Chapter 15: In My Arms

118 10 48
                                    

Seronok betul korang tuduh Jeongcheol kat chapter lepas en😏

🔮🔮🔮

Soonyoung dengan gontai memasuki biliknya dengan langkah berat. Dia melihat katil Junhui yang tiada orang. Soonyoung teka dia dekat luar buat benda-benda terkutuk dengan Wonwoo.

Dia tahu Junhui selalu buat benda rahsia dengan Wonwoo tapi tak pernah lah dia tahu pasal apa.

Dia perlahan bergerak ke arah katilnya yang berada di sebelah katil Junhui namun berhenti di pertengahan jalan apabila dia perasan ada sesuatu di bawah selimut miliknya. Dia mengerutkan dahinya.

Soonyoung perlahan menyelak selimutnya hanya untuk menghela nafas lega tatkala dia menyedari apa yang berada di bawah selimutnya. Dia terduduk di bucu katil dengan nafas yang lebih teratur.

Dia tersenyum memandang sosok yang tertidur di di katil miliknya. Tangannya perlahan diangkat untuk mengusap rambut sosok itu dengan senyum manis.

Dia tak akan pernah sangka, Lee Jihoon, pemilik seluruh hatinya sedang tertidur di katil miliknya dengan lena sambil memeluk patung harimau pemberiannya beberapa minggu lepas. Soonyoung menggigit pipi di dalamnya untuk mengelakkan diri dari berteriak gemas.

Jihoon perlahan menggeliat apabila merasakan sebuah usapan di kepalanya. Dia membuka perlahan kelopak matanya.

Soonyoung tersenyum manis lalu mengucup dahi Jihoon seketika. "It's okay, it just me. Sambung tidur, Hoonie."

Bukannya kembali tidur, Jihoon bangun dari pembaringannya lalu merapatkan dirinya dengan Soonyoung sebelum memeluk pinggang kekasihnya lembut. Dia mengusap kepalanya di leher Soonyoung mesra.

Soonyoung duduk terdiam dengan detak jantung yang berdegup pantas. Tangannya perlahan memeluk Jihoon kembali. Dengan senyuman yang masih di bibirnya, dia bertanya lembut. "What is this?"

"Mana kau?" Tanya Jihoon walaupun suaranya terendam kerana mukanya masih berada di leher Soonyoung.

"Hmm? I'm right here." Jawab Soonyoung membuat lelaki mungil di dakapannya merengek.

"I mean the whole week! Where were youuuu?" Tanya Jihoon sambil mengeratkan pelukan di pinggang Soonyoung. Soonyoung mengusap kepala Jihoon dengan lembut sambil berbisik. "Secret."

Jihoon menolak bahu Soonyoung agar dia dapat melihat pemuda yang mengakui dirinya harimau untuk beberapa saat. Tak lama kemudian, bibirnya kembali melekuk ke bawah.

"Kau... harimau sialan." Maki Jihoon membuat Soonyoung terbatuk.

"H-hoonie..."

"Don't you Hoonie me!" Pekik Jihoon dengan kesal sebelum memeluk Soonyoung kembali. Tangannya melingkar di leher Soonyoung manakala kakinya mengalung di pinggang Soonyoung.

"Jihoon, lepas dulu-" kata-kata Soonyoung terpotong dengan sebuah pukulan di bahunya.

"Jihoon?!" Pekik Jihoon dengan nada yang meninggi.

Soonyoung berdoa dalam hatinya agar suara Jihoon tidak kedengaran sehingga ke luar bilik.

"Apa lagi sayang. Ya tuhan, Jihoon-"

[OG] Academy Of Wizards || Seventeen Multiship || MalayWhere stories live. Discover now