bab 5

305 19 3
                                    

"Umi abah tengok ni"Nuha Dian turun dari tangga sambil membawa sekeping kertas.Dia baru sahaja keluar dari bilik Nura Dina.

"Apa tu?" soal Puan Dayana yang baru keluar dari dapur.

"Surat dari kak Dina, umi abah kak dina dah fly ke New Zealand" Encik Nazri terus berdiri dan mencapai kertas di tangan Nuha Dian.

Umi abah,Dina minta maaf terpaksa keluar dari rumah ni buat sementara waktu.Dina tak setuju dengan risikan kawan umi.Dina tak boleh terima yang Dina akan ditunangkan dengan seorang duda anak satu.Dina tahu usia Dina dah boleh dikatakan tua untuk seorang anak dara tapi Dina tak boleh terima seorang duda semata-mata  untuk tamatkan zaman bujang Dina.Dina minta maaf lagi sekali.Dina akan menetap di New Zealand sampailah umi dan abah batalkan niat tu,sorry again umi abah.


"Kenapa Dina nak kena lari?" soal Daniel.

"Hairanlah umi dengan budak Dina ni"ujar Puan Dayana

"Bukannya Eliana datang merisik dia pun" selamba Encik Nazri berkata.

"Kak Dina kan memang macam tu suka syok sendiri"cekodok pisang yang dibuat oleh Puan Dayana diambil dan disumbat ke dalam mulut seorang Nuha Dian.

"Macam-macamlah anak abang sorang tu"Puan Dayan juga berkata selamba sambil tangan mencedok nasi goreng yang dibuatnya tadi.

"Eh itu anak awak juga tau" Encik Nazri menjawab "yang jadi macam tu sebab awaklah, awak mengidam pelik-pelik masa mengandung" tambah Encik Nazri.

"Eh nak salahkan saya pulak,kalau bukan sebab abang tu miang gatal tak adanya saya mengandung" lawan Puan Dayana.

'Mula dah' desis hati Daniel dan Dian.

"Dik jom kita pergi lepak tepi kolam tu" ajak Daniel.

"Jom" pinggang nasi goreng dan cekodok pisang di bawa bersama keluar.

"Abang tolong ambilkan air Dian."

"Okay" mereka pun beransur keluar membiarkan merpati dua sejoli itu bertikam lidah.

.

.

"Abang... El nak cerita something ni" sambil berkata dia menuang air teh untuk suaminya.

"Apanya El?" Encik Nik Irman bertanya.

"El pergi merisik anak Dayana" terus tersedak Encik Nik Irman dibuatnya.

"Untuk siapa?"

"Siapa lagi kalau bukan anak teruna kita sorang tu" Puan Eliana menjawab.

"Anak Dayana yang mana satu? Yang kembar tu ke?" Encik Nik Irman bertanya lagi.

"Iyalah yang mana lagi takkan yang sulung tu pulak,abang ni pun" malas Puan Eliana dengan soalan tak berapa nak logik Encik Nik Irman itu.

"Erm baguslah paling tidak anak kita tu nanti dah tak single-"

"Siapa single?" soal Nik Izzhan yang baru tiba di ruang makan bersama dengan Nik Ian.

Dani Izzhan Where stories live. Discover now