𝟾

68 11 10
                                    

- 𝐇𝐢𝐦 -
“ I fall for your smile every single time. ”
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Isabelle terkebil-kebil memandang kawan abang kepada Zayden itu. Dia tidak tahu mahu kata apa apabila melihat penampilan lelaki itu. Dia cuma terpegun. Mungkin sebab lelaki itu penuh dengan tatu? Pertama kali dia tengok selama dia hidup.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Example of Tattoo

Example of Tattoo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

“ Terkejut sangat tu, Belle. ” tegur Zayden.

Isabelle menjeling Zayden. Tersengih Zayden.

“ Belle, ni kawan abang aku, Logan Smith. ”

Isabelle hanya menunduk hormat sebagai tanda perkenalan. Bersalaman? Nah. Dia tidak suka bersentuhan dengan lelaki sesuka hati. Melainkan kalau dia sudah kenal dan rapat dengan lelaki itu.

Seperti Zayden.

“ Bro, ni kakak angkat aku, Isabelle Adelson. ”

Lelaki yang bernama Logan itu hanya tersenyum kecil sebagai balasan. Cukup syarat je tu senyum.

“ Hantar aku balik. Aku ada hal nak kena settle. ”

Zayden hanya mengangguk faham.

Maknanya Logan tidak mengikuti mereka sekali. Isabelle dalam hati sudah menarik nafas lega. Tak adalah awkward sangat. Berdua lagi bagus. Nanti orang ketiga kena palau hidup-hidup. Right?

. . . . .

Isabelle memandang kosong ke luar tingkap. Bosan. Dia tidak tahu Zayden mahu bawa dia ke mana. Dan dia rasa sangat mengantuk sekarang.

“ Kau kenapa? Senyap je dari tadi. ” tegur Zayden.

“ Mengantuk. ” balas Isabelle sepatah.

Zayden tersenyum kecil.

“ Tidurlah dulu kalau kau nak tidur. Nanti aku kejut kau. Kita lambat lagi nak sampai ni. ” kata Zayden.

Isabelle mengerling sekilas ke arah Zayden.

Wait a minute. Lambat lagi nak sampai?

“ Kau nak culik aku ke gila? ”

Zayden terus tergelak.

“ Obvious sangat eh? ” usik Zayden.

Isabelle buat muka. Malas dia mahu melayan Zayden. Baik dia tidur. Ada juga faedah. Huh.

“ Belle. ” panggil Zayden.

“ Hmm. ” balas Isabelle.

“ Nanti kalau abang aku balik rumah, kau balik rumah kau tau. ” pesan Zayden dengan serius.

Berkerut dahi Isabelle. Dah kenapa pulak?

“ Why? ” tanya Isabelle ingin tahu.

Zayden tersenyum kecil.

“ Sebab abang aku lagi hensem daripada aku. Nanti kau tergoda. Aku ni kau nak campak mana? ”

Isabelle merenung tajam ke arah Zayden.

“ Jangan nak main-main! Aku lempang kau kang! ”

Zayden ketawa perlahan.

“ Ada nampak aku main-main ke? ” tanya Zayden tenang. Isabelle dah pandang Zayden semacam.

Zayden ni kenapa? Selalu sangat pesan macam tu.

“ Tell me the truth, Zayden Damian. ” ugut Isabelle.

Zayden terus tergelak apabila mendengar nada suara Isabelle yang serius sahaja. Serius sangat Isabelle ni. Orang main-main je pun. Aduhai.

“ Aku cakap benda betul la. Apa la yang susah sangat kau ni nak percaya aku? ” kata Zayden.

Isabelle merenung tajam wajah kacak Zayden dari tepi. Apa masalah mamat ni sebenarnya? Dia tahu Zayden ada sembunyikan sesuatu. Dia kenal Zayden. Zayden jenis yang suka pendam.

Walaupun lelaki itu jenis yang ceria setiap masa.

Ke sebab lain?

“ Kau belum move on lagi ke dengan aku? ”

Soalan daripada Isabelle itu membuatkan tubuh Zayden mengeras. Isabelle mengeluh perlahan.

Betullah tu. Haih.

“ Benda ni aku dah banyak kali cakap dekat kau. Aku tahu bukan senang. Tapi mencuba. It's okay. Aku bagi kau lagi sikit masa. Aku pun tak tahu apa la yang kau suka sangat dengan aku. Nak kata aku manja, gedik macam perempuan lain tak ada pulak. Nak pandang muka kau pun aku tak nak apatah lagi nak menggedik dengan kau. ”

Zayden terdiam.

“ Aku tak cakap apa-apa pun. ” bisik Zayden.

Isabelle mencebikkan bibirnya.

“ Kau ingat aku baru kenal kau semalam? ”

Zayden hanya mendiamkan diri.

“ Sorry. ” bisik Zayden lagi.

Isabelle merenung wajah Zayden dari tepi.

“ It's okay. Aku tahu kau boleh. ”

Namun Zayden hanya diam sahaja.

“ Kau? Kenapa tak mencari? ” tanya Zayden.

Isabelle termenung.

“ Entah la. Tipu la aku cakap aku tak teringin nak ada semua tu. Cuma aku rasa aku bukan jenis yang nak boyfriend dalam jangka masa yang pendek je. Aku nak suami terus. Aku rasa macam buang masa ada boyfriend tapi tak ada hala tuju. Cukup la sekarang aku fokus dekat study dulu baru aku fikir pasal kahwin. ” jawab Isabelle tanpa nada.

“ Faham. Susah nak cari lelaki yang normal sekarang dekat bumi ni. Yang ada cuma sorang. ”

Isabelle mengerling ke arah Zayden.

“ Siapa? ”

“ Abang aku. ”

𝐇𝐈𝐌  ( Slow Update )Where stories live. Discover now