BAB 10

63 8 2
                                    

Aku tak boleh percayakan sesiapa.

"Zea..."

Sekali lagi nama aku dipanggil. Kali ini lebih lembut dan lebih ikhlas. Tidak kasar daripada sebelum-sebelum ini. Suara sudah lembut, begitu juga dengan matanya yang sedang memandang aku. Aku membalas pandangannya. Sama seperti tadi. Aku seperti nampak Lutfan di hadapan aku sekarang.

Namun, aku sedar. Gerangan yang berada di hadapan aku bukan Lutfan. Tetapi Leonard yang berdarah Korolev, yang sudah membunuh ibu bapa aku.

Pandangan sinis diberikan.

"Kau bukan sesiapa untuk tahu. You are Mr. Leonard Korolev. Please, excuse me."

Badan sudah beralih ke tepi ingin lari daripadanya. Aku ingatkan Leonard akan menghalang aku rupanya tidak. Sempat aku melirik riak wajahnya yang berubah suram.

Kenapa hati aku meronta-ronta ingin dia mengejar aku semula? Perlahan-lahan kaki aku melangkah meninggalkannya. Baru sahaja beberapa tapak, ada lelaki lain yang berjalan melepasi aku.

"Mr. Leonard." Lelaki itu memanggil Leonard dengan ada segelas air di tangannya.

"Again?" Leonard menyoal. Tangannya tetap mengambil juga gelas itu.

Aku berhenti melangkah. Aku baru teringat. Air dari gelas tu yang katanya arahan daripada tuan. Tapi daripada siapa? Tuan itu bermaksud Leonard ke? Tak mungkin sebab Leonard seperti tidak tahu apa-apa.

Entah kenapa dengan aku, kaki aku melangkah laju patah balik semula ke arah Leonard. Tangannya masih lagi memegang gelas yang berisi air itu. Nampak cuma air biasa sahaja, tetapi hati aku kuat mengatakan ada sesuatu tersembunyi. Leonard merenung sekejap gelas di tangannya kemudian perlahan-lahan tangannya naik. Belum sempat mulutnya bertemu gelas itu, aku sengaja melanggar badan aku ke arahnya. Sesaat, gelas tadi terus jatuh ke bawah.

Aku berasa sangat-sangat lega. Aku tak tahu kenapa, tetapi aku lega.

"Apa yang kau dah buat?" Lelaki itu menyoal kasar sambil merentap pergelangan tangan aku yang berbalut. Mulut aku perlahan mengaduh kesakitan.

Belum sempat aku menarik semula tangan aku, Leonard terlebih dahulu menolak kuat badan lelaki itu ke arah dinding. Aku terkejut.

"I only give the same order twice."

Lelaki itu menelan air liurnya payah. Muka sudah berubah kemerahan kerana Leonard mencengkam kuat kolar bajunya. Kenapa Leonard tak tanya aku apa-apa yang aku sengaja menolak gelasnya. Aku perasan sebelah tangan Leonard berada di bahu aku. Tidak mencengkam, tetapi hanya elok terletak. Kalau aku tak menghalang, bila-bila masa sahaja lelaki ini akan hilang nyawa.

"Leo." Perlahan aku memanggil namanya sambil tangan menarik perlahan lengan bajunya. Barulah Leonard melepaskan cengkaman pada lelaki itu.

Lelaki itu tidak pergi. Dia mengambil nafas laju tetapi masih lagi berdiri di hadapan Leonard. Kaki lelaki itu seperti terpacak dengan panahan mata Leonard. Seolah-olah jika dia pergi, Leonard akan buat lebih teruk.

Kepala Leonard teralih ke arah aku. Tangannya yang berada di bahu aku tadi turun perlahan melihat balutan di tangan aku pula. Dia mengusap perlahan. Kemudian matanya memandang tepat ke arah mata aku sekejap. 

Aku sangat konfius sekarang ini. Depan aku seperti bukan Leonard. Sekejap sahaja berubah personaliti.

"Your brother is waiting for you at inside."

Aku memalingkan kepala. Aiden sedang berdiri di pintu melihat kami. Renungannya tajam memandang kami. Aku tidak cakap apa-apa. Gelas yang berada di lantai tadi aku pandang sekilas kemudian kaki dibawa mendekati Aiden.

Dear Enemy | ON GOINGWhere stories live. Discover now