Johor, Malaysia.
"NAK ke mana?" Suara dari Atuk mematikan langkahnya.
Dia menoleh dengan seringai kecil. Tersengih kerang busuk.
"Ronda-ronda kampung." Jawapan selamat.
"Ronda pakai motor ke basikal?" Atuk yang masih berdiri di hujung tangga itu tegas bertanya. Dua tangannya diletak belakang tubuh.
"Apalah atuk ni, mestilah pakai basikal. Ash mana ada lesen motor!" Ash tergelak-gelak. Tunjuk basikal lusuh yang tersandar tepi rumah.
Atuk tayang muka serius sehingga mendiamkan Ash yang sedang gelak tanpa sebab itu.
"Yalah pakai basikal! Sampai wakaf tukar naik motor dengan Si Sarip tu!" Sedas sekali kata-kata Atuk. Sehingga menyentap tali jantung Ash.
Macamana atuk tahu?!
"Mana ada!" Ash menegakkan benang yang basah.
"Kamu ingat atuk tak tahu? Kamu ingat atuk buta? Ingat sikit kamu tu perempuan! Melepak dengan lelaki yang tak bermoral tu ingat selamat sangatlah! Masuk rumah sekarang!!"
Ash mencebik. Langsung tidak gentar biarpun ditengking atuk. Dah lali dengan bebelan atuk.
"Yalah! Yalah! Ash masuk!" Ash pun dengan langkah kasar menuju masuk ke rumah. Kakinya dihentak-hentak pada lantai kayu.
"Hah! Bagus sangatlah tu hentak kaki! Runtuh rumah atuk baru tahu!" Atuk menjerit nyaring.
Ash menghempas pintu bilik. Protes. Melepas nak lepak dengan Sarip. Baru tadi dia berangan nak buat wheely dengan Sarip. Huh.
Manakala si atuk di tangga menggeleng kepala. Entah hantu mana merasuk Ashikin sehingga berubah menjadi seperti itu. Sungguh dia pening kepala.
.
.
.RUMAH kayu ini sunyi. Hanya ada dia yang sedang menyapu sampah. Memang sejak lapan tahun lalu, rumah ini menjadi sunyi seperti tiada orang. Hubungan dia dan suaminya pun sangat hambar sejak kejadian pahit lalu. Suaminya lebih suka melepak di kedai kopi dan masjid berbanding duduk rumah.
Alia siap mengemas. Pandang jam dinding.
Dia berniat nak ziarah kubur ibunya lepas asar. Nampaknya pergi sendirian juga. Suaminya mana pernah teman dia.
Suara orang beri salam kedengaran di luar. Tahulah suaminya Haji Bakar baru pulang. Jam 3 baru balik. Padahal keluarnya cuma nak pergi berjemaah zohor.
Alia naik ke rumah atas. Terlihat Haji Bakar sedang duduk di sofa. Kepenatan.
"Saya nak pergi kubur petang ni. Ziarah kubur mak." Dia minta izin dengan suaminya.
Haji Bakar angguk sahaja. Hambar.
Alia kembali masuk ke dalam. Melintas satu pintu dengan langsir merah jambu, matanya jadi berair. Tangannya digenggam.
Dia rindukan Anna. Satu-satunya anak yang dia ada.
Tapi kini, Anna sendiri meninggalkan dia. Menjadikan hidupnya sangat sunyi dan hambar.
.
.
."ASHIKIN!"
Suara atuk mengganggu lena. Dia menggerakkan badannya atas katil namun dia tidak berniat untuk bangun. Malas.
Hish.. Apa lagi atuk nak?
"Warda Ashikin! Bangun!" Suara atuk memetir lagi. Ashikin ambil bantal dan menekup muka.
YOU ARE READING
LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT)
Spiritual||||||||||||||||||||||| Ini bukan kisah wali Allah. Bukan juga kisah imam muhaddis. Hanya sekadar sebuah kisah tentang pemuda yang mendambakan syurga. Syurga ibunya dan syurga akhiratnya. Saat hakikat diri ditolak oleh sang ibu, maka hanya tuhan...