BAB 11

42 7 0
                                    

Semakin aku melangkah jauh, suasana yang kedengaran riuh-rendah tadi semakin sayup-sayup sahaja. Aku sudah meninggalkan jauh dari Korolev Gallery. Sudah pastilah Aiden tidak mengejar aku.

Aku tak tahu apa perancangan sebenar dia, tetapi sikit pun dia tak nak beritahu aku? Macam mana kalau ada apa-apa jadi kat dia?

Akhirnya kaki aku berhenti melangkah.

Aku... Aku cuma ada dia seorang sahaja sekarang ni.

 Aku sudah lama hidup dalam keseorangan. Aku juga dah penat.

Tiba-tiba telinga menangkap sesuatu bunyi. Aku menoleh laju ke kanan. Sekarang baru lah sedar aku berada di mana. Tabiat aku ni, bila dalam keadaan marah dan sakit hati, aku akan berjalan suka hati tanpa arah tujuan. Lorong di sini sunyi sepi. Lampu jalan juga tiada. Sudah larut malam, jarang sekali ada kereta ataupun motosikal yang lalu-lalang. Lagipun, sini adalah belah lorong. Mustahil kenderaan nak muncul.

Aku nak balik ke rumah aku semula. Kereta aku ada di rumah Aiden. Jalan kaki sudah pasti lah jauh. Grab?

Tangan mengeluarkan telefon dari beg tangan kecil aku. Malam-malam buta macam ni ada lagi ke Grab?

Sekali lagi bunyi yang aneh muncul. Aku mengeraskan badan. Kali ni aku tidak menoleh. Tikus mungkin. Hati meronta ingin melihat tapi aku buat tak tahu sahaja. Baru sahaja setapak melangkah, telefon aku berbunyi. Dahi aku berkerut melihat di skrin telefon. Nombor tidak dikenali.

"Hello?"

"Zea."

Ini suara Leonard. Seperti cemas. Aku tidak sempat membalas, Leonard bersuara lagi.

"Get out of there now!"

"Apa-"

Tiba-tiba belakang kepala aku dipukul kuat dengan objek keras. Aku jatuh terduduk. Bulu roma meremang. Jantung berdegup laju. Mata aku semakin berpinar. Ada cecair mengalir perlahan hingga ke pipi. Aku ingin bangun tetapi kepala aku sakit sangat-sangat.

Aku separa menoleh ke belakang. Memang ada orang di situ tetapi penglihatan aku samar-samar dengan suasana gelap aku tidak dapat mengenal pasti dia. Aku gagahkan diri cuba untuk bangun. Tetapi penglihatan aku menjadi gelap sekelip mata.


"JANGAN ikut saya lah." Aku berhenti melangkah dan menjelingnya yang berada di belakang aku yang jarak hanya satu meter sahaja.

Lutfan juga berhenti kemudian memalingkan badannya ke arah pokok yang berada di sebelahnya.

"Sejak bila pula saya ikut Zea. Saya tengok pokok bunga ni." Kata Lutfan sambil tangannya menyentuh perlahan bunga itu.

Mata aku masih lagi memandang tajam ke arahnya. Lutfan masih lagi dengan pura-pura dia. Nampak sangat tak pandai berlakon. Sejak aku keluar daripada perpustakaan tadi sampailah sekarang yang aku pun tak tahu aku kat mana, dia ikut aku sahaja dari belakang. 

Tengoklah tu gaya dia masih lagi dengan lakonannya. Pura-pura bau bunga tu. Pastu buat muka tenang lepas bau tu. Geram je aku tengok dia ni.

Aku melipatkan tangan di dada, masih lagi memandangnya. Matanya mula melilau kiri dan kanan. Nak tengok sampai bila dia nak berlakon lagi.

"Pergilah jaga baby ceri Lutfan tu."

Lutfan terus menegakkan badannya.

"Dia bukan baby saya lah! Awak sorang je baby saya." Lutfan menghampiri aku dan berdiri betul-betul di hadapan aku.

Aku menjelingnya. Menyampah.

"Saya cakap apa-apa dengan Lutfan, Lutfan tak pandang pun." Kata aku lagi.

Dear Enemy | ON GOINGWhere stories live. Discover now