Prolog

819 27 0
                                    

"Yang mummy pergi meminang kakak perempuan tu buat apa?" soal Nik Izzhan hairan.

"Izz language!"tegas Encik Nik Irman.

"Sorry daddy, tapi mummy dah si adik tu taknak buat apa mummy masuk meminang si kakak pulak?"soal Izzhan lagi.

"Takkan kamu tak faham lagi mummy nak anak Aunty Dayana jadi menantu mummy, mummy tak kisah pun kalau bukan si adik yang kahwin dengan kamu." jawab Puan Eliana.

"Tapi mummy-"

"No but, muktamad.Kamu tak kesian kan Ezra ke Izz? Dia tu kecil lagi tau,dia tu perlukan kasih sayang seorang ibu.Kamu nak ke anak kamu membesar tanpa kasih sayang seorang ibu ha? tak kesian?" Puan Eliana menyoal.

"Kesian,tapi-"

" Mummy taknak dengar dah tapi kamu, mummy tahu  kamu nak cakap yang kamu belum bersedia nak buka hati kamu, jadi inilah masa yang sesuai kamu nak buka hati kamu tu cuba terima orang lain. Erika pun pesankan pada kamu sebelum dia meninggal,dah 3 tahun dia tinggalkan amanat tu.

Tergamak ke kamu nak jawab bila nanti Ezra tanya mana mama dia?Sekarang ni tak apalah lagi sebab dia belum bertanya tapi nanti kalau dia terdetik nak tanya macam mana kamu nak jawab? Izz kalau tak kesiankan mummy daddy kesiankan Ezra, dia tu kecil lagi."

" Betul apa mummy kamu cakap tu,anak kamu tu makin membesar...lambat laun dia tau juga.Kamu nak dia tau dari mulut orang lain lepas itu fikir negatif tentang kamu? Mestilah tak nakkan." sampuk Encik Nik Irman.

Jeda

"Anggap je perkahwinan kamu ni untuk Ezra,tak payah fikir lagi pasal cinta sebab cinta boleh dipupuk selepas perkahwinan.Dah lah mummy nak masuk tidur dah ngantuk jom daddy..." ajak Puan Eliana.

"Let's go mummy" Encik Nik Irman berlari kecil sambil tersengih sebelum memaut pinggang Puan Eliana yang telah berada dia hujung tangga.

"Izz setuju..."

Termati langkah pasangan merpati dua sejoli itu ketika mendengar persetujuan anak teruna mereka.Terus mereka memusing badan menghadap si teruna.

"Serious?"serentak mereka bertanya.

"Ya dengan syarat..."

"Syarat?"

"Si kakak tu mestilah ambil hati Nik Ian Ezra dahulu,kalau dia berjaya ambil hati Ezra...Izz akan pertimbangkan untuk jadikan dia isteri."jelasnya lagi.

"Okay mummy setuju"

" Daddy pun"

"Okay goodnight mummy, goodnight daddy" ucapnya kepada kedua orang tuanya itu.

"Night" ucap mereka serentak

"Night" ucap mereka serentak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kakak? buat apa tu?"

"Ya umi, tak ada buat apa pun tengah edit gambar je ni"jawab Nura Dani Amellyn.

"Kakak...semalam ada orang datang..."

"Aha okay kenapa dengan orang tu?" soal Nura Dani hairan.

"um orang tu datang masuk meminang..."

"Meminang siapa? Dina?"soalnya lagi.

"tak bukan, dia masuk meminang kakak."jawab Puan Dayana.

Mouse yang tadinya bergerak kini berhenti.Kepalanya yang tadi memandang laptop kini memandang ibunya.

"Apa? Biar betul umi ni." kini tubuhnya sekali menghadap ibunya 

"Betul la kakak,tak percaya pergi tanya abang Daniel."kata Puan Dayana serious.

"and then Umi terima ke?"

"Belum terima lagi nak tahu keputusan kakak dulu." mendengar saja kata uminya itu terus dia meletakkan ke tepi hal 'meminang' itu.

"Nantilah kakak fikirkan, umi kakak nak keluar kejap nak cari port gambar baru boleh?" pintanya pada Puan Dayana.

" Hish kakak ni, ini yang malas umi nak bercakap benda serious dengan kakak asyik ada je alasan nak mengelat." marah ibunya.

" Umi ini pun benda serious la ni."

"Apa-apa je lah kakak ...kakak jangan la selalu mengelat pasal hal ni, ini untuk masa depan kakak juga.Buatnya bakal tunang kakak tu duda kakak nak?Umi tak ada masalah atleast dah ada cucu seorang" tegas uminya.

" Duda? Cucu? seriously umi? sampai hati nak kakak tunang dengan duda" dia mencebik.

" Iya serious...kakak umi ni makin hari makin tua tahu,ini cucu sorang pun tak ada lagi anak-anak semua dah besar panjang."jawab Puan Dayana.

"Hmm kakak muda lagi la umi nanti- nantilah umi eh?Ha tak pun umi pergi minta abang Daniel kahwin dulu,dia tu dah lama sangat tunang.Dimulut dia asyik cakap tak sedia aje." katanya sambil menyumbat barang ke dalam beg dah bersedia nak lari dari perbincangan uminya ini.

Puan Dayana memandang tajam kearahnya 'haihla budak ni... macam-macam alasan' desis hatinya

"Eee orang cakap fasal dia sibuk nak cakap fasal abang.Abang Daniel tu dah cakap nak tunggu kak Alisa kamu habis belajar dulu. Ish...ikut kakaklah malas dah umi nak layan" ucap Puan Dayana,merajuk.

"Hehe sorry la ibu, by the way kakak pergi dulu ya dah lambat ni.." pipi ibunya dicium,tangan ibunya di salam."sayang ibu, bye ibu"

"Iya hati-hati,jangan balik lewat sangat" jerit uminya.

"Okay ladyboss" jeritnya sebelum menghidupkan enjin keretanya.

.

.

.


terima kasih sudi baca...kalau y'all suka minta tolong ringankan jari tekan button star tu and add kat dalam library...
terima kasih <3 ~see yah~

Dani Izzhan Where stories live. Discover now