BAB 5: GANTUNG

38 1 0
                                    

***EBOOK TEMAN ROH 2 (RM10) AVAILABLE UNTUK BACAAN PENUH, HUBUNGI 0199259423 (PENULIS) UNTUK PEMBELIAN***

SURAYA dan Juwita menuju ke sebuah apartment sekitar jam 10 pagi untuk menghalang satu lagi kejadian. Mahu tidak mahu mereka harus lebih cepat daripada masa yang dicatatkan dalam novel Juwita. Tapi perkara paling sukar adalah untuk mengetahui di unit mana satu berlakunya kes gantung diri yang diceritakan dalam novel Juwita. Ini adalah kesukaran yang mereka sedang hadapi sekarang.

"Apartment ni ada 6 blok. Kita nak mula dekat mana Juwita?" tanya Suraya yang masuk ke dalam apartment itu sebagai pelawat, alasannya kepada pengawal keselamatan tadi melawat rumah kawannya di dalam dan disebutkan unitnya. Kebetulan pula memang dia kenal seseorang yang duduk dalam kawasan apartment tersebut.

"Aku cuma tulis dia menggantung dirinya dengan kain langsir berwarna merah. Aku tak tahu blok dan unit berapa sebab aku tulis umum sahaja babak tu."

"Jadi kita kena cepat sebelum benda tu berlaku. Sekarang jam 9.30 pagi, kita ada masa kurang setengah jam untuk cari unit yang pakai langsir merah."

"Aku akan cuba masuk semua pintu unit dan cuba sedaya upaya aku." Juwita memberitahu.

"Okey, aku pakai drone ni dan tengok semua pintu beranda apartment dekat blok ni daripada dalam kereta. Kita kena cepat Juwita!"

Juwita terus naik ke atas memeriksa kesemua unit blok 1 manakala Suraya memeriksa blok 2. Beberapa unit ditandakan awal oleh Suraya yang mempunyai langsir berwarna merah.

Sementara itu Juwita masih gigih melihat kesemua langsir di blok 1. Sehinggalah dia bertemu seseorang di dalam blok tersebut. Dia nampak orang yang dia kenal sedang membaca novelnya dan ketawa seorang diri.

"Tak mungkin dia, takkanlah. Dia mampu ke buat semua ni?" Juwita ragu-ragu.

Ada kemungkinan yang dia hanyalah salah seorang pembaca tegar novel-novel tulisan miliknya sahaja. Juwita masuk ke dalam bilik pembaca itu dan mula memerhati sekeliling. Tiada apa yang mencurigakan, sehinggalah pembaca itu mengeluarkan pisau daripada lacinya dan keluar daripada unit tersebut.

"Apa aku kena buat ni? Tapi takkanlah dia?!" Juwita masih belum percaya.

Langkah pembaca itu Juwita ikuti dengan rapat, sambil membaca novel dia masuk ke dalam lif dan menekan kesemua nombor aras. Juwita sendiri pelik untuk apa pembacanya itu melakukan demikian. Sampai di aras 15 pembacanya itu keluar dan masuk ke dalam sebuah rumah yang dia juga punyai kunci unitnya.

Tidak lama kemudian pembacanya itu terkocoh-kocoh berlari keluar dan terus masuk ke dalam lif ketakutan. Juwita pula terus masuk ke dalam unit rumah tersebut dan mendapati seorang perempuan sedang tergantung pada kipas di ruang tamu. Tangan dan kakinya terjulur selepas meronta-ronta. Juwita tak mampu berbuat apa-apa.

Cepat-cepat Juwita turun ke bawah dan memberitahu Suraya.

"Aku, aku dah tahu unit tu Suraya, kita kena cepat! Kita kena cepat!!" teriak Juwita sehingga membuatkan Suraya terkocoh-kocoh masuk ke dalam kawasan apartment seterusnya masuk ke dalam lif.

"Mangsa gantung diri tu dekat tingkat mana?"

"15!"

"Pembunuh tu?" tanya Suraya.

Juwita diam tidak respon.

"Pembunuh tu duduk dekat unit dan aras berapa Juwita?!"

"Tadi... tadi aku tak berapa ingat, yang aku ingat dia lari keluar daripada rumah mangsa tu."

"Maksudnya sekarang ni dia tengah larikan diri ke? Dia kenal dengan mangsa tu?" tanya Suraya lagi.

"Iya, iya."

"Kenapa tak beritahu aku awal tadi Juwita. Yang mati tetaplah mati, walau apapun berlaku kita tetap kena kejar orang tu. Kau ingat lagi tak dia lelaki ke perempuan?"

"Aku rasa dia tu perempuan yang ada sikap lelaki."

"Apa kau cuba cakap ni Juwita?"

"Tomboy maksud aku."

"Lain kali straight to the point je Juwita. Kalau macam tu kita kena cari pembunuh tu cepat."

"Bahaya Suraya, kau seorang diri tak ada senjata semua. Sedangkan dia? Kita tak tahu apa yang dia ada. Lagipula ni kes bunuh diri, bukan pembunuhan."

"Tak semua yang bunuh diri tu adalah bunuh diri dan tak semua pembunuhan tu adalah pembunuhan."

"Aku faham maksud kau Suraya, tapi semua ni macam cepat. Dia masuk rumah tu dalam beberapa ketika dan terus keluar. Aku sempat masuk unit tu dan nampak mangsa sedang meronta-ronta."

"Okey macam ni. Kau ingat dia pakai spek ke tak? Ingat dia pakai baju warna apa? Dia pakai jeans atau seluar? Bentuk badan dia macamana? Mudah untuk aku beritahu pada pihak polis." Suraya cepat-cepat bertanya kerana dia langsung tidak mempunyai sebarang klue tentang pembunuh itu.

"Tak, aku ingat dia tu badan tak kurus tak gemuk. Pakai baju merah dan jeans."

"Juwita. Kau mesti nampak muka pembunuh tu? Kenapa kau tak terus follow dia? Macam pelik sebab aku rasa kau boleh kejar dia tadi."

"Kau kena faham satu benda Suraya. Aku bergerak macam manusia juga, kelebihan aku cuma boleh tembus dinding. Kalau dia masuk lif, takkanlah aku nak terbang pula kejar dia."

"Aku lupa, aku selalu ingat yang roh macam kau ada super power."

"Itu orang sejenis kau Suraya. Yang ada super power tak macam manusia lain. Yang jenis kami ni sangkut, sangkut dekat dunia ni."

Juwita terpaksa menyembunyikan satu perkara daripada Suraya. Walaupun dia tahu ini bakal memudaratkan diri juga tapi dia terpaksa. Dia tahu, ada perkara yang perlu dia sendiri cari tahu sebelum Suraya. Nak tak nak takkanlah dia mahu orang itu tertangkap selepas Juwita mengetahui siapa sebenarnya dia!

TEMAN ROH: 2 (TELAH TERBIT)Where stories live. Discover now