𝑐ℎ𝑎𝑝𝑡𝑒𝑟 1: 𝔚𝔢𝔩𝔠𝔬𝔪𝔢 𝔱𝔬 𝔞𝔠𝔞𝔡𝔢𝔪𝔶

347 25 6
                                    

Suasana yang tenang dan damai di rumah keluarga Lee.

Er... takde lah tenang mana seperti yang diharapkan sebenarnya.

"MANA BAJU T-SHIRT SMILEY AKU?"

"MANA SELUAR FAVOURITE AKU YANG KOYAK TU?"

"MANA BOXER AKU YANG BELANG-BELANG HIJAU TU?"

"APPA, NAMPAK TAK JUBAH CHAN?"

"EOMMA, MANA CHAN PUNYA KASUT TALI?"

"YAH, LEE GEUN! PULANGKAN HYUNG PUNYA SPENDER SEKARANG!"

"Spender pink ada gambar love bagai ni? Jangan harap! Hahahahaha!"

Seorang lelaki lengkap dengan baju sekolah menengah berlari menuruni tangga menghiraukan amukan hyungnya di tingkat atas.

"Mari sini kau, adik derhaka!" Chan berlari ke bawah dengan hanger di tangan. Tidak lupa juga dengan mulut terkumat-kamit menyampaikan seribu satu sumpah-saranah ke arah adiknya.

Geun tertawa bebas lalu berlari masuk ke biliknya.

Klik

Dan menguncinya.

Chan berdiri di depan pintu dan cuba membuka pintu itu. Sekali-sekala menendang pintu itu dengan kuat.

Satu senyuman senget menghiasi wajahnya. Dia meletakkan tangannya di pintu dan mula menyebut sesuatu.

"Bukalah kau wahai pintu tidak kira apapun yang menguncimu."

Klik

Pintu terbuka membuat senyuman Chan semakin lebar manakala wajah Geun mula memucat.

Dia lupa hyung dia mahir dengan sihir!

Dengan langkah cepat, Chan masuk ke bilik dan menutup pintunya. Teriakan mula kedengaran dan pelbagai permintaan maaf dapat didengari.

Si ayah dan ibu yang memang dari tadi tengok dua anak itu bergaduh menggelengkan kepala.

Lantak diorang lah nak hidup macam mana. Janji kejap lagi diorang turun breakfast.

🔮🔮🔮

"Sembilan tiga per empat? Sejak bila kita ada kereta api lorong sembilan tiga per empat ni? Lorong baru eh?" Tanya Chan sembari melihat tiket yang ada di tangannya.

Pn. Lee ketawa lalu mengambil tiket itu. Dari tadi duk pusing je tiket tu. Fikir nombor lain akan keluar ke apa.

"Nampak tu." Pn. Lee menunjuk ke arah sebuah dinding yang berada di antara papan tanda nombor 9.

"Tu nombor sembilan. Bukan sembilan tiga per empat." Jawab Chan masih tak faham dengan situasi sekeliling.

Pn. Lee tersenyum. Dia menggeleng kepalanya sedikit. "Bukan nombor sembilan sayang. Dinding tu."

"Dinding?" Berkerut dahi si anak pandang dinding tersebut.

"Dinding tu jalan kita."

"Hah?"

Pn. Lee menarik anaknya dan troli yang mereka bawa ke arah dinding itu.

"Eomma! Nanti- kejap- arghhh!"

Chan menutup matanya. Apabila dia tidak merasakan sakit, dia membuka matanya sedikit.

[OG] Academy Of Wizards || Seventeen Multiship || MalayWhere stories live. Discover now