bab 13

274 15 0
                                    

"Izzhan,Ian hilang!" Nura Dani berkata sebaik sahaja Nik Izzhan mengangkat panggilannya.

"Apa?!Macam mana boleh hilang? Kau kat mana?" nafas Nik Izzhan sedikit tersekat apabila bertanya.

"Saya kat taman,tadi saya suruh dia duduk dekat kerusi depan kedai aiskrim ni...bila saya datang balik dia dah tak ada kat situ"jelas kedengaran getaran dalam bicara Nura Dani. Nik Izzhan yang berada talian seberang meraup rambutnya ke belakang.

"Macam mana ni Izz?" Nura Dani bertanya.Perasaannya bercelaru,perutnya terasa sebu dan mulutnya tidak henti-henti menggigit jari.

"Send location kejap lagi aku sampai" Nik Izzhan yang sedang berlari menuju ke kereta menjatuhkan arahan "jangan letak call"

"O-okay" bergetar tangannya membuka ruangan WhatsApp untuk menghantar location kepada Nik Izzhan.Nura Dani menggerakan matanya mencari susuk tubuh Nik Ian.

"Mana Ian ni"

"Jangan buat kakak macam ni"

"Kakak risau,Ya Allah" Nik Izzhan yang sedang memandu hanya mendengar.Jujur pada mulanya dia rasa mahu menghamburkan marah kepada Nura Dani kerana cuai dan mengabaikan anaknya,tetapi setelah mendengar nada Nura Dani tadi dia tahu Nura Dani rasa bersalah.

"Relax Dani jangan panic,aku yakin Ezra selamat" Nik Izzhan berkata seraya memijak pedal minyak supaya keretanya bergerak lebih pantas,lega jalan yang digunakan tidak terlalu sibuk.Beberapa minit berlalu,Nik Izzhan akhirnya tiba di lokasi tersebut.Kakinya pantas berlari mencari kedudukan Nura Dani.Matanya menangkap Nura Dani yang sedang menggigit jari,panik.

"Dani!"

"Izzhan" Nura Dani berjalan mendekati Nik Izzhan yang sedang tercungap-cungap bernafas "Izzhan saya minta maaf,i-ini semua salah saya" Nik Izzhan menggeleng.

"Kalau saya tak tinggalkan dia semua ni tak jadi,kalau saya tak bawa dia-"

"Stop Dani,you are stressing yourself" Nik Izzhan buntu apabila melihat muka Nura Dani yang basah dengan air mata itu.Tiba-tiba nafas Nura Dani seakan-akan tersekat-sekat,mukanya merah,tangannya dinaikkan memegang dada.

"Izz-I can't- breath"

Panic Attack

"Calm down..." bahu Nura Dani dipegang "breath in.Breath out.Repeat" Nura Dani melakukan perkara yang diarahkan Nik Izzhan.Perlahan-lahan nafas Nura Dani kembali teratur.

"You good?" Nura Dani mengangguk.Melihat respon dari Nura Dani sedikit sebanyak melegakan hatinya yang risau pada Nura Dani,takut-takut kalau Nura Dani pengsan "okay jom cari Ezra,dah nak senja ni"

"Kita berpecah" cadang Nura Dani dan dibalas dengan gelengan daripada Nik Izzhan.

"Tak payah...nanti kau cemas macam tadi,satu hal pulak" Nura Dani hanya akur tidak mahu bertengkar mulut kerana ada betulnya kata-kata Nik Izzhan itu.Mereka melangkah bersama-sama mencari Nik Ian dia taman itu.

.

.

"Awak kita dah jauh dari kedai tadi,tapi Ian still tak jumpa ni" Nik Izzhan mendengus.

"Kau nampak warung tu?" Nura Dani mengangguk "pergi tunggu situ,kejap lagi aku datang dengan Ezra"Nik Izzhan membuka langkah tetapi terhenti apabila lengan bajunya ditarik.

"Awak dah tahu ke dia dekat mana?"

"Belum,tak apa kau tunggu je situ nanti aku datang bawa Ezra" Nura Dani berpikir sebelum mengangguk kepalanya.

"Sorry Izz"

"It's okay" Nik Izzhan membuka langkahnya kearah taman permainan yang penuh dengan kanak-kanak sedang bermain di situ,dia pasti anaknya juga disitu kerana Nik Ian suka berkawan.

Dani Izzhan Where stories live. Discover now