BAB 1

253 6 0
                                    

Aku berjalan mendekati Aiden yang sedang duduk dengan kakinya bersilang. Dia dikelilingi pengawal peribadinya. Masing-masing nampak aku sahaja, terus memberikan aku laluan untuk berjumpa dengannya.

Kerusi ditarik lalu aku menghempaskan punggung. Badan disandarkan. Kepala mendongak ke atas memandang langit. Penat.

"What news today?"

Aku menoleh.

Aiden mengeluarkan asap rokok dari mulutnya. Berapa kali aku dah pesan kat dia. Tak sedar diri tu sakit, boleh pula hisap rokok. Aku bangun lalu menarik putung rokok yang sudah tinggal separuh dari mulutnya. Aku campak ke bawah dan memijaknya sekali.

Aiden cuma gelak kecil. Aku duduk semula.

"Dia orang cakap Parlo buat perasmian besar-besaran sampai ada sidang media."

"Hmm, exciting." Aiden mengusap dagunya beberapa kali.

"Exciting but something fishy. Kenapa tiba-tiba?"

Siapa sahaja tak kenal Parlo Korolev, manusia paling kejam tetapi ditutup dengan keprihatinnya yang terpaling agung. Prihatin yang penuh dengan kepura-puraan. Lebih mengejutkan mereka berani datang ke sini untuk membuka Korolev Gallery. Sidang media akan diadakan kerana Korolev Gallery adalah muzium yang mempamerkan seni seramik yang terkemuka dan sangat dikenali di Rusia. Mempunyai cawangan di setiap negara dan dianggap sebagai industri seni terbaik di dunia. Korolev Gallery juga dianggap sebagai penderma terbaik kepada orang memerlukan.

Tipu.

Padahal itu semua tipu. Mereka tidak tahu siapa keluarga Korolev yang sebenarnya. Pembunuhan, penculikan, penjualan wanita, senjata dan dadah secara haram menjadi budaya mereka. Rasuah pula makan minum mereka. Mudah sahaja. Polis? Tidak berani langsung nak usik. Mereka membutakan mata sahaja.

"So, wartawan?" Soal Aiden.

"Itu je nak cara nak dekat." Jawab aku.

Aiden mengangguk beberapa kali. "Macam biasa, aku akan sediakan semua. Tugas kau gali lagi."

Memang itu kerja aku. Aku dibesarkan dengan keluarga sama seperti keluarga Korolev. Perbezaannya ialah perbuatan jenayah seperti itu kami tidak lakukan. Apa yang aku tahu ini semua bermula dari dendam sejak nenek moyang lagi. Keluarga kami ada yang pernah diculik dan dibunuh oleh keluarga Korolev.

Termasuk ibu bapa kandung aku sendiri.

Musuh. Tiada penghujung dan tidak akan ada penghujung. Dan sekarang diketuai oleh Aiden kerana dia mempunyai darah yang mengalir di badannya. Aku hanyalah dijaga oleh keluarganya. Aiden ialah abang susuanku.

"Jangan gerak solo Zea."

Aku tidak menoleh. Sebenarnya itu yang aku nak buat. Kalau boleh aku nak jumpa Parlo terus dan bunuh dia. Kerja jahat macam tu ada juga dijadikan wasiat. Tak faham aku.

Sebelum ni perlahan sahaja kerja mereka tetapi kali ni semakin besar pula. Semakin meluas. Aku tahu akan ada benda yang berlaku.

"Kalau aku dah boleh gerak solo, aku dah buat lama." Kata aku perlahan. Tindakan aku pun terikat dan ada batasnya. Aku ni dah lah suka ikut kepala sendiri.

Aiden senyum kecil. "Kau kena kerjasama dengan Dayyan."

Aku terus mendengus. Kenapa ramai-ramai orang, Dayyan juga yang Aiden percaya? Aku faham Dayyan itu sepupu dia tapi kalau dah siap nak jodohkan aku dengan dia, memang tidak lah. Aku tak nak.

"Call me?"

Aku tidak memandangnya. Tahu Dayyan sedang berdiri di belakang aku.

"Panjang umur kau. Make a plan with Zea."

Dear Enemy | ON GOINGWhere stories live. Discover now