BAB 6

117 7 0
                                    

Aku tak menafikan yang Aiden sememangnya sudah memberi amaran kepadaku sejak di Rusia lagi. 5 tahun yang lalu dan aku melawan kerana aku tidak percaya.

Aiden sudah tahu semuanya lama. Dia lebih tahu daripada aku. Apabila semua benda dah berlaku, barulah aku faham. Barulah aku nak menyesal.

Aku berhenti berjalan tatkala mata menangkap beberapa orang yang beratur panjang tidak jauh daripada aku. Kening aku ternaik. Aku mendekati dan barulah aku tersedar.

Sedar-sedar sahaja aku sudah sampai di depan Korolev Gallery. Tidak puas hati sangat dengan Aiden aku terus membawa kereta keluar rumah. Parking di hadapan taman dan berjalan-jalan, tiba-tiba sampai di sini. Aku tidak sedar langsung. Kenapa aku berjalan sampai sini?

Melihat muka mereka yang gembira dan tidak sabar untuk masuk ke dalam membuatkan aku terfikir. Mereka tahu ke keluarga Korolev yang sebenar? Kalau mereka tahu, adakah tempat ini akan ramai macam sekarang?

Entah kenapa hati aku juga meronta untuk masuk. Aku menoleh membaca papan tanda panjang yang berada di sebelah aku. Jam tangan dilihat. Patutlah ramai. Sekarang adalah waktu galeri ini buka. Baru sahaja nak buka.

Barisan yang panjang tadi perlahan-lahan menjadi pendek. Aku memandang pakaian aku dan pakaian mereka. Sangat berbeza. Pakaian aku sepenuhnya hitam dan seperti pakaian sukan. Seluar tracksuit, jaket windbreaker dan tudung selendang hitam. Kalau orang tengok, mesti mereka cakap selekeh. Pergi tempat macam tu pun, pakai pakaian sukan.

Kejap.

Kenapa aku beria sangat nak masuk? Kalau terserempak dengan dia macam mana?

Aku memusingkan badan ingin meninggalkan tempat ini.

"I am not wrong. It's really you."

Leonard seperti biasa dengan senyuman sinisnya manakala aku tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Berusaha untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi sebab bila-bila masa aku boleh menjerit kepada Leonard.

Leonard melangkah mendekati aku. Aku tidak berkata apa-apa, aku terus melangkah melepasinya.

Aku tak nak lama-lama berhadapan dengannya. Tiba-tiba dia merentap pergelangan tanganku menyebabkan aku menoleh menghadapnya. Senyuman sinis Leonard tadi sudah hilang. Kini digantikan dengan raut wajahnya yang kosong. Aku ingin menarik tangan aku semula tetapi dia memegangnya dengan lebih kuat.

Dahi aku berkerut. Dia ni dah kenapa?

"Lepaskan tangan aku." Kata aku. Mata menikam anak matanya yang berwarna seakan-akan biru keabu-abuan. Leonard membalas pandangan aku dengan pandangan kosong.

I know my eyes are pretty, that's why I want you to keep looking at my eyes. You like it, right?

Kata-kata itu adalah kegemarannya. Mata yang sentiasa membuatkan jantung aku berdegup kencang. Mata yang sentiasa memandang aku lembut. Mata yang sentiasa memandang aku dengan menakjubkan.

Tetapi itu semua dahulu. Pandangannya sudah tidak sama.

Matanya naik memandang sesuatu di belakang aku. Seperti baru perasan sesuatu, cepat-cepat Leonard menarik aku ke lorong kecil di sebelah bangunan galerinya. Sempit dan tertutup sehingga badan sasa Leonard terhimpit dengan aku menyebabkan badan aku tersandar di dinding. Dia meletakkan tangan sebelahnya di atas kepalaku manakala tangan sebelahnya lagi berada di sebelah bahu aku.

Aku terkejut mengapa dia buat begini. Seperti pagi tadi tetapi kali ini dia tidak kasar. Posisi yang lembut. Mata aku tidak lepas daripada memandangnya. Sesekali Leonard menoleh ke tepi. Aku cuma diam.

Telinga aku menangkap derap langkah yang semakin mendekati kami. Serentak Leonard menoleh semula ke arah aku.

Zap!

Dear Enemy | ON GOINGWhere stories live. Discover now