Chapter 7: Secret start Reveal One by One

173 15 9
                                    

AKU KEMBALIIII!!!

Baca dah kan chapter sebelum ni. Kalau tak baca, pergi atas balik baca.

JANGAN LUPA COMMENT! LOB U

🔮🔮🔮

Seorang lelaki dengan baju serba hitam dengan senyap berjalan memasuki suatu ruang sempit di antara blok-blok asrama. Dia tersenyum miring, dengan petikan jari, dia bertukar menjadi abu dan hilang di kawasan kejadian.

Tak lama kemudian, dia muncul di hadapan sebuah istana megah nan cantik di pertengahan hutan lebat. Dengan tangan yang diselupkan ke dalam poket, dia melangkah tanpa gentar ke dalam istana itu. Pengawal yang menjaga pintu istana itu, menunduk hormat apabila lelaki itu berjalan memasuki istana.

Lelaki itu tanpa berkata apa-apa berjalan ke sebuah ruangan yang diyakini pemilik istana ini. Pemilik istana yang menyedari kehadiran lelaki itu melipat surat khabar yang dibacanya sebelum memberi perhatian penuh kepada lelaki yang hadir.

"Laksamana Boo, lama tak bertemu kamu." Laksamana Boo atau lebih tepatnya Boo Seungkwan memutarkan matanya.

"Kita baru je jumpa minggu lepas sambil main kad poker, tuanku."

Lelaki itu tergelak kecil menyebabkan Seungkwan menggeleng kepalanya. "Saya datang sini bawa mesej dari Jisoo hyung."

Lelaki itu tersenyum kecut. "Ahh, mesej dari Shua rupanya. Mari duduk sini, Kwan." Seungkwan berjalan perlahan lalu duduk berhadapan dengan lelaki itu.

"Jadi? Macam mana keadaan anak manja aku tu?" Tanya Tuan Hong sambil menyandarkan badannya dengan tangan yang terlibat di dada.

"Jisoo hyung okey je." Balas Seungkwan kadar.

"Aiyoo, pemalas betul anak aku tu. Dia yang nak sampaikan mesej, dia tak datang. Kamu pula yang kena datang sini." Bebel Tuan Hong.

"Err, tuanku-" belum sempat Seungkwan membalas perkataan Tuan Hong, lelaki paruh baya itu memotong percakapannya.

"Shua ni memang manja sikit dari kecik. Biasalah anak tunggal. Tak pernah ada adik. Kalau ada pun, engkoranglah adik dia. Dah tua, dah berbulu-bulu bagai."

"Tuanku-"

"Aku ingat lagi masa mula-mula kitorang kena pindah, pergh! Dia menangis sampai habis satu banglo dibekukannya. Nasib takde orang cedera. Kalau ada, siapa tanggung. Malas aku!"

"Tuanku?"

"Hairan aku. Memang lah takhta bukan kat tangan dia tapi dia kena tahu juga pasal politik kerajaan wizard ni. Harap je laksamana, tapi pemalas. Anak siapa lah tu?" Bebel Tuan Hong lagi.

Seungkwan cuba mencelah lagi. "Tuanku-"

"Nasib Jeonghan ada. Kalau tak, bukan istana je. Silap haribulan, habis satu kerajaan ni dia-"

"TUANKU, SAYA ADA KERJA LAGI NI NAK KENA BUAT." Potong Seungkwan tanpa sengaja menaikkan nada suara. Tuan Hong tersenyum busuk.

"Ehem, maaf. Kat mana kita tadi?" Tuan Hong mendehemkan tekaknya sebentar sebelum bertanya kepada Seungkwan dibalas tatapan datar pemuda tersebut.

Seungkwan mengeluarkan sebuah bunga ros dengan memunculkanya begitu sahaja di atas tapak tangannya. Tuan Hong mengangkat keningnya tertarik.

Ahh, mesti ni maklumat TOP SECRET kalau dah pakai bunga ros ni.

Akhirnya, Tuan Hong memunculkan wajah seriousnya. Dia melihat dengan tekun tatkala Seungkwan memasukkan satu demi satu kelopak bunga itu ke dalam mulutnya.

[OG] Academy Of Wizards || Seventeen Multiship || MalayWhere stories live. Discover now