TEASER 2

1.2K 111 2
                                    

"Tudung?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tudung?"

"Haah. Senior aku wajibkan tudung untuk semua staffnya." Mastura jawab dalam mengah. Dia sempat sapu bedak compac sikit dekat muka sebelum drive.

Ashikin ternganga. Sudah. Kenapa dia baru tahu?

"Pakailah." Mastura menggesa. Dia dah mula memandu. Sesekali menjeling mukanya di cermin depan. Nak tengok solekannya elok tak. Dengarnya bos baru tu muda dan bujang. Jadi dia tak mahu lah mukanya comot depan bos baru nanti.

Ashikin hela nafas panjang-panjang. Dia paling benci pakai tudung. Tapi disebabkan dia nak sangat kerja tu, dia pun sarung tudung tu ke mukanya. Nasib baik Mastura bagi tudung sarung. Bukannya tudung bawal atau shawl. Haru dia nak belit tudung dalam kereta. Dah lapan tahun tinggal. Jenis tudung pun dia dah lupa.

"Cantik kau bertudung." Mastura memuji. Ikhlas dari hati.

Ashikin hanya senyum hambar. Merenung luar tingkap. Antara semua pakaian perempuan, dia paling benci tudung. Sebab tudung inilah menggambarkan diri dia yang lemah dulu.

"Bukalah tudung."

Suara Kak Anna malam itu terngiang. Buat dia memejam mata jijik.

"Eh, Shikin.." Mastura bersuara. Sengaja mengajak Ashikin berbual.

Ashikin pandang Mastura di sebelah.

"Kau ada dengar cerita tak?"

"Apa?"

"Kak Anna.."

Nama sial itu disebut Mastura. Buat Ashikin terkaku.

"Orang kata, dia dah balik."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT)Where stories live. Discover now