Chapter 5: Fighting

246 20 31
                                    

Bugh!

Seorang lelaki terlempar ke dinding dengan keras. Rakannya yang tidak jauh darinya dengan segera menolong lelaki itu untuk bangun.

"Yoon sialan!" Umpat lelaki yang terlempar sambil meringis perlahan.

Tidak jauh dari sana, lelaki dengan marga Yoon itu tersenyum sinis dengan tangan yang disilangkan. Tidak lupa tongkat kayu cokelat muda di tangannya dan mata yang menatap remeh pemuda yang terlempar itu.

Yoon Jeonghan. Atau nama samarannya yang terkenal, Devil Angel.

"Got a problem Choi?" Jeonghan bertanya dengan nada yang sengaja diremehkan kepada musuhnya, Choi Seungcheol.

Seungcheol mencapai wand miliknya dan dengan segera menyebut spell. "Bombardo."

Jeonghan dengan segera mengelak serangan dari Seungcheol dan menyebut spell yang lain untuk membalas. "Conjunctivitis Curse!"

Hansol selaku kawan Seungcheol dengan segera menarik pemuda yang menyerupai unta itu agar dapat menghindar serangan itu. Seungcheol menatap tajam Jeonghan yang kini turut memberi tatapan datar.

Pelajar yang lain yang melihat pergaduhan itu dengan segera memberi ruang kepada mereka berdua. Ia macam dah jadi unspoken rules kepada mereka, jika mereka berdua terlibat dengan pergaduhan, jangan sesekali masuk campur. Panggil guru pun tiada guna kerana guru pun tidak boleh menghentikan mereka.

Ada satu guru yang boleh hentikan mereka, tapi guru itu sedang cuti sakit. Awal-awal akademi dah sakit.

"Jangan salah cabar orang, Choi. Tarantalligra!" Balas Jeonghan.

Seungcheol dengan segera bergerak ke tepi. Itu adalah antara spell yang paling Seungcheol benci. Spell tu dapat menyebabkan mangsa serangan itu menari tanpa kawalan.

Seorang pemuda dengan tali leher hijau yang dilonggarkan yang melihat pergaduhan itu dengan segera cuba meleraikan mereka. "Dah! Berhenti!"

Seungcheol mengendahkan pemuda itu dan menghalakan wand dan berkata. "Accio!"

Sebuah pisau muncul dan menghala ke arah Jeonghan. Pemuda yang baru datang tadi dengan segera mengeluarkan tongkatnya dan berkata, "evanesco!"

Pisau itu kemudian hilang. Seungcheol mengeratkan genggaman pada tongkatnya.

"Hong Jisoo, jangan masuk campur!"

Jeonghan dengan segera menarik pemuda yang baru sampai itu, iaitu Jisoo ke belakang. "Betul tu Soo, jangan masuk campur."

Jeonghan yang melihat Seungcheol sedikit lengah melihat kesempatan untuk menyerang. "Incendion!"

Api keluar dari hujung tongkatnya dan Seungcheol segera menghadangnya. Sempat betul dia ambil kesempatan. Seungcheol menarik nafasnya dalam-dalam dan membalas serangan Jeonghan.

"Levicorpus!"

"Han!" Jisoo menarik Jeonghan ke tepi tetapi malangnya dia kehilangan keseimbangan badan sehingga menyebabkan dia terjatuh dengan Jeonghan di atas badannya. Tanpa disedari, tulangnya sedikit bergeser membuatnya memekik perlahan.

"Jisoo!"

Seungcheol menghela nafas kasar. Dia melihat Jeonghan yang menolong Jisoo bangun dengan perlahan. Dia menenangkan fikiran lalu beredar diikuti Hansol di belakang.

Sebenci-benci Seungcheol kepada Slytherin dia tak boleh cederakan Jisoo. Jisoo adalah kawan lamanya ketika dia di tadika dahulu. Walaupun kemudian jejaka itu berpindah sekolah dan berakhir berkawan dengan Jeonghan, Seungcheol masih menganggap Jisoo adalah kawannya.

[OG] Academy Of Wizards || Seventeen Multiship || MalayWhere stories live. Discover now