Him
“ I fall for your smile every single time. ”─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
Isabelle termenung kosong.
Dia sudah pulang ke rumahnya.
Esok ada kelas pagi hm.
Guess what?
Sampai ke hari ini dia masih belum berjumpa dengan Zeke selepas kejadian petang itu. Haih. Dia pun tidak tahu apa masalah lelaki itu. Lelaki itu tidak pulang ke rumah. Atau pun lelaki itu pulang ke rumah pada lewat malam. Mungkin dia sudah tidur. Dan keluar dari rumah pada awal pagi. Supaya tidak bertembung dengannya. Huh.
Tangannya mencapai telefon yang berada di sebelahnya. Dia bosan. Dia rasa macam mahu keluar sebentar tapi malas. Dia lapar. Dia craving burger. Tapi malas. Semua benda rasa malas.
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
Zayden Damien 🕊️
Mana?
Hangout
Why? Miss me already?* bluethick *
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
Isabelle terus mencampak telefonnya di atas sofa. Benci Zayden. Seorang diri pun bolehlah. Asalkan dia tidak terperuk dalam rumah ini memikirkan perkara yang langsung tiada kena mengena dengan dirinya. Yeah. Dia terus berlalu naik ke atas.
. . . . .
“ Meoww....meoww.... ”
Here we are.
Isabelle memandang kosong ke arah luar kafe ini. Dia pun tidak tahu bagaimana dia boleh sampai ke sini. Dia memandang sekeliling kafe ini. Cozy. Tak ramai sangat manusia walaupun kafe ini berpontensi untuk ada ramai customer memandangkan dalam kafe ini penuh dengan kucing. Dia suka kucing. Tapi ikut mood.
Dia memandang sepi makanan yang ada di atas mejanya. Banyak. Damn. Sejak bila dia order makanan sebanyak ini? Dia buat semua benda tanpa sedar. What's wrong with me? Haih.
“ Meoww.. ”
Isabelle mengangkat wajahnya. Ada seekor kucing tiga warna iaitu coklat, hitam dan putih sedang memandang ke arahnya dengan pandangan yang garang. Dia tahu baka ini. Baka ini memang besar dan muka bengis. Tapi dia suka. Sebab garang.
“ What do you want? I don't have any food to give you. You can't eat this. ” kata Isabelle tanpa nada.
Kucing itu hanya memandang ke arahnya. Perlahan-lahan kucing itu memanjat mejanya lalu dengan selamba duduk di atas meja sambil memandang ke arahnya. Isabelle mengangguk perlahan. Nasib baik muat untuk dia yang besar kalah anak gajah. Mengada nak duduk atas meja.
Isabelle sambung menjamu selera.
“ Excuse me, miss. Maaf mengganggu. Kucing saya mengganggu miss ke? Nak saya tolong alihkan? ”
YOU ARE READING
𝐇𝐈𝐌 ( Slow Update )
Romance𝐇𝐢𝐦 " I fall for your smile every single time. " ─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ─── Isabelle Mayserra mengeluh perlahan sambil memandang langit yang terbentang luas. Cantik. Tetapi dia rasa kosong. Seolah-olah jiwanya sudah ditarik oleh sang pencip...