku duduk mengadap lilin di depan aku. 'Apa yang berlaku sebenarnya?'. Oleh kerana tak tahan nak terkencing, aku terus keluar dari cafe dan melangkah untuk ke tandas. Nak lalu dekat dalam cafe seram. Nak lalu dekat luar parking kereta pun seram. Takkan aku nak kencing kat dalam singki pulak kan. Jadi nak atau tak nak, terpaksa lah aku pergi juga. Sampai saja dekat area lif, aku patah ke kanan sebab tandas memang lorong ke kanan bersebelah dengan tangga. Dekat situ ada dua tandas. Satu tandas biasa dan lagi satu tandas OKU. Oleh kerana aku macam segan nak masuk ke tandas biasa tu, aku terus berjalan dan masuk ke tandas OKU. Aku terlupa yang dalam tandas OKU ni ada lagi satu pintu tau. Haha! Bodoh lah. Aku pun cepat-cepat lepaskan hajat dan terus keluar dari situ. Masa tu aku ingat nak merokok dulu dekat parking, tapi disebabkan dah pukul 12 lebih, tak jadi. Dengan gelap lagi.

KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTUWhere stories live. Discover now