***EBOOK TEMAN ROH 2 (RM10) AVAILABLE UNTUK BACAAN PENUH, HUBUNGI 0199259423 (PENULIS) UNTUK PEMBELIAN***
"SURAYA, apa yang dah berlaku ni? Kenapa kau dekat sini? Apa dah jadi dekat Ryzal?" tanya Juwita yang baru muncul di hospital.
"Dia kena tembak dekat luar hutan tu Juwita!" jawab Suraya dengan penuh kebimbangan.
"Siapa yang pergi hutan? Macamana Ryzal ada dekat situ?" tanya Juwita lagi.
"A... aku, aku tengok dalam buku kau penjenayah tu akan letak mayat dekat hutan. Aku terus straight pergi hutan tu nak pastikan.."
"Oh my god Suraya! Kau masih nak bertindak sendiri." Juwita bereaksi dengan agak kecewa.
"Juwita, dalam novel Kerat takde pun babak tembak apa semua ni kan Juwita? Am I missing something? Bab dan mukasurat mana ya?"
"Tak, sumpah tak. Aku memang tak libatkan apa-apa senjata dalam novel aku. Ada kemungkinan orang yang tembak tu memang musuh Ryzal." Juwita meyakinkan.
"Atau musuh aku..." Suraya menyambung dalam terkilan.
Ramai wartawan berebut-rebut cuba masuk ke dalam hospital tapi dihalang pengawal keselamatan bertugas. Berita Ryzal ditembak cepat sahaja sampai ke pengetahuan ramai orang, ada kemungkinan ada yang terlihat Ryzal CEO syarikat stesen TV terkemuka itu dibawa keluar daripada van ambulas tadi.
"Kau sabar ya Suraya. Aku yakin Ryzal tak apa-apa." Juwita cuba menenangkan keadaan Suraya yang kelihatan kelihatan bimbang dan dalam masa sama rasa sangat-sangat bersalah.
"Aku nak sabar banyak mana lagi? Semua orang sekeliling aku mati kena bunuh!" tiba-tiba Suraya meluahkan rasa kecewanya.
"Ajal maut di tangan tuhan Suraya. Kau percayalah semuanya akan selamat..."
Pintu wad dibuka, paling mengejutkan Ryzal keluar daripada pintu tersebut memandang Suraya.
"Ryzal! Apa semua ni? Kau tak apa-apa ke?!" Suraya panik dan memegang jejaka tinggi lampai di hadapannya.
"Tak Suraya, aku okey. Aku kena act macam kena tembak tadi dan masuk sini untuk alih perhatian! Kau menangis ya aku kena tembak? Kau nangis untuk aku kan?" Ryzal sengaja mengacah Suraya yang kerisauan.
"Kau ni gila la Ryzal! Kalau betul-betul kau kena tembak aku takkan maafkan diri aku!" marah Suraya dan memeluk Ryzal erat.
"Kau pun kena pakai baju bulletproof mulai hari ni Suraya. Kalau jadi macam tadi at least kau boleh selamat. Percayalah Suraya, nyawa kau nyawa aku juga."
Suraya melepaskan pelukannya apabila ada wartawan yang terlepas masuk ke dalam. Tapi Ryzal tetap memegang tangan Suraya dan keluar dari hospital diiringi 6 orang pengawal peribadinya yang mengawal keadaan.
Seseorang memerhati Ryzal dan Suraya keluar daripada hospital sambil memegang sniper untuk melepaskan peluru pada bila-bila masa...
"Aku tahu permainan kau Ryzal, kau memang bijak. Tapi kali ni aku sengaja lepaskan kau dan Suraya... tapi tak next time..." seseorang bersuara daripada jauh memandang Ryzal dan Suraya melalui teleskop.
Setelah masuk ke dalam kereta, Ryzal memandang Suraya yang nampak lebih tenang.
"Buat apa masuk dalam hutan tu?" tanya Ryzal serius.
"Cari petunjuk."
"Kalau sesat dalam hutan tu macamana? Bukan dalam hutan tu ada macam-macam ke?"
"Maaflah, aku nak sangat settlekan cepat-cepat hal aku. Sebab tu aku masuk dalam tu. Tapi macamana kau ada dekat hutan tu pula?"
"Bodyguard aku yang follow kau inform aku. Aku pun terus ke hutan tu. Lain kali jangan bertindak sendirian Suraya. Bahaya dekat mana-mana tau." Ryzal mengingatkan.
"Maafkan aku Ryzal, aku masih terkejut kau kena tembak tadi."
"Sebenarnya orang tu memang dah berniat nak bunuh kau Suraya. Ada kemungkinan dia pun dah lama ekori kau."
"Aku rasa aku takde musuh Ryzal, kalau ada pun musuh aku, mungkin makhluk bukan manusia."
"Suraya Zain, pengacara Jejak Jenayah stesen TV13 membongkar jenayah-jenayah dalam negara. Kau tak nampak lagi ke Suraya? Atau kau tak sedar kau tu siapa?" Ryzal cuba menyedarkannya.
"Maksud kau apa sebenarnya Ryzal?" Suraya bertanya kembali, bingung!
"Suraya, kau dah kacau banyak orang sebenarnya. Tokan dadah, penjual organ, team seludup PATI. Mungkin kau tak sedar sebab asyik dengan assignment, sebab tu sejak dulu aku kena lindungi kau extra. Stesen kita banyak dapat ugutan tau. Tapi kita kena keep up juga dengan show kau tu sebab itu tugas kita."
"Agaknya aku ni akan berakhir macam Kamal juga kan..." Suraya tiba-tiba meluah rasa.
"Suraya! Don't you dare! Aku sentiasa ada untuk kau. Kalau kau dah takde, macamana hidup aku plak! Aku dahlah takde siapa-siapa!" Ryzal meninggi suara.
"Ryzal, kita ni kawan. Best friend. Lupa, kau kan nak kahwin dengan Maseira..."
"Dan dia tinggalkan aku tanpa kata di hari pernikahan kami, Suraya..."
"Tunggulah dia kembali Ryzal."
"Ada yang dah jadi sejarah tu tak perlulah untuk diambil, biarlah hanya untuk dikenang. Kena pandang yang ada depan mata."
"Dan tu sebab yang aku akan jadi musuh orang lain. Kau tu orang popular Ryzal. Ramai peminat. Macamana? Dah boleh kesan Maseira dekat mana?"
"Dia memang sengaja nak hilangkan diri Suraya. Lagipun, hari sebelum nak nikah tu aku dah tahu segalanya pasal dia. Aku tak salahkan dia, tapi she's gone too far... Sampai pertaruhkan nyawa aku."
"Aku tahu segalanya Ryzal, tapi biarkanlah. Apa yang dia alami tu, susah untuk kita hadam. Mungkin dia dah addcited buat semua tu sebab dia trauma dengan apa yang jadi dekat dia."
"Salah kami juga, kami bebas dan kami boleh buat apa saja yang kami suka sejak kami sekolah lagi. Bila jadi penganiayaan dekat dia, dia jadi berontak tak kenal mana kawan mana lawan."
"It's okey Ryzal. Sekurang-kurangnya kau dah jadi manusia lebih baik dari sebelum tu. Aku ada baca yang kau pergi rumah anak yatim dan bergambar dengan budak-budak comel. Wow."
"Alamak, kantoi."
"Malu-malu plak dah, ambillah sorang dua buat peneman."
"Ingat ambil budak macam beli ayam dekat market ke? Banyak nak kena buat. Dah, ni aku hantar kau balik kondo. Rehat. Aku nak ingatkan lagi sekali Suraya. Nyawa aku tak banyak, kau jagalah diri kau Suraya. Jangan bertindak sendirian!"
"Yes boss!"
Sampai di kondo, Suraya turun daripada kereta Ryzal. Kemudiannya masuk ke dalam lif memandang seorang perempuan yang menutup wajahnya dengan pelitup muka memandang ke arah lain.
"Awak lambat..."
Tersentak Suraya mendengar suara perempuan tersebut. Bila dia menoleh, perempuan tadi langsung saja hilang. Tak mungkin Suraya akan kembali ke hutan tersebut, dia tahu ada kemungkinan perempuan itu adalah mayat yang dijumpai di hutan itu dan dia tak mampu untuk menolongnya...
YOU ARE READING
TEMAN ROH: 2 (TELAH TERBIT)
Mystery / Thriller***TEMAH ROH: 2 adalah sambungan kepada novel thriller saya TEMAH ROH. Manuskrip ini telah siap sejak tahun 2016. Nikmatilah penggembaraan SURAYA seorang wartawan yang mempunyai kuasa PSIKIK yang akan menemui lebih banyak kes aneh dan paranormal. T...