BAB 5

117 6 0
                                    

Aku bermain-main dengan pisau kecil di tangan aku dengan memusingkannya beberapa kali. Aku tidak sempat nak berjumpa dengan Aiden kerana dia ada hal di luar katanya.

Aku senyum sinis. Dia dah tengok apa terjadi pagi tadi, mestilah dia tahu. Kemudian, dia lari.

Ada hal di luar? Alasan.

Aiden dengan sikapnya yang suka lari daripada masalah, tak pernah berubah dari dulu. Aku juga yang kena hadap. Niat nak menjaga aku, tetapi aku rasa dikongkong. Memang aku tak menafikan yang ibu bapa kandung Aiden banyak berkorban untuk aku, tetapi ini lain. Setelah ibu bapa kandung Aiden meninggal, Aiden yang menguruskan aku. Jujur aku katakan yang aku tidak perlukan jagaan sesiapa sekarang ni. Aku boleh jaga diri aku sendiri.

Sampai ke Rusia dia memerhatikan aku sehinggalah insiden itu berlaku. Kejadian yang melibatkan Leonard.

Ah, tak guna. Kalau mereka semua selamatkan Leonard dahulu, benda macam ni tidak akan berlaku.

Aku melemparkan pisau tepat ke arah besi yang berbentuk manusia di hadapan aku. Pisau betul-betul terpacak di bahagian kepala.

"Dia adik bos Aiden. Lebih baik kau jangan kacau dia."

Telinga aku menangkap suara Natasha yang menyebut nama Aiden. Apa yang Natasha cakap tadi, dia maksudkan aku.

"Setakat adik bos, dia tetap perempuan."

Ada suara lain yang membalas. Aku tidak memusingkan kepala malah aku melangkah mendekati besi lalu aku mengambil pisau tadi. Bukan pisau aku sahaja, aku juga mengutip beberapa pisau yang terpacak di besi dan juga yang bersepah di atas lantai.

Macam ni lah anak-anak buah Aiden. Pandai latih, pandailah mengemas. Aku juga yang kena buat. Bila semua penat, terus semua lari nak lepak mamak.

Aku dah pesan sekali tetapi mereka semua masih tak dengar. Ada yang bantu aku, ada yang tidak. Kalau aku dah cakap dua kali, memang kenalah semua. Anak-anak buah Aiden ke apa, aku tak kisah. Berani sebab ada kumpulan je. Cuba kalau sorang-sorang. Menggelupur tangan nak kutip.

Serentak ada tuala kecil putih mendarat betul-betul di atas kaki aku. Aku menundukkan kepala sekejap kemudian mengangkat kepala. Sekumpulan lelaki yang terdiri daripada beberapa orang rancak berbual seperti tidak kisah langsung dengan aku yang berada dekat dengannya. Aku tahu mereka sengaja.

"Woi."

Mereka semua memandang aku serentak. Jari aku menunjuk ke arah tuala kecil itu dan kening sebelah aku diangkat.

"Yes, my sweety lady?"

Mereka semua ketawa. Aku tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Percayalah, orang yang dah penat ni jangan dikacau tau. Nanti kau juga yang kena makan penampar. Dan silap dia, aku sekarang penat sangat. Lelaki hadapannya ini jugalah yang memandang rendah perempuan tadi.

"Sila jaga kebersihan dan jangan letak sepah tuala kecil ni Ray. Kat sini tiada orang gaji ataupun kuli." Kata aku dengan mendatar.

Ray senyum sinis. Dia menapak mendekati aku. Aku tidak berganjak. Dengan dekat begini, jelas menampakkan kening sebelahnya yang ditindik.

"Dah nama pun perempuan. Kena lah sentiasa buat kerja."

Usai Ray berkata begitu, hampir semua yang berdekatan dengan kami bergelak tawa. Bukan main rancak lagi. Bergema bilik latihan dengan gelak tawa mereka. Ada yang ketawa dan ada juga cuma diam sahaja. Aku tak faham celah mana kelakarnya apa yang Ray cakap tadi.

Aku menghembus nafas panjang. Aku menapak satu tapak ke hadapan berdiri di sisinya.

"Perempuan ni juga lah yang boleh kalahkan kau. Dengan Natasha yang kecil molek dan kurus macam tu pun kau tak boleh menang. Weak." Ujar aku. Aku senyum senget.

Dear Enemy | ON GOINGWhere stories live. Discover now