- 𝐇𝐢𝐦 -
“ I fall for your smile every single time. ”
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───( FLASHBACK )
- Padang sekolah -Isabelle termenung jauh dengan mulutnya yang sedang mengunyah sesuatu. Dia kini berada di padang sekolah. Tempat dia menyembunyikan diri daripada pandangan orang lain. Dia lebih suka duduk di sini bersendirian. Lagi-lagi pada waktu rehat. Dia lebih rela masak sendiri untuk bawa bekal ke sekolah semata-mata tidak mahu ke kantin sekolah yang dipenuhi dengan manusia-manusia toksik. Dia tidak suka. Benci.
“ Cantik bodo perempuan tadi! ”
“ Oi kau jangan macam-macam. Dia aku punya! ”
“ Asal perempuan cantik je kau punya! Semak! ”
Isabelle mendengus perlahan. Suara langau mana pula yang datang mengganggu ketenangannya ini?
Dia menjeling tajam ke arah sekumpulan lelaki yang sedang berlegar-legar di tepi padang, tidak jauh daripada tempatnya duduk. Shit. Bala.
Ramai pula lelaki.
“ Mal, ada awek la Mal. ”
“ Mana?! ”
“ Bodoh pasal perempuan laju je kau kan? ”
“ Mana bodoh awek? ”
“ Tu! Cari guna mata la alamak dia ni! ”
Isabelle mula mengemas bekalnya. Dia kalau boleh mahu teleport ke kelasnya terus. Dia tiada masa mahu bertekak dengan budak-budak jahanam itu. Buang masa. Buang tenaga. Bazir air liur saja.
“ Eh eh cik adik nak pergi mana tu? ”
Isabelle terus berdiri cepat-cepat sambil memegang beg kertas yang berisi bekal yang dibawa. Dia tidak takut dengan mereka kerana mereka tidaklah berani sangat mahu memukul perempuan. Bad boy taik ayam je ni. Acah.
Belum sempat Isabelle mahu beredar, dia sudah dikepung oleh empat orang lelaki. Shit. Dia mencarut banyak kali dalam hati. Kenapa hari ini juga dia pakai kain? Haish. Malang nasibnya.
“ Laaaa Isabelle kesayangan Zayden rupanya! ”
Isabelle buat muka. Sejak bila? Huh.
“ Cantiklah Isabelle hari ni. ” tegur salah seorang.
“ Blah sebelum aku belasah sorang-sorang. ” ugut Isabelle perlahan dengan wajah dinginnya.
“ Wooooo takutnyaaaaaaa ~ ”
“ Garang la Cik Isabelle kita ni. ”
Isabelle memejam matanya buat seketika. Penatnya. Penat nak kena hadap benda yang sama setiap hari. Tak boleh ke bagi dia rehat sehari?
“ Kenapa diam je ni Isabelle? ” tegur salah seorang daripada mereka dengan suara miangnya sambil cuba untuk menyentuh rambut Isabelle. Shit.
Isabelle dengan pantas memulas tangan lelaki itu ke belakang dengan perasaan yang geram.
“ Adudududuh sakit bodoh betina! ” jerit lelaki itu.
“ Aku paling benci orang sentuh rambut aku. ” bisik Isabelle dingin lalu menendang tubuh lelaki itu sehingga lelaki itu tersungkur di atas rumput.
Nasib baik ada rumput.
“ Main kasar perempuan ni! ”
“ Mal, kau nak buat apa?! Tak payah bodoh! Kau nak kena belasah dengan Zayden ke?! ”
Lelaki yang bernama Mal itu siap sedia mahu menarik rambut Isabelle. Isabelle sudah berada dalam mod berjaga-jaga. Berpeluh habis dia.
“ Kisah apa aku mamat kerek tu?! ”
Lelaki itu terus menyerang Isabelle.
Namun Isabelle sempat mengelak lalu pusing ke belakang lelaki itu. Kemudian, dia terus menendang belakang tubuh badan lelaki yang bernama Mal itu. Jatuh tersungkur lelaki itu. Padan muka. Nasib baik dia pakai seluar dalam kain.
“ Eh bodoh lah betina ni! ” bengang Mal.
Mal nampaknya ingin menyerang Isabelle lagi.
“ Wah, gaduh tak ajak! ” tegur seseorang.
Isabelle mencarut dalam hati. Zayden. Satu lagi bala datang. Kenapa ek? Kenapa bukan orang lain yang datang? Kenapa bukan cikgu? Masalah!
“ Semak la mamat ni. ” bisik Mal tidak puas hati.
Zayden menoleh ke arah lelaki itu.
“ Kau cakap apa, Mal? Aku tak dengar. ”
Lelaki itu hanya diam.
Zayden perlahan-lahan berjalan ke arah lelaki yang bernama Mal itu sambil tersenyum sinis. Okay.
Seram.
Zayden merenung tajam ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu lalu mencekak leher lelaki itu. Riak wajahnya terus berubah kepada dingin. Isabelle yang memandang perubahan Zayden yang sangat ketara itu, dia berjalan rapat ke arah Zayden. Dia takut Zayden bunuh budak jahanam tu je. Dengan dia sekali masuk jail nanti.
“ Aku paling pantang orang sentuh perempuan aku. Kau tahu kan? ” bisik Zayden dengan sinis.
Makin lama makin kuat Zayden mencekik leher lelaki itu sehingga lelaki itu tidak dapat bernafas dengan betul. Budak-budak yang lain sudah mula rasa cuak. Pucat lesi wajah mereka tika ini.
“ A...aku tttau. Akkku minta mmmaaf. Ppplease lepaskan aaaku... ” rayu lelaki itu dengan tidak teratur. Agak sukar untuk lelaki itu bercakap kerana lehernya yang sudah dicengkam kuat oleh Zayden. Isabelle hanya memandang. Dia tidak kejam tapi entah kenapa dia rasa puas.
“ Zayden, let him go. ” arah Isabelle tanpa nada.
Zayden tersenyum sinis.
“ Kau bernasib baik kali ni. Sekali lagi aku nampak kau sentuh dia, say bye-bye to your life. ” bisik Zayden lalu melepaskan leher lelaki itu dengan kuat. Geram. Sampai tersungkur lelaki itu.
Budak-budak lain terus menarik lelaki itu beredar dari situ. Takut punya pasal dengan Zayden. Sampai tak berani langsung nak pandang Zayden.
Ceit.
Macam ni la bad boy taik ayam. Huh.
“ Isabelle, hebat tak aku tadi? ”
Zayden teruja gais.
Isabelle buat muka. Cepat betul mood lelaki itu berubah. Dia syak Zayden ada Split Personality Disorder. Tadi Zayden macam orang lain, sekarang macam orang lain pula. Macam ada dua orang yang berbeza dalam satu badan. Pelik betul dia tengok.
“ Thanks. ” ujar Isabelle.
Zayden tersenyum lebar.
Isabelle terus beredar dari situ.
“ Bye Isabelle! Jumpa lagi! ” jerit Zayden.
Isabelle hanya buat tidak tahu saja.
Malas nak layan.
( END OF FLASHBACK )
YOU ARE READING
𝐇𝐈𝐌 ( Slow Update )
Romance𝐇𝐢𝐦 " I fall for your smile every single time. " ─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ─── Isabelle Mayserra mengeluh perlahan sambil memandang langit yang terbentang luas. Cantik. Tetapi dia rasa kosong. Seolah-olah jiwanya sudah ditarik oleh sang pencip...