𝐶ℎ𝑎𝑝𝑡𝑒𝑟 4: 𝔎𝔲𝔭𝔲-𝔎𝔲𝔭𝔲

223 24 15
                                    

Seorang lelaki senandungkan sebuah lagu sambil berbaring menutup kelopak matanya di Dark Park. Hanya dia seorang yang berada di sana kerana tak ramai yang berani datang ke sana atas faktor suasana yang menyeramkan.

Walau bagaimanapun, lelaki ini nampak tidak peduli dengan keadaan suram itu sebaliknya gembira kerana tidak diganggu.

"Kau tak lapar ke Sol?"

Oh, dia terlupa sosok lelaki yang mengikutinya sejak hari pertama dia melangkah kaki ke academy ini. Lelaki yang membawa segala kesialan ke hidupnya.

"Aku tak suka orang yang aku tak rapat panggil aku Sol. Panggil aku Vernon." Jawabnya dengan suara datar.

Lelaki manis itu nampak tidak peduli lalu duduk di sebelahnya. Hansol dengan segera menjauhkan tubuhnya dan meninggalkan ruang di antara mereka. Lelaki manis itu nampak tak peduli lalu meletakkan sebuah bekal yang dipegangnya di antara mereka.

"Aku tak lapar." Jawabnya singkat.

"Come on, aku bawa kuih ni khas untuk kau. Makanlah sikit." Pujuk lelaki manis itu lagi.

"Tak nak." Balasnya singkat.

"Sikit je..." Pujuk lelaki manis it lagi.

"Tak nak."

"Sikit je Sol."

"Shirreo."

"Ala.. Sol, sikit je-'

"Encik Boo, aku tak lapar! Jangan paksa aku boleh?!" Tengking Hansol tanpa disedarinya membuat lelaki manis itu terhincut bahunya.

Boo Seungkwan.

Lelaki manis berumah Hufflepuff yang telah jatuh hati kepada Hansol sejak menjejakkan kaki ke akademi ini. Lelaki yang telah menempatkan Hansol di hatinya tanpa disedarinya sejak kali pertama dia memandang wajah nan kacak itu ketika di The Hat.

Dan sialnya Hansol dipilih sebagai Slytherin namun Seungkwan masih Seungkwan. Hanya kerana perbedaan rumah, tak menjadikan itu masalah. Malah sebagai kesempatan.

Hansol menggigit bibirnya tatkala Seungkwan melunturkan senyumannya lalu tersenyum kembali. Senyuman yang sedih jelas terlihat di bibirnya.

"You know, you don't have to yell at me. I know you hate me but a little reminder. No matter what you do, I still love you." Setelah mengucapkan ayat itu, Seungkwan bangun lalu membersihkan kotoran yang berada di bajunya dan berjalan meninggalkan taman itu.

Beberapa saat kemudian, seekor kupu-kupu datang lalu hinggap di jari milik pemuda Boo itu.

Seungkwan tidak sedih sebenarnya. Namun hatinya terasa sedikit sakit. Dirinya kadang-kadang ingin tertawa dengan situasi dirinya. Dia melihat jari kelinkingnya di mana kupu-kupu itu hinggap seketika.

"How can I fall in love with you at the first glance, Chwe Vernon Hansol?"

Dia menghela nafasnya. Kupu-kupu tadi juga sudah hilang dibawa angin setelah menyampaikan pesanan. Dia sedikit meregangkan tubuhnya.

Okay, sekarang masa untuk balik bekerja.

Senyuman sedih itu dengan segera bertukar menjadi seringai. Dia memetik jarinya dan hilang dengan serta-merta.

🔮🔮🔮

"Wen Junhui! Are you out of your-" Junhui dengan segera menutup mulut sahabatnya apabila jejaka itu menjerit.

"Weyh mangkuk jamban, tak payah jerit. Kantoi kita kat sini karang." Bisik Junhui perlahan. Jejaka itu dengan segera menepis tangan Junhui yang berada di mulutnya dengan kuat.

[OG] Academy Of Wizards || Seventeen Multiship || MalayWhere stories live. Discover now