02

81 21 10
                                    

" korang, kitaorang nak pergi daiso jap, korang tunggu je lah kat luar ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" korang, kitaorang nak pergi daiso jap, korang tunggu je lah kat luar ni. " Yunji beritahu murid-murid lelaki tersebut. " Pergi je la. "

Jawab Doyoung. Maka, mereka sekumpulan pun masuk ke daiso, katanya nak beli rak kecil supaya barang-barang untuk planner tu ada lah tempat sikit-sikit, atau lebih mesra dikata, diorang nak bagi aesthetic sikit. Itu je sebenarnya.

" Weh, ni rak yang viral tu kan, beli nak, lawa gila. " Seru Chaeeun kepada kawan kawannya. " Boleh, boleh. " Balas 5 orang lagi.

Setelah selesai bershopping, mereka pun keluar dari kedai itu. " Lama gila, dah jom cepat. " Kata Haruto.

Mereka selamat sampai ke Kolej mereka yang terletak di sebelah mall itu sahaja. Hari pun dah nak malam, jadi masing-masing balik ke dorm.

" Kertas ni aku letak bahagian atas, washi tapes ni aku letak ngan sticker je lah, buku kena letak tempat spesial sikit. Yang ni nak letak sini, rak ni letak belah ka- "

" Yah Chaeeun-a nak kemas tu senyap lah sikit. " Marah Hyewon. " Aa yelah sorry. " Balas gadis itu.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Satu hari telah berlalu, kini burung telah mula berkicauan, tanda hari yang baru telah masuk, Chaeeun membuka telefon bimbitnya dan menerima beberapa mesej.

Chaeeun, boleh jumpa tak
nanti? Aku nak cakap..

Boleh je, ni Hyunsuk
eh, sori x save nombor,
anw, kat mana?

Aah, kita jumpa kat koridor,
dalam pukul 11 ke? Sebelum
pergi makmal.

Oh okay, x yah bawak
pape kan?

Nak bawak ape, aku bukan
cikgu pun HAHAHA

Pipi gadis itu bertukar merah, dia dah tukar crush ke?

" Korang cepat lah bangun, nanti tertinggal kelas, aku nak jumpa seseorang jap. " Chaeeun mengejut kawan kawan sedormnya dalam keadaan kelam-kabut.

" Eun, kau nak gi ma- " tak sempat Hyewon nak habis kan kata katanya, dia sudah berlari dengan keadaan yang sangat kemas, siap bermekap lagi.

Dah, semua kawannya bingung, Puan Jang dah panggil ke? " Dahla, kita mandi dulu. " Ujar Eonra yang juga dalam kebingungan.

" Dia nak dating ke. " Mina bagi pendapat mengejut. " Woi, jangan mengada, Puan Kwon kata kan yang dibenarkan dating lepas habis waktu belajar je. " Marah Sooyoung.

" Eh dahla, hiraukan si Chaeeun tu. Kita mandi dulu, kang nanti kelas lain bangun, lambat pula, beratur panjang. " Kata Yunji dan Hyewon serentak.

WINTER PLANNER • C. HyunsukWhere stories live. Discover now