𝐶ℎ𝑎𝑝𝑡𝑒𝑟 2: 𝔑𝔢𝔴 𝔉𝔯𝔦𝔢𝔫𝔡

272 23 2
                                    

"Baiklah. Untuk mengelakkan sebarang masalah dan untuk merapatkan hubungan antara semua rumah, saya memutuskan untuk mencampur-adukkan kamu semua. Kemungkinan besar kamu akan berada di bilik yang berbeza dengan rumah kamu." Ujar Seoham, guru yang mengurus hal-hal pelajar di sana.

Kelihatan beberapa pelajar mulai protes tapi selepas mendapat tatapan tajam dari Seoham, mereka menutup mulut mereka.

'Nak protes bagai jangan kat aku. Engkorang pergi protes kat pengetua sana.'

Begitulah lebih kurang tatapan Seoham kepada mereka.

Sebelum pengagihan bilik, Seoham mengatakan bahawa di sini mereka tidak bersendirian.

"Kat sini bukan wizard je ada, tapi vampire, werewolf, hybrid-"

"Fairy?" Potong seorang pelajar perempuan dengan nada pertanyaan yang kebetulan berada di sebelah Chan.

Seoham tersenyum kecil. "Fairy adalah bunian kecil bersayap, jadi mereka tidak berada di sini. Tapi kat sini ada sesuatu yang lagi bagus. Dia macam roh lah gitu."

"Arwah yang tak mati tenang ke?" Tanya Chan.

Seoham melipat tangannya dan tersenyum kecil. "Boleh dikatakan macam tu. Jangan risau. Mereka harmless."

Seoham membawa mereka menuju tangga yang bergerak.

"Tangga kat sini sentiasa berubah, jadi sila cepat okay?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tangga kat sini sentiasa berubah, jadi sila cepat okay?"

Mereka berhenti di suatu bilik di mana terdapat lukisan wanita yang sedang meminum teh dengan anggun.

Menyedari kedatangan tetamu, wanita yang berada di dalam gambar itu melempar air ke arah mereka tapi dihalang cepat oleh Seoham.

Wanita itu berdecih kesal manakala Seoham tersenyum bangga.

"Kau janji dengan aku yang bilik ni takkan digunakan untuk tahun ni dan akan datang!" Marah wanita itu menyilang tangan.

Pelajar yang baru melihat kejadian itu menahan nafas.

G-gambar tu bercakap?!

A-air tu pun b-boleh keluar dari gambar?!

"Change plan, tahun ni tiga batch yang masuk. Tu yang kita terpaksa guna bilik ni lagi. Janganlah marah, Lora." Ujar Seoham tenang.

Lora memutarkan mata. "Tiga batch yang masuk atau ada orang istimewa di antara mereka hah?"

"Wileam Saphora."

Seoham tidak menjawab sebaliknya menyuruh Lora segera bergerak membuka pintu. Wanita itu berdengus kesal.

Kenapa mamat ni yang jadi guru yang menguruskan para pelajar?!

Kenapa bukan Zhan, guru spell yang lemah-lembut tu?!

Dengan tak rela, dia menggerakkan gambarnya bagi memperlihat sebuah jalan kecil.

[OG] Academy Of Wizards || Seventeen Multiship || MalayWhere stories live. Discover now