bab 3

425 17 0
                                    

"Morning Umi, Abah" sapa Nura Dina Amelia mesra.

"Morning Dina"sahut Encik Nazri dan Puan Dayana bersama.

Dani yang berada di meja makan  menghiraukan kehadiran kembarnya itu.

"Kakak pun ada?" teruja Nura Dina melihat kakaknya.Tidak sedar keterujaannya itu membuatkan Nura Dani mendengus malas.Cepat-cepat Nura Dani menghabiskan sarapannya sebelum adiknya datang  ingin melagakan pipi dengannya. Belum sempat Nura Dina menyentuh bahu kakaknya pantas Nura Dani berdiri mengelakkan diri.

"still the same you,tetap tak sukakan laga pipi hahaha kakak kakak"tawa Nura Dina itu membuatkan Nura Dani yang baru keluar dari dapur merenung adiknya tajam.

"Dah dah jangan nak usik kakak" tegur umi mereka.

" Adik nak ke mana ni pakai cantik-cantik ni?" soal abah mereka yang tadinya sedang membaca surat khabar.

"Adik nak keluar jumpa kawan-kawan kejap dah lama tak jumpa diorang" jawabnya sebelum menghirup sedikit teh panas buatan Puan Dayana.

"Kakak? Nak keluar ambil gambar lagi?" soal abah mereka lagi.

"Iya abah nak pergi ambil gambar kawasan bandar pula." jawabnya sambil mengemas barang.

"Kakak nak pergi dah ni,Reha dah tunggu kakak kat kafe " ujarnya sebelum bersalam dengan umi dan abahnya.Baru saja dia hendak melangkah keluar dari ruang makan Nura Dina menghentikannya.

"Nak salam" malas-malas Dani angkat lengannya menghalakan kearah Dina untuk bersalaman.Dina terus menyalam tangan Dani ketika Dani kelihatan leka dengan perbuatan Dina,terus Dina menarik kakaknya ke dalam pelukan dan melagakan pipi secepat mungkin sebab dia tahu Dani akan cuba mengelat.

Dani menjeling adiknya."Kakak pergi dulu"jeritnya sedikit.

"Hati-hati kakak" ujar Dina.

.



.


"Manalah minah ni lambat betul,jenuh la aku nak menunggu" bebel Fareha. Fareha benci betul dengan janji melayu Nura Dani.Kalau dah kata 9.30 janji,9.30 tu juga la baru nak keluar.

"Order dulu lah kalau nak tunggu dia berjanggut la aku" Fareha bangun lalu pergi ke kaunter pesanan.Dia memesan
1 ice lemonade untuk menyejukkan tekaknya yang kering.Siap sahaja pesanannya dia membawa gelasnya ke meja tadi.

"Uit hai..."tegur Nura Dani dengan muka tidak bersalah.

"Apa kau uit uit aku ha? dahla lambat lepastu buat muka toya ey aku smackdown juga kau ni nanti"marah Fareha.

"Alah kau ni macam la tak kenal aku" Nura Dani mencebik.

"Sebab aku kenal kau la aku tegur,kau tau kalau kau buat macam ni selalu nanti orang taknak tau"Fareha menasihat bebaur bebelan.

"Eh dahla kau ni, kau cakap ada benda nak bagitahu aku apa dia?" soalnya sambil menarik gelas Fareha.

"Oi" tangan Nura Dani ditampar " kau ni berkira la Reha air je pun" Fareha menjeling matanya.

"Aku ingat nak ajak kau pergi bercuti dengan aku,kau nak ikut?" Fareha akhirnya menyoal setelah lama menyimpan hasrat.

"Aku tengah pokai sekarang ni-"

"Tak payah nak menipu aku,kau ingat aku baru kenal kau seminit tadi? aku tahu kau ada duit cumanya kau nak simpan beli camera lagi kan?" Nura Dani ni memang kedekut banyak,tengoklah air pun minum yang orang.

"Aish...kau tunggu la saving aku penuh dulu,lepas dah penuh aku guna beli camera lebihan duit tu aku guna la pergi vacation dengan kau" Fareha menggeleng kepalanya.

Dani Izzhan Where stories live. Discover now