bab 8

251 20 0
                                    

"Ha?Oh er Dani... nak ke tandas dulu boleh?" ujar Nura Dani sambil bangun dari duduknya.

"Sila sila" Puan Eliana menayang senyum.

Puan Dira juga bangun mengikut Nura Dani ke laluan tandas.Tangan Puan Dira mencapai lengan Nura Dani.Nura Dani tersentak.

"Dani,aunty nak cakap sikit" Puan Dira melepaskan lengan Nura Dani.Nura Dani mengerutkan dahi.

"Okay?"Nura Dani berkata dengan nada janggal.

"Dani aunty nak Dani terima risikan tu-"

"Apa? Tapi kenapa?" Nura Dani menyoal 'apa kaitan benda dengan aunty?Kenapa dia nak suruh aku terima pulak ni' desis hatinya.

"Sebab aunty taknak Faiq terkejar-kejarkan Dani" tenang Puan Dira menjawab.

"Look aunty bukan tak suka Dani tapi-"

"Aunty tak suka hubungan sedarah?"soal Nura Dani,Puan Dira mengangguk mengiyakan.

"Samalah Dani pun tak suka,tapi Dani still tak boleh terima orang sesuka hati  sebab ini membabitkan masa depan Dani" jelas Nura Dani.

"Tapi Dani kalau Faiq tahu Dani terima risikan tu,dia akan berfikiran rational dan move on" ujar Puan Dira.

"You think so? Macam mana kalau lepas ni,dia tak macam apa yang kita fikirkan?"  Nura Dani berkata.

"Kita boleh cuba?"

"Cuba?! Aunty ini tentang masa depan Dani mana boleh cuba-cuba,keputusan ni permanent-"

"Aunty  tahu tapi Dani nak ke Faiq kacau Dani?" kata-kata Puan Dira membuatkan Nura Dani buntu.

"Okay Dani dah buat keputusan..."

.



.



.

"Lega hati mummy  dengar keputusan bakal tunang Izz tadi"Puan Eliana bersandar pada kusyen sofa rumahnya.

"Mesti dia tak terimakan-"

"Apa cakap macam tu pulak...Dia dah terima, mummy dah beritahu sekali challenge kamu tu dan dia terima" Puan Eliana menanggalkan jam tangannya lalu dimasukkan ke dalam beg tangan.
Nik Izzhan mendengus lalu mengambil anaknya yang sudah tertidur di atas sofa.

"Izz tak payah fikir sangatlah tentang challenge Izz tu, sebabnya Ezra memang dah selesa dengan bakal tunang Izz ni"selamba Puan Eliana berkata "by the way  mummy dah plan untuk buat pertunangan kau orang minggu depan...jadi esok bakal tunang kamu akan datang sini untuk kamu bawa dia pergi beli cincin"

"Okay" malas-malas Nik Izzhan menjawab,dia tahu kalau melawan pun tak ada gunanya kerana Puan Eliana selalu betul.

.

.

"Hati-hati  tau kakak duduk kat rumah orang ni" Daniel berpesan.Daniel telah diarahkan oleh Puan Dayana untuk menghantar Nura Dani kerana jika Nura Dani memandu sendirian ke rumah Puan Eliana maka lambatlah dia sampai sebabnya Nura Dani akan melencong merata tempat untuk mengurangkan masa untuk diluang di rumah itu.

"Baik..." nada Nura Dani meleret kerana dia malas untuk datang ke rumah ini.

"Abang gerak dulu okay" Nura Dani mengangguk dan melambai kearah kereta itu sebaik sahaja kereta itu meninggalkan kawasan perumahan itu.
Nura Dani menghela nafas sambil kaki melangkah melepasi pagar rumah itu.

Dani Izzhan Where stories live. Discover now