***EBOOK TEMAN ROH 2 (RM10) AVAILABLE UNTUK BACAAN PENUH, HUBUNGI 0199259423 (PENULIS)***
MENITIS peluh di pipi Suraya memikirkan ada manusia yang berada di luar pintu rumahnya. Tapi memikirkan dia sedang dijaga oleh pengawal Ryzal, ketakutan yang bersarang dalam dirinya berkurangan. Juwita pula tidak bersuara dan terus tembus keluar pintu."Juwita!" teriak Suraya memanggilnya.
Seketika Juwita masuk kembali ke dalam menemuinya.
"Jangan risau, budak perempuan tadi. Dendam dia memang kuat, sebab tu dia tak puas hati selagi tak dapat bercakap dengan kau."
"Dia nak apa sebenarnya?"
"Kalau boleh dia nak pinjam badan kau Suraya. Dia nak balas dendam."
"Selalu saja komuniti hutan begitu. Bertindak di luar batas menggunakan manusia."
"Bukan semua jenis manusia Suraya. Manusia macam kau yang boleh mereka berinteraksi dengan mereka."
"So, budak perempuan tu dah pergi mana?" tanya Suraya bimbang.
"Dia pergi cari manusia psikik lain. Ya, yang mungkin boleh kasihankan kisah deritanya mati dibunuh."
Suraya kemudian duduk di sofa dan menarik nafas, memikirkan hal lain dia sudah penat. Apalagi bertindak sendiri mencari penjenayah, semua itu tidak mungkin dia akan dapat buat. Kalau Kamal ada dulu bolehlah dia minta pertolongan sebab selain ada kebolehan psikik, Kamal boleh berlawan dan menggunakan senjata.
"Kenapa semua orang macam kau nak berhubung dengan kau tapi kau tak endah Suraya?" tanya Juwita.
"Manusia ke yang kau maksudkan?" tanya Suraya kembali.
"Ya, manusialah. Macam aku kata sebelum ni."
"Aku tak suka campur dengan orang. Yang rasa diri diorang hebat sebab ada kebolehan."
"Aku tengok Inspektor Lisa tu macam okey je."
"Entahlah, aku rasa dia tu something. Yang buat aku selalu tak selesa."
"Kau pun takde kawan sangat Suraya. Jangan nilai orang dari luar. Sepanjang aku kenal dia, dia okey sebenarnya. Dia jalankan tugas dia dengan kebolehan yang dia ada dan dia tahu jaga diri dia sendiri."
"Aku, kalau tak suka sangat someone. Kalau boleh aku elak. Aku tak benci pun, just kurang selesa. Kau pun dengar dia macam selalu provok aku."
"Kalau dia mati tak terbela agaknya dia jumpa kau, kau tolong dia tak?"
"Kalau aku rasa kematian dia tak wajar terpaksalah. Kang menyendeng tak sudah-sudah."
"Suraya! Dia ada dekat sini!" tiba-tiba saja tona suara Juwita berubah.
"Siapa pulak ni Juwita? Kau kata budak perempuan pendendam tadi dah pergi!"
"Bukan, ni lain. Orang pakai topeng rama-rama tu!"
"Hah? Tapi dalam buku Kerat scene ni mana ada. Mana ada dia datang bangunan ni."
"Kau terlepas pandang Suraya! Entah-entah kau tergam sekali bab yang dah sudah dan bakal jadi."
"So, sekarang ni apa kita nak buat?"
"Dia ada dekat bangunan ni. Dia baru follow sampai bab 18 novel tu. Kita kena bersiap Suraya. Kena halang dia, Bab 19 novel aku ada kes dekat sebuah kondo macam ni! Sekejap lagi dia nak kerat jari mangsa sebagai amaran!"
BERSAMBUNG....
***DISIARKAN 10 BAB SAHAJA DI WATPAD, EBOOK TEMAN ROH 2 (RM10) AVAILABLE UNTUK BACAAN PENUH, HUBUNGI 0199259423 (PENULIS) UNTUK PEMBELIAN ANDA***
YOU ARE READING
TEMAN ROH: 2 (TELAH TERBIT)
Mystery / Thriller***TEMAH ROH: 2 adalah sambungan kepada novel thriller saya TEMAH ROH. Manuskrip ini telah siap sejak tahun 2016. Nikmatilah penggembaraan SURAYA seorang wartawan yang mempunyai kuasa PSIKIK yang akan menemui lebih banyak kes aneh dan paranormal. T...