Bab 2

7.3K 725 59
                                    







Madinah, Arab Saudi.

LUQMAN membelek-belek kertas atas mejanya. Sesekali menurunkan tandatangan di ruangan yang disediakan. Khusyuk dia membuat kerja sehingga tidak sedar waktu semakin meningkat. Lagi beberapa minit sebelum waktu zohor. Bila jam di dinding bilik pejabatnya berdenting tanda genap jam 12 barulah dia mengangkat kepala.

Nafasnya dihela. Wajah diraup. Dia kusut.

Lagi seminggu dia akan pulang ke Malaysia. Entah kenapa setiap saat memikirkan kepulangannya itu buat hatinya kacau bilau. Dia terfikir bermacam perkara. Penerimaan ibunya. Kesalahan dirinya.

"Ya Allah.." Nama agung itu diluah. Sekadar mengambil kekuatan.

Ketukan di pintu mengejutkannya. Dia menyahut, mengizinkan masuk.

Muncul pembantunya, Muhammad. Mengulas senyum.

"Tuan sheikh panggil tuan ke pejabatnya." Ujar Muhammad.

Luqman aneh sedikit bila mendengar khabar itu. Tuan sheikh ialah gelaran Ameer. Dahulu dipegang ayahanda, Sheikh Al-Fatah. Sekarang gelaran hormat itu jatuh pada Ameer pula selepas Ameer mengambil alih syarikat gergasi ini.

"Baik, saya ke sana." Luqman bangkit. Tak berlengah untuk bertemu Ameer. Ada lah tu Ameer nak cakap sesuatu.

Sampai di bilik pejabat Ameer, dia ketuk pintu dua kali sekadar mengambil syarat. Sebelum pintu dibuka kecil. Menjenguk sedikit, terlihat Ameer sedang bercakap dengan beberapa orang dari jabatan pemasaran. Selepas itu, Ameer mengangguk. Mengizinkan mereka keluar.

Luqman tersenyum berpapasan mereka. Semua mengenali Luqman. Luqman ialah anak angkat Sheikh Al-Fatah, merangkap saudara angkat Ameer juga. Malah di Hamraul Asad, Luqman memegang jawatan cukup tinggi. Hamraul Asad, nama syarikat umrah dan haji yang diusahakan keluarga Ameer.

"Masuklah." Ameer bernada bosan. Dari tadi menunggu Luqman masuk.

Luqman tertawa, tersedar dia mengelamun tadi. Dia terus memasuki bilik Ameer. Dahulu ini bilik ayahanda. Sejak ayahanda sakit-sakit tiga tahun lalu, ayahanda serahkan semuanya pada Ameer. Dia juga bantu Ameer sekadar mampu.

"Ada apa panggil aku?" Luqman menarik kerusi. Duduk santai.

Ameer mengambil sesuatu dalam laci. Fail keras itu diberi pada Luqman.

"Apa ni?" Luqman menyambut huluran tu.

"Tengoklah sendiri."

Luqman membukanya. Membaca satu demi satu isi fail berbahasa arab itu. Lama membaca, akhirnya dia menghela nafas berat. Fail itu kembali diletak.

"Aku dah cakap aku tak nak, Ameer."

"Kau kena ambil. Ini wasiat ayahanda." Ameer bertutur serius.

Luqman terdiam bila Ameer sebut ayahanda.

"Dari awal lagi ayahanda nak kau ambil cawangan Malaysia, Luq. Tapi kau tolak. Sekarang, ia dah jadi wasiat yang kita kena tunaikan. Kau masih nak tolak ke?" Ameer bersandar.

Luqman menghela nafas panjang. Memejam mata.

Keluarga angkatnya ini terlalu banyak budi padanya. Daripada dia jahil tidak tahu apa-apa, arwah ayahanda dan Ameer lah yang membentuknya menjadi seperti hari ini. Tak lupa juga arwah bonda dan Saadah, adik Ameer. Semua sangat membantunya.

Menolak pemberian mereka pasti akan mengecewakan ramai pihak. Terutamanya Ameer.

"Kau sendiri tahu kenapa aku tolak tawaran ini, Meer." Sahabatnya ini paling kenal dia.

LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT)Where stories live. Discover now