bab 10

293 17 4
                                    

"Haa tak sangka umi sekejap lagi kakak akan bertunang dengan Izzhan" nada teruja jelas dalam bicara Puan Dayana sambil tangan membetulkan rambut Nura Dani.

"Yang umi teruja sangat ni,umi dah jumpa ke Izzhan tu" Nura Dani cuba menyorokkan nada rimasnya.

"Mesti la sudah"

"Kakak yakin umi jumpa Izzhan yang lain" sinis sahaja kata-kata Nura Dani.

"Kenapa kakak cakap macam tu" Puan Dayan hairan dan tidak sengaja terserabutkan rambut Nura Dani.Nura Dani mengalih kepalanya dari dipegang Puan Dayana dan berdiri membetulkan baju kurung yang dipakainya.

"Yang umi jumpa tu baik aje kan? Yang kakak jumpa ni umi,mashaAllah perangai dia nauzubillah" bahu Puan Dayana dipegang kepalanya digeleng-gelengkan.Berkerut muka Puan Dayana melihat Nura Dani yang cuba meyakinkannya dengan perkara itu.
Baru sahaja Puan Dayana hendak menidakkan kata-kata Nura Dani,pintu bilik diketuk.Tersembul kepala Nuha Dian di sebalik pintu.

"Umi keluarga dia orang dah sampai"Nuha Dian meneliti Nura Dani lalu ibu jari diangkat tanda bagus.

"Okay...ha Dian tunggu dengan kakak dalam bilik ni eh" Nuha Dian membalas dengan anggukan sebelum bertukar tempat dengan Puan Dayana.Puan Dayana menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu.

"Dian pesan kat abang nanti bila Aunty Eliana naik aje anak tangga pertama,ketuk pintu bilik kakak"seraya itu Nura Dani mengangkat kain baju kurungnya dan memanjat katil semula,badannya disandarkan pada kepala katil.Tangannya mencapai telefon pintar yang berada di meja tepi katil kemudian aplikasi youtube ditekan, Food ASMR dicari.Kaki digoyang-goyangkan tanda bosan.Nuha Dian hanya menggelengkan kepalanya melihat Nura Dani yang sedang di dalam dunianya sendiri itu.

.

.

"Lamanya..." nak tersedak Nuha Dian mendengar rungutan kakaknya.

"Baru beberapa minit tadi diorang sampai kakak...takkan lah nak sarung cincin terus" tenang Nuha Dian berkata.

"Mestilah-"kata-kata Nura Dani dipotong apabila pintu biliknya tiba-tiba dikuak dan tersembul Fareha disebalik pintu itu.

"Oit" Fareha menayang sengihannya "kenapa ni?" matanya jatuh kearah Nuha Dian.

"Kakak ni nak sarung cincin cepat-cepat, excited nak dapat title tunang orang?" Nuha Dian menjungkitkan keningnya beberapa kali lalu melihat kearah Fareha meminta sokongan ,mengusik Nura Dani.

"Memandai je adik ni,kakak ni nak tukar baju ni...rimas dah"rungut Nura Dani menafikan kata-kata Nuha Dian.

"Iyelah tu" Nuha Dian dan Fareha mencebikkan bibir bawah mereka.

Nura Dani yang malas mahu melayan sahabat serta adiknya berguling diatas katil,rambutnya usah dikata memang serabut.Alang-alang dah terlentang atas katil,Nura Dani menggerakan kedua-dua belah kaki dan tangannya keatas dan kebawah seperti sedang baring diatas salji.

"Kakak!Berkedut baju nanti...bangun,bangun"tangan Nura Dani ditarik Nuha Dian agar  dia bangun duduk.Nura Dani baru sahaja hendak menggeleng kepalanya tetapi telinganya menangkap bunyi pintu diketuk sebanyak dua kali.Nura Dani bangun dan membetulkan baju kurungnya,nasib dia mengenakan baju kurung yang tidak usah digosok.Kemudian dia membetulkan cadar dan bantal lalu melabuhkan duduk di penjuru katil.

Fareha menggelengkan kepala,hatinya mendesis 'such a pretender' pada Nura Dani.Nuha Dian membuka langkah untuk membuka pintu buat para tetamu masuk berjumpa Nura Dani,manakala Nura Dani sibuk memebetulkan rambutnya menggunakan tangan.

"Assalamualaikum" tersembul susuk tubuh Puan Eliana bersama senyuman di depan bilik Nura Dani.Nura Dani hanya menyimpulkan senyum pada Puan Eliana.Puan Eliana melabuhkan punggungnya bersebelahan Dani.Tangan Nura Dani dicapainya lalu diusap dengan lembut.Puan Eliana menatap muka Nura Dani penuh kesenangan.Cincin yang berada di dalam kotak baldu yang sudah sedia terbuka itu diambil lalu disarung pada jari Nura Dani.

Dani Izzhan Where stories live. Discover now