Chapter 16: Enjoy

128 9 40
                                    

Do you know Wonhan crumbs is crazy lately? Or I'm the only one that was left ;-;

And tajuk chapter takde kena mengena dengan chapter. Aku nak korang simply enjoy chapter ni...

🔮🔮🔮

Satu sosok sedang berkeliaran di dalam perpustakaan pada malam hari. Perpustakaan itu masih dibuka untuk 30 minit sebelum pukul 10 malam.

Sosok itu berjalan tanpa sedar ke restriction section yang berada di bucu perpustakaan paling dalam. Dirinya menghembus nafas yang sudah keberapa tatkala tidak menemui apa yang dicarinya.

Dia terus menghendap-hendap sehingga sebuah tangan menyentuh bahunya dari belakang. "Hao buat apa?"

"Hantu hijau!"

Terhincut bahu anak Xu itu dibuatnya. Dia memandang sosok yang menyertainya dengan senyuman malu. "J-junnie buat apa kat sini?"

Junhui tersenyum lembut dengan panggilan Minghao kepadanya namun kemudian memandang Minghao hairan. "Cari Wonwoo. Tapi kawan dia kata Wonwoo demam."

Junhui memandang Minghao atas bawah lalu melihat sekeliling. "Apa Hao buat kat restrictions section?"

Persoalan Junhui membuat Minghao dengan pantas memandang sekeliling. Minghao menggaru kepalanya dengan senyuman busuk. "Tak perasan Hao masuk sini..."

Junhui memandang Minghao dengan kening yang diangkat sebelah. "Hao sayang." Tegur Junhui dengan nada rendah.

Minghao memandang bawah. "Cari sesuatu." Cicit Minghao perlahan.

"Hao cari apa?" Tanya Junhui membuat Minghao menggeleng kepalanya pantas.

"Takpe, Hao sambung cari hari esok jelah. Jom keluar." Ujar Minghao lalu melangkah pergi meninggalkan Junhui yang sedang berkerut dahi memandang sang kekasih.

Junhui melangkah ingin mengikuti Minghao namun langkahnya berhenti tatkala matanya menangkap sesuatu di sudut rak berdekatannya. Dia melangkah ke arah rak tersebut lalu duduk berjongkok untuk mengambil barang tersebut.

Dia tertawa kecil dengan senyuman manis tatkala menyedari apa yang dipegangnya.

"Junnie?"

Dengan segera, Junhui bangun dari tempatnya berjongkok dan berjalan ke arah Minghao dengan senyuman mengembang. Barang yang diambilnya dimasukkan ke dalam kocek bajunya.

Junhui mengikuti Minghao dan melihat pemuda itu mengemas barang-barang miliknya yang berada di atas meja. Setelah siap mengemas, mereka melangkah keluar dari perpustakaan itu.

Junhui tanpa ragu, merangkul bahu Minghao dan menariknya menghampirinya. Minghao menghela nafas lalu menolak tangan Junhui perlahan dan memberi jarak antara mereka berdua.

Junhui membiarkan sahaja tindakan Minghao sebelum memasukkan tangannya di dalam saku bajunya sendiri.

"Jadi macam mana kawan Hao yang putus hati tu?" Tanya Junhui apabila tiada percakapan antara mereka berdua.

Minghao memandang Junhui dengan kening yang diangkat.

"Junnie tak tahu ke? Mereka dah couple sebenarnya." Ujar Minghao membuat Junhui mengerutkan dahinya.

"Galah tu couple dengan siapa?" Tanya Junhui lagi. Mingyu dah tak suka Wonwoo ke macam mana?

"Lol, Junnie tak tahu ke yang Mingyu couple dengan Wonwoo hyung?" Minghao memandang Junhui dengan leher yang diteleng je tepi. Junhui memandang Minghao lama.

[OG] Academy Of Wizards || Seventeen Multiship || MalayWhere stories live. Discover now