"She's his treasure. The greatest gift he ever received and nothing can take her away from him," - Benjamin.
Rose Aurora, hidupnya lebih tragis daripada kisah Cinderella mahupun Snow White. Sudahlah dijual pada pemilik kelab malam lalu dibeli pula oleh seorang lelaki berketurunan German yang perangainya tidak ubah seperti diktator zaman Romania.
"You are meant to be with me, Aurora. There's a red string that tie our faith to be together. You can't run far from me," - Hez Mikayl Deneuve.
Hez Mikayl Deneuve, alpha male dambaan wanita. Lelaki yang boleh buat sesiapa sahaja beratur untuk menjadi permaisurinya. Namun, tidak bagi Rose Aurora. Bagi Rose, Hez hanyalah lelaki yang telah merampas segala kebebasan yang diimpikannya. Hez juga ialah seorang lelaki yang hidupnya penuh dengan rahsia. Lelaki misteri yang rahsianya ibarat Trisula Poseidon yang mustahil untuk diterokai.
"Marry me. Terima lamaran aku dan tunaikan permintaan grandma. Be my wife, then I'll let you discover the truth behind all of my secret," - Hez Mikayl Deneuve.
Permintaan yang dibuat oleh Madam Irma iaitu grandma Hez untuk satukan Hez dan Rose dalam sebuah perkahwinan terpaksa mereka turuti. Dengan sekali lafaz, mereka berdua sah sebagai pasangan suami dan isteri. Bukan mudah untuk menjadi seorang isteri kepada Hez Mikayl. Masih terlalu banyak sisi diri Hez yang perlu Rose kenali. Lelaki itu sekejap buat Rose rasa dicintai tapi tidak sampai beberapa saat Hez boleh buat Rose rasa bahawa dialah wanita yang paling Hez benci. Namun, Rose akui lama-kelamaan hatinya mula terpaut pada Hez. Suami yang luarannya dingin tapi dalamannya sehangat matahari musim panas. Tekad baru dibina, Hez Mikayl akan menjadi tawanan cintanya.
"Kau ni termakan pil apa lepas kahwin dengan aku sampai jadi gedik macam ni?" -Hez Mikayl.
"Rose tak makan apa-apa pil pun abang , cuma satu sebabnya, sebab abang suami Rose. Cuma abang yang dapat layanan macam ni, limited edition," -Rose Aurora.
Pikat punya pikat, akhirnya hati Hez Mikayl yang sebeku ais kutub antartika itu berjaya Rose cairkan. Sukar tapi hasilnya lumayan, Hez Mikayl sudah mengaku hati lelaki itu hanya milik Rose Aurora. Namun, seperti yang dijangka, bukan mudah untuk hidup bersama seorang Hez Mikayl. Dia menjadi buruan musuh-musuh Hez dan satu-persatu rahsia tentang hidup Rose Aurora yang dia tidak pernah tahu akhirnya terbongkar. Hez Mikayl bukanlah sekadar lelaki yang sering menyelamatkannya tetapi lebih daripada itu. Lelaki yang selama ini Rose anggap sebagai knight in shining armor nya rupanya merupakan lelaki yang telah musnahkan hampir seluruh kisah hidupnya. Mampukah hati Rose Aurora terus mencintai selepas mengetahui segalanya tentang Hez?
"Rose salah sebab percayakan abang. Kalau Rose tahu dari dulu lagi Rose dah cari jalan untuk berpisah dengan abang," -Rose Aurora.
"I've told you, Aurora, do not work hard to gain my love because once I've given you my heart, you can't return it. Larilah sejauh mana pun, bencilah sedalam mana pun, Aurora tetap milik abang and a Deneuve will never let go of something precious that belongs to them," -Hez Mikayl.

ANDA SEDANG MEMBACA
(OG) HIS AURORA
RomansaHez Mikayl Deneuve || Rose Aurora "She's his treasure. The greatest gift he ever received and nothing can take her away from him," - Benjamin. "You are meant to be with me, Aurora. There's a red string that tie our faith to be together. You can't ru...