BAB 7

111 8 0
                                    

"He starts first." Aku bersuara.

Aiden menumbuk meja di hadapannya kuat.

Seperti biasa Natasha dan Dayyan berasa gerun manakala aku dengan lagak biasa sahaja.

Kami sudah pun menerangkan apa yang berlaku, Aiden masih lagi nak mengamuk. Benda dah lepas dah pun. Nak aku patah balik ke apa?

"It's a simple order. Don't make any fuss. Is it hard?" Aiden menyoal.

"If it's a simple order, why don't you save her by yourself?" Balas aku.

Aku rasa nak marah. Senang betul apa yang Aiden cakap. Padahal macam-macam dalam tu yang boleh membuatkan aku loya dan muntah. Nasib baik...

Nasib baik Leonard ada.

"Situation will get worse. Your safety will be more dangerous."

"Sebab tiba-tiba ada Leo?"

"Tiba-tiba ada dia ataupun tidak, the effect still same."

"Kenapa kau cakap macam kau dah kenal dia? Pernah tak dalam hati kau walaupun sikit pun, ada perasaan bersalah Aiden?"

Aiden tidak menjawab.

Natasha dan Dayyan yang berada dekat dengan kami hanya diam. Tiada siapa berani untuk mencelah mahupun menghalang aku dan Aiden berbalah.

"Sejak aku ikut kau, aku memang dah tak selamat. Aku dah tiada tempat selamat." Kata aku.

Aiden masih diam memandang aku. Timbul raut sedihnya selepas aku melawannya berkata begitu.

Dia baru sahaja ingin membuka mulut, aku bercakap terlebih dahulu.

"Most welcome Aiden. Tak perlu ucap terima kasih sebab bantuan untuk selamatkan ex kau, sangat ikhlas daripada aku." Sambung aku lagi lalu keluar daripada bilik pejabatnya.

Aku menolak pintu sahaja, tersembul muka Dr. Rena. Dia tidak berpakaian seperti di tempat tadi. Kali ni lebih tertutup. Sedikit.

Aku tidak menyapa atau memandangnya. Kepala aku menegak dan terus berjalan melepasi Dr. Rena.

"Zea." Dr. Rena memanggil.

Aku berhentikan langkah. Terasa tangan disentuh.

"Zea okey?"

Aku mengeluh. Aku mengangguk sekali kemudian menolak perlahan tangan Dr. Rena lalu menyambung melangkah.

Suka hatilah Aiden nak menyumpah seranah aku pun. Dia nak perhatikan aku 24 jam? Silakan. Aku dah malas nak ambil kisah pasal dia. Semua benda kena ikut kepala dia sendiri. Dia tak pernah langsung tanya pendapat aku. Dia tak pernah langsung tanya apa yang aku nak.

Arahan, arahan, arahan.

Aku dah muak.

Aku memberhentikan kereta di tepi jalan dan memegang kuat stereng kereta. Emosi marah terlalu menguasai diri sehingga aku membawa diri keluar rumah Aiden sendiri. Dan aku tak tahu sekarang aku berada di mana. Inilah salah satu perangai buruk aku. Apabila terlalu emosi, aku sampai lupa aku membawa diri aku sendiri ke mana.

Aku melepaskan nafas panjang. Aku membuka laci dashboard. Tangan ingin mengambil tisu terhenti tatkala mata aku menangkap sebuah buku di dalamnya.

Aku mengeluarkan buku itu.

Macam mana lah aku boleh terlupa benda ni?

AKU menyengetkan kepala tatkala memandang buku kosong di tangan Lutfan.

Dear Enemy | ON GOINGWhere stories live. Discover now