bab 18

362 17 1
                                    

        " BABA!!" Nik Izzhan mengalihkan pandangannya kearah Nik Ian yang sedang bermain dengan mainannya dan tersenyum 'haih comel je main sorang-sorang' detik hati Nik Izzhan yang berada di meja kerjanya.

"Mana Dani eh,tak sampai lagi?" nombor telefon Nura Dani didail.Setelah beberapa deringan panggilan pun diangkat.

"Hello? siapa ya?" Nik Izzhan memandang hairan pada telefonnya risau tersilap dail nombor orang lain.

"Dani... aku la Izzhan"

"Oooo ha kenapa call?" lagi sekali telefonnya dipandang hairan 'lupa dah ke? ' ucap Nik Izzhan di dalam hati.

"Kenapa kau tak datang lagi? Hari ni kan kau nak teman Ezra" Nik Izzhan menyoal sambil matanya memerhati Nik Ian yang sedang bermain sendiri.

"Ye memang nak pergi,tapi bukan sekarang sebab sekarang tengah sibuk sikit.Kejap lagi kerja dah siap saya terus pergi sana okay?" Nik Izzhan diam seketika apabila mendengar respon Nura Dani.

"Okay" setelah memberi respon Nik Izzhan pun mematikan panggilan.

sementara itu...

"Aduhh macam mana boleh lupa ni " dengan pantas Nura Dani mengemas mejanya yang bersepah.Kelam-kabut Nura Dani mencari pakaian untuk ke hospital.

"Kenapa yang aku ni kelam-kabut sangat?Padahal dah bagitahu aku ada kerja" Nura Dani menjongket bahu dan kembali duduk di atas katil,meregangkan otot-otot yang lenguh.

Setelah beberapa minit melelapkan mata,Nura Dani keluar dari kamarnya mencari Puan Dayana.

"Umi?Ooo Umi?Umi kat mana?"

"Kat belakang ni" Puan Dayana menyahut,lalu pantas kaki Nura Dani bergerak mencari uminya.

"Umi"

"Ya kakak? Kenapa?" Puan Dayana yang sedang menjirus pokoknya menghentikan perbuatan tersebut dan memandang Nura Dani.

"Umi...Orang nak keluar tau nak pergi hospital Izzhan"

"Aik ada apa yang kena pergi hospital?" soal Puan Dayana sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Orang kena teman Ian, Izzhan bawa Ian pergi  sana tak ada orang jaga dia kat rumah" kata Nura Dani seraya mengikuti langkah si ibu.
Puan Dayana mengangguk mengizinkan.

"Nak kemana kakak?"

"Kakak nak pergi hospital Izzhan" Puan Dayana yang sedang sibuk membasuh sayur menjawap pertanyaan Nura Dina.

"Ye ke? Nak ikut!" Nura Dina memandang kakaknya dengan penuh harapan supaya dia diizinkan untuk ikut. Nura Dani kemudiannya mengangkat bahu dan menganggukkan kepala beberapa kali ,mengizinkan.

.

.

.

        Kaki melangkah kearah lif berhampiran,manakala kepalanya menoleh kiri dan kanan untuk mencari adiknya yang sebentar tadi mengikutnya. Apabila melihat Nura Dina yang sedang menjawab panggilan kakinya berhenti berjalan kearah lif dan dipusingkan kembali kearah Nura Dina.

"Ada apa dik?" Nura Dani menyoal dengan riak hairan.

"Ada hal sikit, kakak naiklah dulu nanti adik naik" kepala Nura Dina bergerak mencari tempat duduk di lobi hospital tersebut.

"Okay, kejap lagi naik tingkat 3 pintu kelima sebelah kiri tau" Nura Dina hanya menunjukkan simbol okay sebelum bergerak ke tempat duduk yang dilihatnya.Manakala Nura Dani meneruskan niatnya yang terbantut seketika tadi.

Sampai sahaja di tingkat 3,Nura Dani terus menuju ke bilik Nik Izzhan.Pintu diketuk dua kali sebelum melangkah masuk dan memberi salam.

"Hai, sorry lambat busy sikit tadi" gigi ditayang tanpa rasa bersalah dan dijelingnya oleh Nik Izzhan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dani Izzhan Where stories live. Discover now