𝟿

75 10 18
                                    

- 𝐇𝐢𝐦 -
" I fall for your smile every single time. "
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───


Tahu-tahu dah malam.

Isabelle memandang sekelilingnya. Pantai. Ada apa dengan pantai? Dia sebenarnya tidak berapa gemar ke pantai sebab dia takut ombak. Dari kecil memang dia takut dengan ombak. Aish Zayden ni.

“ Jangan marah haaa Belle... ” usik Zayden.

Isabelle buat muka. Bukannya Zayden tidak tahu yang dia tidak suka pergi ke pantai. Saja je nak cari pasal dengan dia. Penatlah dengan orang macam ni. Nasib orang itu Zayden Damian. Huh. Geram.

“ Aku bawak kau pergi sini sebab nak cari makanan sedap-sedap hehe. Dah lama aku tak makan makanan tepi pantai. Teman aku eh? Aku craving. ”

Isabelle mencebikkan bibirnya menyampah.

Nasib baik dia juga teringin mahu makan makanan tepi pantai. Memang sudah lama mereka tidak ke sini. Maklumlah masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Mahu pergi ke pantai pun tiada masa.

“ Fine. ” balas Isabelle sepatah.

Tersenyum lebar Zayden.

“ Pegang tangan aku. Nanti kau hilang, susah aku nak cari. Kau tu dah la kecik. Senang hilang pulak tu. Cukup la dulu aku panik sebab cari kau saja. ”

Zayden membebel.

Isabelle menjeling Zayden tajam. Dia sudah besar okay! Mana ada kecik lagi. Huh. Namun dia akur juga memandangkan dia tidak yakin dengan dirinya yang mudah tergoda dengan makanan-makanan di sini sehingga kaki entah pergi ke mana tanpa Zayden. Dia sudah serik.

Zayden menghulurkan tangannya.

Isabelle tanpa berfikir menyambut huluran itu.

Selamat. Itu yang Isabelle dapat rasakan.

“ Okay, kita nak pergi ke bahagian mana dulu? ”

Isabelle memandang sekeliling. Dia teringin mahu makan sesuatu. Apam balik. Yes, apam balik.

Di sini ada jual apam balik juga.

“ Aku nak apam balik. ” jawab Isabelle laju.

Tergelak Zayden.

“ Kau ni dari dulu tak habis-habis dengan apam balik kau. Aduhai. ” usik Zayden lalu ketawa kecil.

Isabelle mencebikkan bibirnya.

“ Suka hati ah! ”

Tergelak Zayden.

Zayden kemudian menarik tangan Isabelle menuju ke gerai yang menjual apam balik. Kang kalau tak pergi, merajuk setahun. Susah pula nak memujuk.

Ramai betul orang di sini.

Meriah semacam.

Sampai sahaja mereka di gerai apam balik, Zayden memesan tiga apam balik. Sebab dia tahu dua apam balik takkan cukup untuk Isabelle. Banyak? Yes, Isabelle memang banyak makan kalau bab makanan kegemarannya. Jarang nampak Isabelle makan banyak. Zayden saja yang pernah nampak.

Zayden mengerling sekilas ke arah Isabelle.

Riak wajah Isabelle kosong tapi jangan tengok pada riak wajah, tengok pada mata Isabelle. Gadis itu nampak gembira. Gembira dapat makan la tu.

𝐇𝐈𝐌  ( Slow Update )Where stories live. Discover now