BAB 4

109 8 0
                                    

Aku menghentak dahi aku dengan buku beberapa kali. Tidak kisah dengan orang yang lalu-lalang memandang aku. Mesti dia orang ingat aku ni gila. Orang Malaysia manalah yang sesat tiba-tiba hempuk dahi dengan buku. Tapi aku tak kisah. Biarlah orang nak tengok pun.

Kalau ada kayu depan aku sekarang, aku memang dah ambil pukul kuat-kuat kepala aku.

Aku mengeluh panjang. Tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Rasa diperbodohkan. Rasa nak mengamuk. Rasa nak menjerit.

Kenapa baru sekarang ahli kumpulan aku nak berhenti? Kenapa tak berhenti awal-awal je? Tiada lah menyusahkan aku sekarang ni. Tarikh akhir untuk hantar assignment adalah lusa. Aku ingat sebelum dia berhenti, kerja dia tu geraklah juga. Ini tidak. Tiada langsung. Aku juga yang kena buat semuanya.

Salah aku sebab aku tak tanya dia.

Tangan aku dibawa lagi ke arah dahi aku namun dihentikan oleh seseorang. Dia mengambil terus buku itu daripada tangan aku.

"You will hurt yourself."

Suara yang aku kenal. Aku mengangkat wajahku memandang gerangan di hadapan aku. Dia tidak memandang aku malah dia membelek-belek buku yang baru sahaja diambilnya. Sedar dengan pandangan aku, dia mengangkat kepalanya pula memandang aku. Keningnya diangkat beberapa kali.

"Are you okay?"

Air mata aku bergenang. Baru sekarang aku terasa ingin menangis.

"Lutfan..." Aku menyebut namanya perlahan.

"Yes, I am here. What's wrong zvezda?"

Air mata aku mula gugur.

"Ya Allah, dia menangis pula. Kenapa ni?" Lutfan gelabah. Dia membongkokkan badannya sedikit untuk menyamakan paras mukanya dengan aku.

Dia suka sangat panggil aku macam tu lagilah buat aku menangis!

"Salah Lutfan." Aku mengelap air mata aku dengan hujung lengan baju.

"Saya buat apa?" Lutfan menegakkan badan semula. Tangannya menggaru kepala. Mukanya sangat polos sekarang ni membuatkan aku gelak perlahan.

Lutfan menguntum senyum. "Glad to hear your laugh."

Tangan aku terkaku. Aku tidak mengangkat muka kerana aku tahu muka aku pasti sudah berubah berona merah. Siapa sangka mamat yang menyuruh aku cakap dengan pokok semasa awal pertemuan dahulu, mampu membuatkan aku malu begini.

"Do not hurt yourself. Speak with me. Tell me anything either you have problems or not. I will do anything. You have me and I am always with you, my star."

AKU mencelikkan mata. Aku menegakkan badan kemudian menyapu rambut aku perlahan ke belakang.

Seperti baru semalam kejadian itu berlaku. Aku menangis di hadapannya dan dia pasti mencari idea untuk menghilangkan kesedihan aku. Aku rindu dia. Sudah lama aku tidak mimpi begitu.

Aku memanjangkan tangan mengambil phone di sebelah katil. Pukul 4 pagi. Aku menggosok perlahan muka aku kemudian menurunkan kaki dari katil. Angin daripada luar menerobos masuk melalui balkoni. Aku berdiri mendekati balkoni untuk menutup pintu kaca balkoni.

Baru sahaja satu tapak ke hadapan, mata aku ternampak figura yang aku kenal tetapi tidak jelas kerana langsir yang hampir menutup sepenuhnya badan orang itu. Aku terdiam sekejap.

Aku mendekati dengan melangkah lebih laju lalu tangan menyelak langsir ke tepi dengan kasar.

Kosong. Tiada orang.

Aku memicit dahi aku perlahan. Wake up Zea. Kau masih mamai lagi sekarang ni.

Aku memusingkan badan ingin masuk semula. Aku terkaku.

Dear Enemy | ON GOINGWhere stories live. Discover now