Tak kisah lah dengan barang tu semua. Yang pasti aku harus bawa mega keluar dari situ. Kang tak pasal mati pulak anak orang. Dah satu hal nak kena menjawab. Aku cepat-cepat suluh ke arah cahaya tu. 'Eh pintu?' Tanya aku dalam hati. Yaa! Baru aku teringat dekat studio tu ada 2 pintu. Aku cepat-cepat melangkah ke arah pintu tersebut. Aku mengintai disebalik lubang pintu. Aku perasan ada orang dekat depan studio sambil melepak. Agak sukar untuk melihat sebab lubang tu agak kecil. Aku cuba tarik pintu tu, tapi langsung tak bergerak sebab pintu tu agak tebal dan ketat dan keras. Oleh kerana tak nak orang yang dekat luar tu pergi, aku menjerit melalui lubang pintu tersebut.
"Tolonggg!!!" Jerit aku.
Lepas je jerit, aku pandang orang yang kat luar tu tetapi tak ada respone. Aku cuba lagi jerit dengan sekuat hati aku.
"Wehhh!! Tolongggggg!!!"
Salah seorang dari diaorang pandang ke arah belakang membuatkan aku nampak siapa orang tu. 'Harris!'
"Harrrissss!!!!!!" Jerit aku kuat.
Sambil tu aku ketuk-ketuk pintu tersebut. Aku memandang dekat lubang tu lagi. Harris seperti bercakap sesuatu dengan kawan dia sambil memandang ke arah studio.
"Harrriiss! Tolong!!" Jerit aku lagi.
Aku nampak harris dan kawan dia datang ke arah studio.
"Haarriss!!!"
Harris sedikit kelam kabut. Aku dengar suara harris tapi tak berapa nak jelas. Aku mengetuk pintu berkali-kali untuk menarik perhatian harris. Tak lama tu aku mengintai kembali dekat lubang, harris dan kawan dia ambil jarak untuk menendang pintu tersebut. Aku cepat-cepat melangkah ke tepi.
Kedegangg!!!
Percubaan pertama tak berjaya untuk harris buka pintu tersebut,
Kedeganggg!!
Aku yang dengar terus tersentak. Kuat gila chor. Aku mengintai kembali dekat lubang tersebut. Mula-mula harris berdua je dengan kawan dia. Ini dah berempat. Uish. Aku bersandar dekat tepi pintu, aku mendonggakkan kepala lantas menadah tangan.
"Ya allah! Aku tahu aku insan yang paling hina dekat muka bumi ni tapi kau tolong lah aku ya allah. Permudahkan urusan aku dan kawan-kawan aku ya allah!. Aku merayu!"
Belum sempat aku nak aminkan doa aku, sekali tendangan yang keberapa aku tak pasti, pintu terus terbuka. Harris dan kawan dia termasuk dekat dalam studio. Aku cepat-cepat ke arah harris.
"Eh j?"
Aku memegang kedua bahu harris.
"Ya allah harris. Syukur ya allah! Terima kasih sangat!" Ucap aku agak tersekat-sekat.
"Kau buat apa kat dalam ni?" Tanya harris.
"Nanti aku cerita. Mega! Mega harris Cepat tolong aku." Ucap aku lantas menarik tangan harris dan melangkah ke arah mega.
YOU ARE READING
KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTU
HorrorHai Assalamualaikum! Jumpa lagi kita.. maaf agak lambat sedikit. Kali ini aku nak sharekan pengalaman benar yang terjadi.. stay tuned!