𝟷𝟶

68 8 17
                                    

𝐇𝐢𝐦  -
“ I fall for your smile every single time. ”
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

( FLASHBACK )

Isabelle memandang sekelilingnya.

Meriah.

Taman tema mana je yang tak meriah?

“ Abang! Nak tu boleh? ”

“ Mana? ”

Tuuuuu! Boleh tak Dena nak tu? ”

“ Cotton candy or popcorn? ”

“ Umm cotton candy? Hehe. ”

“ Suka betul dia ya makan benda manis. Dah lupa abang pesan apa dekat rumah tadi? Kesian baby asyik kena suap benda manis je dengan ibu dia. ”

Alaaaa bukan selalu, abang. Lagipun bukan Dena yang nak makan. Baby yang nak makan. ”

“ Ada-ada je la dia ni. Abang izinkan tapi ni yang terakhir. Lain kali tak boleh dah makan. Boleh? ”

“ Okay, boleh! Thank you abang! Sayang abang! ”

Isabelle tersenyum memandang pasangan suami isteri itu. Matanya melekat pada perut si isteri yang membulat. Mengandung. Bila agaknya dia dapat rasa semua itu? Tiba-tiba teringin nak merasa.

Wake up, Isabelle!

Sejak bila ni?

Isabelle mengeluh perlahan lalu matanya meliar mencari kelibat Zayden. Geram pula dia rasa. Zayden jawab call tadi. Tapi rasa macam lama pula. Mana pergi budak bertuah ni? Main tinggal je.

“ Wah, kat sini ada Isabelle Mayserra laaaa! ”

Riak wajah Isabelle terus berubah. Shit. Mengapa hari ini juga dia perlu terserempak dengan geng Akhmal? Malang sungguh nasibnya hari ini. Sudahlah Zayden entah hilang ke mana. Kalau ada berlaku apa-apa padanya, mati Zayden dia kerjakan. Terus hilang mood dia. Haish.

“ Sorang je ke? Mana laki kesayangan kau tu? ”

Isabelle merenung tajam ke arah Akhmal.

“ Kau nak apa ni Akhmal? ”

Akhmal tersenyum senget.

“ Nak ajak berbual pun tak boleh? Sombong. ”

Isabelle buat muka.

“ Kau nak berbual apa dengan awek aku, Mal? ”

Zayden.

Isabelle menoleh ke arah kanannya. Serius saja wajah Zayden. Kadang-kadang dia rasa gerun juga melihat Zayden bertukar identiti. Sekejap okay, sekejap tak okay. Dengannya sahaja Zayden okay. Dengan orang lain, mana pernah nak main-main.

“ Relaks la, Zayden. Berbual je pun. Bukannya aku raba awek kau. ” balas Akhmal selamba. Wah.

Biadab.

Zayden nampak gaya macam nak bunuh orang.

“ Baik kau blah sebelum jadi apa-apa dekat family kau. ” bisik Zayden perlahan sambil merenung tajam ke arah Akhmal. Terus berubah riak wajah Akhmal. Ada kaitan dengan family ni agak sensitif.

Akhmal mendengus perlahan lalu beredar dari situ. Marah sangat gayanya sampai merah muka.

Isabelle memandang Zayden.

“ Kau pergi mana? ” tanya Isabelle dingin.

Zayden meraup wajahnya perlahan.

Nampak stress.

“ Daddy call hm. ” jawab Zayden.

Terangkat kening Isabelle. Okay, daddy call. Then, what happened? Bercakap tu bagi habislah. Haish.

“ Then? ”

“ Daddy suruh aku masuk company. Malas bodoh. Aku baru 17 bukannya 27. Memaksa betul. ”

Isabelle terdiam.

Company keluarga Zayden bukannya biasa-biasa. Jadi agak susah untuk uruskannya. Lagi-lagi untuk orang yang tidak berpengalaman seperti Zayden.

Isabelle mengeluh perlahan.

“ Daddy suruh kau sekarang sebab dia nak kau tahu sikit selok belok company tu. Kau kan anak dia. Normal la tu. Dia nak anak dia yang uruskan company tu. Bukannya orang luar. ” kata Isabelle.

Zayden terdiam.

“ Dah la. Stop cerita pasal benda lain. Sekarang, aku nak spend time dengan kau je. ” kata Zayden.

Isabelle menjeling Zayden.

“ Dia yang sidai kita kat sini lama-lama. ”

Tergelak Zayden.

“ Yelaaaaa, sorry. Bukan sengaja. Lain kali janji tak buat lagi. Jom kita pergi makan. Lapar laaa. ”

Isabelle mencebik bibir.

“ Come. ”

Zayden menghulurkan tangannya. Kemudian disambut oleh Isabelle tanpa berfikir. Comel je.

Mereka berdua berjalan menuju ke arah gerai-gerai yang berdekatan untuk menjamu selera. Lapar.

“ Lain kali kalau Akhmal bodoh tu kacau kau lagi, kau cepat-cepat call aku ya. Aku tak suka budak lembab tu duk kacau kau. Dia saja nak cabar aku sebab dia dah lama berdendam dengan aku. Tu yang dia babitkan kau. Sebab dia tahu kau kelemahan aku. ” pesan Zayden serius. Haih.

Isabelle mendongak sedikit memandang Zayden.

“ Aku tak takut dengan dia. ”

Zayden menunduk sedikit memandang Isabelle.

“ Belle, Akhmal tu lelaki. Kau tu perempuan. Aku tahu kau tak takut langsung dengan dia. Tapi dia boleh buat apa je dekat kau untuk hancurkan aku. Lelaki macam dia tu mental. Aku risaukan kau. ”

Isabelle terdiam.

“ Kenapa dia berdendam dengan kau? ”

Zayden diam.

Isabelle menoleh kembali ke arah Zayden.

“ Kawan dia bunuh diri sebab aku reject dia. ”

Tergamam Isabelle.

Terkebil-kebil Isabelle memandang Zayden.

“ Sebab tu kau kena dengar cakap aku. Kalau kau nampak dia, jauhkan diri daripada dia. Aku tak nak sebab aku, kau yang jadi mangsa. Faham? ”

Isabelle mengeluh perlahan.

“ Fine. ” bisik Isabelle.

( END OF FLASHBACK )

𝐇𝐈𝐌  ( Slow Update )Where stories live. Discover now