Chapter 14: Nasib

141 11 60
                                    

Alaaa, kenapa view dengan komen makin sikit, kita merajuk ah🙎🙎🙎

🔮🔮🔮

Pada siang hari yang indah lagi menawan, Jisoo dibuat hairan dengan Jeonghan yang dari tadi menjelingnya tanpa apa-apa alasan sejurus selepas dia memberi reverse potion kepada Jeonghan. Jisoo menyengetkan kepalanya hairan.

"Kau dah kenapa, Han?"

"Banyak betul dosa kau dengan aku, Soo." Balas Jeonghan masih dengan jelingan tajamnya membuat pemuda bermarga Hong itu semakin mengerutkan dahi.

"Kan salah diri sendiri potion tu jatuh atas kau. Kau yang main-main dekat kawasan-"

"AKU TAK MAKSUDKAN YANG ITU!" Potong Jeonghan membuat Jisoo semakin hairan.

Sejak Jisoo datang pagi ni, mood Jeonghan betul-betul tak stabil.

"Kau period ke Han? Asyik marah je. Hormon kau tengah tak betul ke apa?" Tanya Jisoo membuat Jeonghan membaling bantal yang menjadi baringannya kepada Jisoo. Nasib Jisoo menunduk pantas.

Okey, sah ada benda tak betul jadi.

"Potion ni ada kesan sampingan ke? Setahu aku, takde..." Gumam Jisoo perlahan.

Jeonghan dengan muka memerahnya mula memaki sahabat lahanatnya. "Hong Jisoo tak guna! Sial! Ni semua salah kau! Pokoknya ini salah elu! Gue gak kira!" Pekik Jeonghan membuat Jisoo menghela nafasnya.

Dia slip slang Indo lah pula.

"Cuba kau cerita aku salah apa?" Tanya Jisoo lembut selembut yang dia mampu. Karang dia jadi Hulk karang payah pula.

Jeonghan masih dengan jelingan kepada Jisoo hampir sahaja membaling selimut yang dipakainya sebelum sebuah suara menggangu perbualan mereka.

"Jisoo, kau boleh tinggalkan Hannie pada aku."

Jisoo memandang ke arah punca suara hairan. "Cheol?"

Jeonghan menjeling sosok itu. "Hannie?! Siapa kau nak panggil aku macam tu?!"

Seungcheol tersenyum senget dan mengambil tempat duduk di hujung katil Jeonghan. Jeonghan dengan segera menyusutkan dirinya di kepala katil. "Ni ke budak yang merengek nak peluk aku sepanjang malam semalam?"

Jisoo mengedipkan matanya. "Peluk?"

"Choi sialan-"

"Mana pergi Cheollie? Bukan main semalam manja dengan aku." Perli Seungcheol membuat Jeonghan menatapnya tajam.

Jisoo menekup mulutnya terkejut. "Wait- jangan kata apa yang aku bayangkan betul? K-korang-?"

Seungcheol menyeringai. "Apa-apa yang dalam otak kau adalah betul, Jisoo."

Dia mengesot mendekati Jeonghan perlahan. "Me and your best friend here happen to spend last night together."

Jeonghan menjerit kesal. "Jangan lah buat bunyi seolah-olah kita tidur sama-sama semalam!"

Seungcheol menghala ke arah lain dengan muka seakan-akan kecewa. "Tapi kita tidur sekatil semalam. Macam mana tu, Hannie?"

Jeonghan membaling selimut tepat ke muka Seungcheol sebelum bangun dari duduknya dan menarik lengan Jisoo yang memandang mereka berdua tak percaya.

"Han, semalam kau buat-"

"KITORANG TAK BUAT APA-APA PUN LAH!" Potong Jeonghan pantas.

Seungcheol memandang kedua-dua sosok itu dengan senyum senget.

[OG] Academy Of Wizards || Seventeen Multiship || MalayWhere stories live. Discover now