***EBOOK TEMAN ROH 2 (RM10) AVAILABLE UNTUK BACAAN PENUH, HUBUNGI 0199259423 (PENULIS) UNTUK PEMBELIAN***
"SURAYA, ada orang dalam bahaya!" tiba-tiba saja Juwita muncul dan bersuara cemas.
"Apa maksud you?"
"Akan ada mayat seorang perempuan ditemui dalam hospital ni?"
"Hah? Apa ni?"
"Novel, dalam novel aku. Lepas je mayat mangsa kerat ni, akan ada kejutan ada mayat lagi. Cepat Suraya! Cepat...!"
"Hospital ni besar dan mana mungkin nak masuk dalam sana sini. Bukan waktu melawat lagi."
"Kita kena halang orang tu Suraya. Atau ada kematian akan berlaku lagi." Juwita masih dalam keadaan cemas.
"Tenang! Tenang Juwita. Cuba ingat balik dalam babak tu, Juwita bayangkan babak tu dekat mana?"
"Tangga, tangga wad perempuan!"
Laju saja Suraya berlari dan menuju ke wad perempuan. Sampai saja di sana Suraya terus membuka pintu tangga tertutup yang digunakan oleh petugas atau pelawat yang tidak mahu menggunakan lif.
"Urghhh!"
"Sana!" teriak Juwita mendengar teriakan daripada tingkat tangga atas.
"Berhenti!!!" teriak Suraya kuat dan terus naik ke atas secepatnya.
Sebaik saja sampai di sana Suraya lihat seorang jururawat terbaring. Kepalanya berdarah seakan dihentak ke dinding. Pantas Suraya ke pintu aras dan meminta pertolongan, dia tahu jururawat itu masih hidup. Beberapa jururawat datang dan membawa jururawat tersebut keluar. Suraya dan Juwita mengikuti mereka.
"Nasib baik kita cepat Suraya, kalau tak... mesti dia dah kelar leher perempuan tu."
"Tak, aku rasa dia tak berani pun buat macam tu. Ada nampak kesan luka dekat leher nurse tu, tapi dia tak sempat. Ada luka sikit saja." Suraya memberi tanggapannya.
"Jadi maksudnya dia memang cubalah kan? Tak, sebenarnya dia nak buktikan apa Suraya?"
"Sebenarnya dia nak menarik perhatian kita, dia tahu kita tahu."
"Dan dia boleh nampak aku?" tanya Juwita pula.
"Itu aku tak pasti. Aku kena ke balai polis buat laporan pasal kes ni dan pastikan pembunuh tu dapat dilihat dekat mana-mana CCTV hospital ni."
"Aku nak ikut."
"Okey, kita ke balai polis. Aku ada tugas untuk kau."
"Huh? Tugas apa?" tanya Juwita pelik sambil terus duduk di dalam kereta Suraya.
"Sampai sana nanti aku beritahu." Suraya masih berteka teki dan sekarang ni dia sebenarnya bimbang. Dia sedang berdepan dengan seorang pembunuh yang mampu melakukan apa sahaja. Dan dia tiada sesiapa untuk membantunya. Suraya pandang Juwita di sebelahnya, kemudiannya dia menarik nafas menenangkan diri. Tahu yang dia sebenarnya berdepan kesulitan kerana kes kali ni agak berat.
***
"Apa awak cuba buat?!"
Tiba-tiba saja Juwita tersentak. Dia pandang kiri kanan langsung tiada sesiapa melainkan hanya dia!
"Dia tegur aku ke?" Juwita bercakap perlahan tapi masih ragu-ragu.
"Apa awak cuba buat? Siapa awak?!" suara polis wanita itu makin meninggi.
Juwita keras! Langsung tak tahu mahu berbuat apa-apa.
"Sa... saya tengah cari fail kes saya..." Juwita bersuara takut-takut memandang polis wanita itu.
"Tempat ni ada rules dan rules tu kena patuhi, aku tak kira kau ni manusia ke entiti ke atau hantu sekalipun. Kita hidup ada rules dan rules tu kita kena patuhi... Cik Juwita."
Juwita tersentak dan terus respon, "Ma... macamana awak tahu?"
"Hello, saya yang handle your case OK. Semestinya saya tahu. Saya boleh cam bau awak sebab saya yang geledah rumah awak, saya tahu apa yang awak suka pakai dan saya juga tahu minyak wangi kegemaran awak. By the way, siapa yang hantar saya datang sini? Ke, awak follow saya pasal kes ni?"
Juwita diam, dia sudah berjanji dengan Suraya. Dalam masa sama Juwita pandang nametag polis wanita yang dia percaya seorang detektif itu. Lisa, itulah nama yang tertulis.
"Puan Lisa, saya minta maaf jika mengganggu ruangan dan masa Puan. Saya pergi sekarang."
"Kami dah jumpa klue kenapa awak dibunuh, Cik Juwita."
Suara polis wanita itu membuatkan Juwita berpaling.
"Boleh saya tahu?"
"Bukan sekarang Cik Juwita. Rules are rules. Saya akan beritahu bila tiba masanya."
"Kalau macam tu dekat mana saya boleh hubungi?"
"Awak akan tahu bila tiba masanya Juwita. Sekarang ni carilah sebanyak mungkin bukti yang ada. Saya janji saya akan bantu awak."
"Boleh saya tahu, awak boleh nampak saya?" tanya Juwita ingin tahu.
"Tak, saya boleh bau kehadiran awak."
"Jadi maksudnya kebolehan awak boleh menghidu orang yang dah mati?" tanya Juwita lagi.
"Lebih kurang macam tu, mulanya saya pun tak berani nak tegur tapi saya yakin awak ada dekat situ. Deria saya tajam dan semua deria kita ni ada gunanya."
"Oh macam tu. Good luck in your case."
"Awak ke sini mesti dengan sesiapa kan?" tanya Lisa detektif polis itu, dia memang sengaja serkap jarang.
"Tak, saya pun tahu awak yang menyiasat kes saya. Saya cuma nak tahu apa yang telah berlaku."
"Dah berapa lama awak follow saya?" tanya Lisa lagi.
"Dalam dua hari."
"Awak tak pandai bohong Juwita. Awak baru ada dekat ruangan saya ni baru hari ni dan awak tak ada pun sepanjang dua hari saya dekat rumah awak."
"Terserah awak nak percaya atau tak. Kalau tak ada apa nak dibicarakan, saya nak pergi dulu."
"Okey, saya pun bukan nak halang awak. Dan jelas juga sebab awak tercari-cari, saya yakin yang awak sendiri sedang mencari pembunuh tu."
"Ya, ya betul saya tengah cari pembunuh tu."
"Good luck Juwita, awak boleh hubungi saya bila-bila masa sahaja kalau dah jumpa pembunuh tu. Awak ada kelebihan kerana orang tak boleh nampak. Ingat, follow rapat semua babak dalam novel awak ni."
Juwita tersentak sekali lagi.
"Dan awak tahu apa yang bakal berlaku lagi?"
"Saya bukanlah pembaca novel tapi kalau awak buka facebook ke, atau laman sosial lain. Sekarang ni tengah hot pasal seorang ni yang posting pasal babak-babak dalam novel awak yang tengah jadi betul."
"Terima Kasih awak."
"Boleh panggil saya Inspektor Lisa. Selamat berkenalan Juwita."
Juwita tidak respon dan terus berlalu, dia rasa mesti Suraya tengah tunggu dia datang balik dalam kereta di luar balai polis.
"Dan satu lagi. Jangan mudah percaya dekat sesiapa. Ingat Juwita, salah percaya juga boleh membunuh."
Pesan Inspektor Lisa Juwita endahkan walaupun dia faham benar ada sesuatu tentang itu yang Inspektor Lisa itu tidak beritahu.
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
TEMAN ROH: 2 (TELAH TERBIT)
Mystery / Thriller***TEMAH ROH: 2 adalah sambungan kepada novel thriller saya TEMAH ROH. Manuskrip ini telah siap sejak tahun 2016. Nikmatilah penggembaraan SURAYA seorang wartawan yang mempunyai kuasa PSIKIK yang akan menemui lebih banyak kes aneh dan paranormal. T...