BAB 9

207 14 1
                                    

Aku hanya berdiri sedikit jauh daripada mereka yang lain. Aku tidak kenal seorang pun di sini. Ya, semuanya aku tidak kenal. Aiden sedang bersembang dengan kenalannya manakala Leonard pula dari tadi aku tak nampak batang hidungnya.

Aku tak perlu ada kat sini tetapi kenapa Leonard menjemput aku? Aku tak sepatutnya pergi.

Aku diam berdiri di pintu masuk. Katanya akan ada acara khas disediakan oleh Leonard sendiri. Ragu-ragu aku nak tunggu ataupun terus pulang je.

"Give it to him after his show."

Aku tidak bereaksi tetapi telinga menangkap suara garau itu. Suara yang sama sewaktu kali pertama aku menjejakkan kaki ke Korolev Gallery. Aku mengintai sedikit. Lelaki lengkap bersut berdiri di luar pintu berdekatan dengan aku. Aku menyembunyikan sebahagian daripada badan aku. Tak tahu lah dia perasan ataupun tidak tetapi aku hanya diam sahaja.

Tak silap aku lelaki ini salah satu pengawal peribadi Leonard.

"Derzhite vodu. Instruktsii ot sera."

Kali ini lelaki itu menggunakan bahasa Rusia pula. Ayatnya tadi membawa maksud, simpan air itu, arahan daripada tuan.

Hati meronta ingin menyergah lelaki itu. Apa yang dia maksudkan tadi? Benda yang sama aku dengar pasal air. Aku mula tak sedap hati. Betul apa yang Dr. Rena beritahu kat aku. Sesuatu akan terjadi.

"Now, it's time for the show."

Aku menoleh ke arah pengacara parti malam ini. Masing-masing sudah berkumpul di tengah dengan membuat bulatan. Cahaya daripada kamera juga tidak terhenti. Aku berjalan mendekati mereka.

Mata Leonard bersatu dengan aku sekejap tetapi aku perasan senyuman sengetnya tersimpul. Leonard sudah siap sedia duduk di bangku dengan pottery wheel di hadapannya. Ada meja kecil berada di kiri kanannya. Di kirinya ada pottery tool kit manakala di sebelah kanannya pula ada tanah liat. Lantai pula sudah berlapik dengan plastik lut sinar yang besar. Ada juga baldi yang dekat dengan kakinya.

Kot bajunya sudah tiada. Tinggal baju kemeja putihnya dengan lengan baju dilipat sehingga ke siku menampakkan tangan sasanya. Urat-urat tangannya juga timbul. Tiga butang atas baju kemejanya juga sudah dibuka, terdedah sedikit dada bidangnya.

Jap, seriuslah dia nak buat seramik pakai macam tu je?

Mikrofon kecil yang berada di kolar bajunya didekatkan di mulut.

"I don't talk when I am doing this. And please, just watch and no question." Tegas suaranya dan mukanya juga berubah serius.

Masing-masing terdiam. Cahaya kamera yang menyerlah tadi, automatik terhenti. Sekarang hanya ada satu cahaya sahaja dari atas yang menumpukan betul-betul ke arah Leonard.

Ini ke acara khas yang disediakan oleh Leonard? Dia buat seramik depan orang ramai secara langsung.

Aku terkenangkan Lutfan. Dia juga minat untuk buat seramik sehingga dia sendiri ambil kursus. Lutfan juga pernah mengajar aku.

Leonard memalingkan badannya ke kanan untuk mengambil tanah liat. Dia tidak perlu lagi untuk memotong ataupun menimbang kerana melihat saiznya pun dia sudah menyediakannya lebih awal. Tanah liat itu diambil lalu dia membaling perlahan ke atas pottery wheel supaya melekat di tapaknya.

Tatkala melihat Leonard meregangkan badan dahulu sebelum mula, otak aku terus membayangkan yang duduk di bangku itu ialah Lutfan. Lutfan selalu sangat buat macam tu sebelum mula.

Dia mengambil air daripada baldi dengan menggunakan tangan sahaja. Cukup untuk tanah liat itu menjadi basah. Tangannya mula bergerak laju. Pottery wheel juga berpusing.

Dear Enemy | ON GOINGWhere stories live. Discover now