***EBOOK TEMAN ROH 2 (RM 10) AVAILABLE UNTUK BACAAN PENUH, HUBUNGI 0199259423 (PENULIS) UNTUK PEMBELIAN***
USAI melaporkan berita penuh mengenai kes pembunuhan Juwita dari tempat mayatnya ditemui, Suraya terus saja mengikut krew ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Biasanya ia akan melalui beberapa prosedur dan Suraya dan krew lain terpaksa menunggu bagi mendapatkan keputusan hasil autopsi dua tiga hari selepas itu. Walaupun laporan bedah siasat adalah sulit dan hanya patut diketahui oleh ahli keluarga tapi dalam sesetengah kes ia merupakan petunjuk penting bagi seorang wanita yang telah ditugaskan untuk mengikuti perkembangan kes.
Suraya meminta kebenaran masuk kerana mereka diberitahu autopsi akan dilakukan lambat sedikit berikutan hal-hal tertentu. Suraya dan Juwita masuk ke dalam dan memandang sekujur kaku badan manusia yang ditutup dengan kain putih. Semuanya nampak elok dan tanpa kesan kecederaan. Juwita diam memandang dirinya sendiri di depannya.
"Be strong Juwita."
Juwita angguk pandang Suraya sekilas dan melihat dirinya yang telah dibersihkan. Dia ditemui berhampiran sebuah hutan, nasib baiklah bukan menjadi mangsa binatang buas di hutan itu.
"Suraya, ada kemungkinan tak aku mati kena cecair atau gas beracun?"
"Mungkin, siasatan awal mendapati kau mungkin diracun, sama ada melalui mulut atau suntikan pihak polis tak pasti. Mungkin juga sebab ubat, tapi aku tak berapa sure sebab bibir kau biru pecah. Apapun, kau dibunuh Juwita."
"Itu aku tahu Suraya."
"By the way, kau ada apa-apa penyakit? Yang memungkinkan kau kena ambil ubat ke?" tanya Suraya lagi sambil memandang mayat Juwita tanpa menyentuhnya, tapi dia memerhati dengan teliti.
"Aku tak tahu apa yang berlaku. Aku tak ingat apa-apa. Biasanya dalam novel aku selalu bayangkan apa yang bakal dan mungkin berlaku, bukan menganalisis apa yang telah berlaku seperti sekarang. Satu lagi baru aku faham, orang mati hanya akan ingat benda semasa hidup, bukan selepas mati, sebab tu aku hanya ingat pasal rama-rama tu."
"Jadi selama ni kau tulis pasal bunuh orang tu kau dapat inspirasi daripada mana?"
Juwita diam tak menjawab. Diam-diam dia memang tidak begitu suka dengan Suraya yang suka mempertikai dirinya.
"Kau ingat penulis ni wartawan macam kau yang boleh masuk keluar bilik mayat ni suka hati dengan tujuan nak menulis?"
"Kau tak jawab soalan aku pun. Ke, kau main bedal je tulis selama ni?"
"Dah nama pun fiksyen. Fiksyen tu bukan betul Cik Suraya."
"OK. No further question. Pandang badan kau atas besi tu. Autopsi nak dijalankan sebentar lagi. Mana tahu kau nampak benda mencurigakan."
Tiba-tiba satu panggilan masuk.
"Iya ke? Dekat mana? Ada apa-apa kesan pergelutan? Darah? Mana-mana yang terkoyak dalam kereta tu?" tanya Suraya.
"...Owh okey, saya ke sana sekarang." Suraya kemudiannya mematikan telefon bimbitnya.
"Pihak polis dah jumpa kereta saya?" tanya Juwita.
"Iya, kereta tu elok je dekat apartment awak Juwita. Yang aneh tu, kenapa nak kena buang awak dekat hutan tu. Padahal boleh je letak dalam kereta dan biarkan, pembunuhan juga. Pembunuh ni memang jenis rajin." Suraya jawab dan membuat andaian.
"Kalau saya nak ikut tengok kereta tu boleh?" pinta Juwita.
"Juwita, awak tu bukan jagaan saya. Awak boleh ke mana-mana saja kan?"
"Tapi autopsi akan mula tak lama lagi."
"Takpe, rasanya pasal kereta tu pihak polis takkan dapat apa-apa. Lebih baik awak dekat sini dan tengok proses dan juga andaian awal doktor yang buat bedah siasat. Awak mungkin ngeri sikit tapi bukti tetap bukti dan melalui bedah siasat ni banyak klue yang awak dapat. Mungkin juga awak akan tahu apa punca sebenar kematian awak. Tapi, it's up to you..."
Juwita diam. Dia tak sanggup pandang diri sendiri. Dia hanya pandang tag yang tertera namanya sendiri di kaki mayat di depannya. Suraya pula terus melangkah meninggalkannya.
"Cik Suraya! Tunggu!"
BERSAMBUNG....
YOU ARE READING
TEMAN ROH: 2 (TELAH TERBIT)
Mystery / Thriller***TEMAH ROH: 2 adalah sambungan kepada novel thriller saya TEMAH ROH. Manuskrip ini telah siap sejak tahun 2016. Nikmatilah penggembaraan SURAYA seorang wartawan yang mempunyai kuasa PSIKIK yang akan menemui lebih banyak kes aneh dan paranormal. T...