CERAMAH sudah pun bermula. Masjid penuh dan sesak hari ini. Sehingga kalaulah hendak dicari ruang kosong lagi, peluang itu amat tipis. Hakikatnya semua suka mendengar ceramah dari ustaz selebriti ini.
Luqman duduk di tepi salah satu tiang masjid. Dari sini dia dapat melihat ayahnya yang duduk bersama AJK masjid yang lain, ada juga di situ tok penghulu dan pengerusi masjid. Melihat wajah ayahnya, hatinya jadi rawan.
Antara ayah dan mak, dia lebih rapat dengan ayahnya berbanding ibunya kerana dari kecil ayah lah yang menjaga makan minumnya. Ibunya sibuk dengan kerjanya sebagai guru sekolah menengah. Senang cerita, ayah ialah seorang sura rumah. Ayahlah yang mendidiknya, mendodoinya pada malam hari, ayah juga menyuap nasi ke dalam mulutnya. Hatta ayah juga yang menyedari jantina sebenarnya pada usia tiga tahun itu. Namun sungguh mengecewakan, mak tidak mahu menerima semua itu walaupun itulah hakikatnya.
Walaupun berkali-kali bukti dari doktor pakar mengatakan yang dia adalah lelaki, mak tetap tidak menerimanya. Berdegil mengatakannya perempuan. Memaksa dia memakai baju perempuan dan segalanya tentang perempuan diterap dalam dirinya.
Luqman menghela nafas. Jika ikutkan hatinya, dia sudah membenci ibunya itu. Tapi mengingatkan wanita itulah pemilik syurganya, dia perlu menelan setiap kemarahan itu dan memaafkan mak. Mungkin mak ada alasan sendiri kenapa tidak mahukan anak lelaki. Itulah ayat yang dijadikan pujukan buatnya. Yang membuatkan dia tekad untuk memujuk mak menerimanya sebagai anak lelaki - sebagai Luqman Annasaie.
Bukan sebagai Anna Safiyya.
Lamunannya dikejutkan dengan getaran di kocek kurtanya. Getaran yang terhasil dari telefon yang disetkan 'vibrate'. Lantas tangan ini mengeluarkan telefon pintar itu dan dilihat nama pemanggil.
Ameer.
"Subhanallah." Spontan ayat itu terluah. Sungguh dia lupa untuk menelefon sahabatnya itu.
Luqman pantas bangun, bergegas keluar untuk jawab panggilan di luar majlis.
Dia angkat panggilan di tangga masjid. Suasana luar masjid sunyi. Cuma ada kereta-kereta terparkir penuh. Duduk dilabuhkan di tangga bersih itu.
"Assalamualaikum, orang Madinah!" Dia dahulu beri salam.
"Waalaikumussalam, orang Malaysia. Ingatkan dah lupa aku."
Luqman tertawa, "Takkanlah dah lupa."
"Aku dengar kau jadi masuk penthouse."
Luqman hela nafas dengarkan kenyataan itu. Nampaknya berita tu dah sampai pada Ameer.
"Ya, malam ni aku ke sana." Luqman balas sepatah.
Ameer terdiam. Seperti dapat mengagak punca Luqman menginap penthouse malam ini.
"Jangan putus asa, Luq. Ini baru permulaan." Ameer beri kata semangat.
Luqman senyum. "Ya, aku tahu. Terima kasih."
"Kau masuk kerja minggu depan kan?"
"Iya. Minggu ni aku fikir nak fokus pada mak ayah dulu."
"Ya, itu yang penting. Lagipun, kau tu perlu berehat." Ameer bersetuju dengan tindakan Luqman. Sekali gus menyarankan Luqman berehat dulu. Berpindah benua pasti memenatkan.
"Aku dengar suara." Ameer menegur bila dengar suara ceramah.
"Haah, ya. Masjid kampung aku adakan ceramah." Luqman tertoleh ke pintu masjid. Melihat ruangan muslimin yang penuh. "Ceramah dari ustaz selebriti." Matanya bergerak sehingga jatuh ke tangga muslimat. Sekonyong-konyong dia ternampak sesusuk tubuh sedang duduk di tangga muslimat. Dahinya spontan berkerut.
YOU ARE READING
LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT)
Spiritual||||||||||||||||||||||| Ini bukan kisah wali Allah. Bukan juga kisah imam muhaddis. Hanya sekadar sebuah kisah tentang pemuda yang mendambakan syurga. Syurga ibunya dan syurga akhiratnya. Saat hakikat diri ditolak oleh sang ibu, maka hanya tuhan...