𝟷𝟹

27 2 0
                                    

Him
" I fall for your smile every single time. "
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

( FLASHBACK )

Isabelle memandang ke kiri kanan. Kakinya santai berjalan menuju ke arah perpustakaan. Tempat kegemarannya, tempat paling aman untuk orang introvert macam dia. Tapi kadang-kadang tidak aman juga sebab ada makhluk asing menyibuk. 24 jam nak melekat dengan dia. Macam laki bini.

Menyampah dia.

“ Aku dengar semalam Zayden bertumbuk dengan Akhmal. Teruk jugak aku tengok muka si Akhmal tu kena balun dengan Zayden. Gila ah first time sia aku tengok Zayden mengamuk macam tu. ”

Terus terhenti kaki Isabelle.

Mereka bertumbuk? Sebab apa?

Asal aku tak tahu apa-apa ni?

“ Aku ada dengar jugak pasal benda tu. Apa kes sampai bertumbuk macam tu? Akhmal mesti ada cucuk si Zayden tu. Kalau tak, takdenya si Zayden tu nak tumbuk muka dia tanpa sebab. ”

“ Tak silap aku Akhmal ada sebut satu nama perempuan. Aku tak sure siapa. Tapi yang aku pasti student sekolah ni. Tak silap aku la. ”

“ Isabelle ke? ”

“ Ish bukan. Kalau Isabelle dah lama aku bagitahu kau. Tapi sumpah bukan Isabelle. Sofea? Ke Dyana? Aku tak sure la. Antara dua tu la. ”

“ Eh Sofea? Macam kenal. Sofea Delaila ke? Kalau Sofea Delaila tu aku kenal la. Satu sekolah kenal dia. Kau mungkin tak kenal dia sebab kau baru masuk sini. Sofea tu dah pindah sekolah lain. ”

“ Owh ya ke? Sebab apa pindah? ”

“ Sebab kena buli dengan senior form 5 dua tahun lepas. Teruk jugak budak tu kena buli sampai hilang ingatan member tu. Aku ingat lagi kes tu. Dikira kes paling hangat la kat sekolah ni. ”

“ I see. Then, apa kena mengena dengan Zayden? ”

“ Haa tu la kau tak tahu. Sofea tu adik angkat dia. Dikira macam diorang ni macam belangkas la. Tapi luar sekolah je. Dalam sekolah diorang macam tak kenal satu sama lain. Aku dapat tahu ni pun sebab ada yang nampak diorang dekat luar. ”

“ Apa motif Akhmal nak provok Zayden guna nama Sofea? Akhmal kenal ke Sofea? Curious aku. ”

“ Tak silap aku salah seorang senior form 5 yang buli Sofea tu abang Akhmal. Sebab tu la kut Akhmal duk provok Zayden. Satu sekolah ni tahu Akhmal tu memang berdendam lama dengan si Zayden tu sebab kes Amyra. Tu yang sibuk duk mengacau Isabelle. Sengaja nak bagi Zayden panas hati. Masalahnya bukan salah Zayden pun. ”

“ Ya weh. Semua orang tahu Zayden tu mana pandang perempuan dekat sekolah ni. Si Amyra tu je yang over. Sampai bunuh diri. Dah la tak payah cerita pasal orang yang dah tak ada. ”

Isabelle menjeling tajam ke arah dua pelajar perempuan yang baru sahaja jalan mendahului dia. Bukan main rancak lagi berbual. Sampai tak pandang kiri kanan ada siapa. Tapi tidak mengapalah asalkan dia tahu apa yang sudah berlaku. Sofea Delaila huh? Zayden, Zayden.

𝐇𝐈𝐌  ( Slow Update )Where stories live. Discover now