"Eh, Shikin.."
"Apa?" Ashikin jawab malas-malas.
"Kau tahu tak, bos aku rupa-rupanya orang kampung kita. Terkejut gila aku." Mastura bersungguh cerita. Dia betul-betul terkejut bila dapat tahu rupa-rupanya Tuan Luqman tu berasal dari Ulu Tiram jugak.
Ashikin berhenti kemas barang di balik loker. Terdiam.
"Syok jugak sekampung dengan bos. Kutlah dapat layanan special sikit." Mastura sengih-sengih. Dia dah mula koyak paket roti. Nak isi perut sementara tunggu Ashikin bersiap.
"Kau dengar tak aku cakap ni?" Mastura tak berpuas hati bila Ashikin senyap je.
"Dengar."
"Lepas tu, kau tak terkejut ke?" Mastura kecewa lah juga bila Ashikin tak balas apa-apa. Sebelum ini dia selalu cerita dekat Ashikin pasal bos muda ni. Tuan Luqman memang popular sejak masuk kerja. Maklumlah, ada rupa, soleh orangnya, tunduk pandangan bila jalan depan perempuan.. Jaranglah dapat juga bos macam tu zaman sekarang. Orang pun kecoh kata Tuan Luqman orang masjid. Betul-betul imam rumahtangga idaman.
Mastura salah seorang peminat Tuan Luqman juga. Minat sebab Tuan Luqman ada ciri-ciri imam rumahtangga sahaja. Belum ada niat nak hantar surat cinta lagi. Dia masih waras dari buat macam tu.
Ashikin lepas nafas. Nampaknya Mastura belum tahu siapa Luqman. Kalau tak, takkan Mastura teruja macam ni. Dia tutup pintu loker.
YOU ARE READING
LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT)
Spiritual||||||||||||||||||||||| Ini bukan kisah wali Allah. Bukan juga kisah imam muhaddis. Hanya sekadar sebuah kisah tentang pemuda yang mendambakan syurga. Syurga ibunya dan syurga akhiratnya. Saat hakikat diri ditolak oleh sang ibu, maka hanya tuhan...