***EBOOK TEMAN ROH 2 (RM10) AVAILABLE UNTUK BACAAN PENUH, HUBUNGI 0199259423 (PENULIS) UNTUK PEMBELIAN***
SURAYA masih kesal dengan sikap Juwita yang menyembunyikan sesuatu daripadanya. Suraya tahu Juwita tahu siapa pembunuh itu, tapi dia sengaja menyembunyikannya atas sebab tertentu.
"Wow lajunya Cik Suraya sampai? Ada informan ke dekat kawasan ni?" tanya Inspektor Lisa sebaik saja sampai ke tempat kejadian.
"Kebetulan tadi on the way keluar ke lokasi lain, lepas tu ada orang suruh cover kawasan ni." Suraya terpaksa jawab sengaja serkap jarang mengenai keberadaannya di situ. Dia tidak boleh sedikitpun menampakkan keraguan apa-apa.
Suraya pandang Juwita yang masih berada berhampiran dengannya, Juwita pandang-pandang polis yang bertugas semua dan juga polis yang bertanyakan soalan kepada jiran-jiran terdekat. Bukan sahaja Suraya, tidak lama kemudian datang juga wartawan daripada stesen dan surat khabar lain. Setengah jam kemudian usai Inspektor Suraya mendapat semua maklumat dia keluar menemui wartawan yang ada.
"Boleh saya tahu identiti mangsa ni Puan?" tanya seorang wartawan.
"Masih ingat kes dua bulan lepas yang cikgu kena tipu 50 ribu duit KWSP tu? Inilah scammernya. Mangsa ni kantoi scam orang, memang pihak polis pun tengah buru dia ni. Bukan sikit-sikit dia scam sampai beratus ribu ya."
"Boleh kami tahu, lelaki ke perempuan?" tanya seorang lagi.
"Perempuan cantik. Itu yang senang nak mengayat ramai lelaki buaya darat tu, pantang tengok dahi licin. Dah lama pihak polis cuba kesan dia ni sebab berpindah randah. Lagipun duit-duit mangsa semua dia pegang lagi. Tak sangka dia menyorok dekat sini, ingatkan sempat lari ke Siam naik tongkang guna jalan tikus."
"Puan rasa kenapa dia bunuh diri? Mungkin tak ada mangsa yang berdendam dengan dia dan buru dia?" tanya Suraya.
"Setakat ni kami tak tahu kalau dia dibunuh ke atau dia tekanan perasan apa semua. Tapi hati kering macam ni susah juga nak jangka. Mungkin juga sebab dia viral semalam."
"Maksud Puan?" tanya seorang lagi wartawan.
"Kenapa semua lambat dapat berita ni? Si mangsa ni dah kantoi identitinya semalam, tersebar dekat whatsapp dan facebook. Siap keluarga dia pun kena korek sekali tau. Bolehlah cari sendiri ya... Saya nak kena balik balai ni, tugas korang nak kena celik IT sikit. Assalamualaikum..." Inspektor Lisa keluar dari kawasan itu dan turun ke bawah, Suraya juga turun usai mendapatkan semua maklumat.
Inspektor Lisa pandang Suraya yang baru turun dan menemuinya.
"Eh Puan bukan nak kena balik balai ke?" tanya Suraya aneh.
"Sedap bau perfume, macam kenal." Inspektor Lisa memandang Suraya dengan senyuman ada makna.
Suraya terus mengerling memandang Juwita yang berada berdekatan sambil memberi isyarat untuk berdiri lagi jauh daripada mereka.
"Tak adalah, singgah Watson sembur yang mana ada. Pening tadi beli actifast sepapan. Sempatlah cuba perfume baru. Wangi tau!" Suraya memberi alasan.
"Cik Suraya, satu saya pesan. Jangan mudah percayakan sesiapa. Ingat pesan saya tu." Inspektor Lisa memberi pesanan dan berlalu.
Suraya diam tidak menjawab apa-apa tapi faham apa yang cuba disampaikan Inspektor Lisa kepadanya. Seketika kemudian lori polis meninggalkan kawasan rumah tersebut. Sempat Suraya buka telefon bimbitnya menyemak facebook mencari tahu siapa si mangsa.
YOU ARE READING
TEMAN ROH: 2 (TELAH TERBIT)
Mystère / Thriller***TEMAH ROH: 2 adalah sambungan kepada novel thriller saya TEMAH ROH. Manuskrip ini telah siap sejak tahun 2016. Nikmatilah penggembaraan SURAYA seorang wartawan yang mempunyai kuasa PSIKIK yang akan menemui lebih banyak kes aneh dan paranormal. T...