- 𝐇𝐢𝐦 -
" I fall for your smile every single time. "
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───Isabelle memandang suasana di sekelilingnya. Mewah. Sudah semestinya. Walaupun ada ramai pelanggan di dalam restoran ini, suasana tetap aman damai. Dia sukakan suasana begini. Tadi sewaktu dia melangkah masuk ke dalam restoran ini, ada juga yang memandang ke arahnya. Why? Sebab dia memakai baju yang tidak sesuai ke?
I don't care okay!
Isabelle keseorangan di sini.
Zayden ke mana? Pergi jemput bakal kekasih katanya di luar. Wajib ke buat begitu? Sebelum ini dia tidak pernah dijemput sebegitu. Mungkin sebab dia tidak layak? Hm. Entahlah. Malas fikir.
“ You dari mana? ”
“ I dari kedai bakeri depan sana tu. ”
“ Owh I see. Have a seat please. ”
“ Thank you. ”
Isabelle buat tidak tahu. Dia tahu itu suara Zayden. Meja Zayden betul-betul berada di sebelahnya tapi agak jauh sedikit. Tak adalah dekat sangat. Okay la tu. Dia lagi suka. Sebab dia mahu bersendirian.
Sebaik sahaja mereka berdua duduk di kerusi masing-masing, Isabelle mengerling sekilas ke arah bakal adik iparnya itu. Cantik. Itu sahaja yang dia boleh katakan buat masa ini. Baru permulaan.
Okay sekarang dia perlu buat apa?
Kata Zayden, lelaki itu sudah memesan beberapa menu untuknya. Semua itu Zayden yang belanja.
Dia bukannya tidak menolak pelawa Zayden itu, cuma sudah banyak kali dia menolak. Zayden tetap bertegas mahu mengeluarkan duit untuknya. Padahal dia juga berduit. Bukannya dia tidak berduit. Tapi kalau dah orang nak belanja, takkan kita nak tolak kan? Sebab itu dia terima sahaja.
“ Excuse me, miss? ”
Isabelle mengangkat wajahnya. Oh pelayan.
Pelayan lelaki itu meletakkan menu makanan yang dipesan oleh Zayden ke atas mejanya. Dia tiba-tiba rasa lapar apabila melihat semua makanan ini. Pandai betul Zayden pilih. Kena dengan taste dia.
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
Ada Beef & Mushrooms with Smashed Potatoes.
Ada Shrimp Quesadillas.
YOU ARE READING
𝐇𝐈𝐌 ( Slow Update )
Romance𝐇𝐢𝐦 " I fall for your smile every single time. " ─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ─── Isabelle Mayserra mengeluh perlahan sambil memandang langit yang terbentang luas. Cantik. Tetapi dia rasa kosong. Seolah-olah jiwanya sudah ditarik oleh sang pencip...